Friday 16 January 2015

Transformers Season One Boxset

Sesekali jadi bebudak balik..







Di sebabkan ini adalah the very first season Transformers,(yang mengimbau balik zaman aku budak2 dulu)jumpa pulak boxset ni dengan harga yang memang murah,beli pada masa yang sama aku beli boxset Indiana Jones (rujuk entri ini)baru la tau cerita yang sebenarnya dalam season 1 ini.ceritanya memang tak sama dalam movie versi Michael Bay.dan sebenarnya versi kartun lagi logik.











dvd ke 3 ada iklan permainan Transformers tahun 80an,interview dengan pencipta,penerbit,pelukis dan boleh download skrip episod transformers.



Seperti yang kita tahu,atau sesiapa yang sama umur dengan aku mesti tau akan kartun Transformers ni,yang memang agak terkenal di seluruh dunia pada tahun 80an dulu.dalam versi kartun ni la aku kenal watak2 dari geng Autobots seperti Ratchet,Jazz,Bumblebee (versi kartun nya ialah VW Bettle)Grimlock,Hot Rot dan ketua Autobots iaitu Optimus Prime.tapi masa aku bebudak dulu aku lagi suka Decepticon,pasal geng jahat ni banyak puak macam Contructicon (geng2 jentera pembinaan yang boleh bergabung jadi robot besar yang di panggil Devastator)Insecticon (geng robot serangga pun boleh bergabung jadi robot besar jugak)dan Stunticon (geng kereta juga boleh begabung jadi robot besar)selain tu watak2 yang lain seperti Soundwave,Starscream (kalau versi kartun dia ni memang jahat dari Megatron)dan ketua nya Megatron (season 4 dia dah jadi Galvatron,lepas dia dapat bunuh Optimus Prime dalam Transformers The Movie keluaran tahun 1986)

Selepas itu keluar pulak macam2 versi Transformers.kali terakhir aku tengok Transformers ialah 'Beast Wars' tapi kurang menarik.Transformers versi lama jugak yang best.



Tengah tunggu yang ni sebenarnya tak sampai2 lagi..heheh.. :p

Transformers The Movie 1986 vinyl reissue


5 comments:

  1. versi animasi 80an ni transformasinya lebih logik, hasbro pun senang nak buat mainan lipat2 pulas2

    tapi kalau aku, aku suka transformers versi anime - masterforce, headmasters dan victory yg dulu main kat TV1 pagi ahad awal 90an dulu

    ReplyDelete
  2. aku tgk ceta skg ni saja, memang best jugalah, cam real tu robot..

    ReplyDelete
  3. Soundtrack ni yang ada Lion kan? Band awal Doug Aldrich...lama tak dengar lagu tema transformers tu...terus cari kat youtube...haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah bro..lagu stan bush "the touch" tu yg betul2 mengimbau kenangan..heheh

      Delete
  4. Aku tahu sikit2 je.. tapi minat la jugak hehe

    ReplyDelete