Friday 2 January 2015

Over The Top (1987)

Cuti tahun baru aku hanya habiskan masa di rumah,dan menonton filem ini..



Semasa filem ni keluar dulu aku pun masih budak2 lagi,memang tak pernah menontonnya sehinggalah baru dapat menontonnya hari ini..seperti kita semua tahu,Slyvester Stallone memang popular dengan filem2 aksinya pada era 80an.filem2nya seperti Rambo (sampai part 4)Rocky (antara filem lakonan beliau yang bergenrekan sukan tinju,sampai Rocky 6 kalau tak silap) dan juga Cobra (filem ini juga jadi copycat untuk filem2 aksi hindustan)filem ini sebenarnya takda la banyak aksi ganas pun,memang kurang aksi sebenarnya,cuma aku tertarik dengan tema filem ini yang menampilkan aksi sukan arm wrestling (gusti lengan/lawan tangan)

Bukan la nak mereview sangat pun,cuma ketika menonton filem ini,lagu latar dalam filem ni ada juga yang best,bila aku google,rupa2nya soundtrack untuk filem ini di nyanyikan oleh penyanyi/kumpulan yang pernah popular pada era 80an dulu.ada band Asia dengan lagu 'Gypsy Soul',Kenny Loggins dengan lagu 'Meet Me Half Way' dan lagu yang agak menarik dari Sammy Hagar (Van Halen/Chickenfoot) dengan lagu 'Winner Takes It All'

Stallone appears in the video for "Winner Takes It All," wrestling Hagar at the end of the video. Hagar says in his video commentary on the DVD The Long Road to Cabo that he wasn't crazy about the song. Hagar says that Stallone gave him his black cap at the end of the shoot, both signed it, and the cap went to charity, fetching around $10,000. - Wikipedia

So kalau nak tau lebih lanjut pasal filem ni boleh je jenguk kat wikipedia atau pun tonton kat youtube.ada full movie nya.kalau anda peminat filem aksi Stallone seperti yang sekarang ni,jangan ingat filem ini seperti filem2 aksi alaf baru yang banyak penggunaan CGI kerana filem ini memang takda pun special effect atau apa pun.macam aku cakap tadi filem ini ringan dan santai kisah anak dan bapak memang sesuai untuk tontonan sekeluarga.

3/5*

6 comments:

  1. gusti lengan jadi viral di sekolah aku selepas filem ni ditayangkan di RTM2 (TV2 ketika itu)

    ReplyDelete
  2. hahaha gusti tangan masa sekolah saja perna main.

    ReplyDelete
  3. aku ada tengok filem apa tu yang stallone ngan arnold kat penjara high security then dorang cuba nak keluar.
    Wahh...kancong spider sey tengok cerita tu, saspens giler

    ReplyDelete
  4. tahun lepas filem ni ada main kat astro...teringat zaman2 menyewa tape VHS dulu2...

    ReplyDelete
  5. Tak tahan bila tengok ada mamat minum minyak hitam kereta ke lori kononnya lagi kuat. Duckhams kalau tak silapla

    ReplyDelete