Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Sunday, 2 July 2017

Sherlock Holmes - A Study In Scarlet & The Sign Of Four



Cuti hari raya tempoh hari aku memang kurang bermedia sosial,sebabnya melayan buku Sherlock Holmes ni.secara peribadi walaupun ianya telah di terjemahkan ke bahasa melayu,jalan ceritanya tetap menarik.sehinggakan aku memang tak boleh tinggal lama,mesti nak baca lagi.kalau buku lain berbulan2 aku tak baca ok je tapi buku Sherlock Holmes ni memang kuat betul aura dia.di sebabkan jalan ceritanya yang banyak teka teki,dan banyak tekaan aku salah.kerana itu lah aku susah nak skip buku ni..heheh.

Kalau pernah tengok movie atau drama series dia,memang feel dia sama.lagi pun dah di terjemahkan dalam bahasa melayu senang la sikit nak fahamkan.kalau versi english dia dengan bahasa UK standard memang aku susah nak hadam.sebab bahasanya memang puitis,lain la kalau baca buku biografikan.tu bahasa english pasar senang nak faham.ok,novel Sherlock Holmes versi bahasa melayu ni ada dua kisah penyiasatan. cerita pertama bertajuk 'A Study In Scarlet' di terbitkan pertama kali pada tahun 1887 (dah lebih 100 tahun) cerita yang pertama di terbitkan mengisahkan bagaimana Dr.Watson (sidekick Sherlock Holmes ni) bertemu, duduk serumah dan mula menjadi pembantu Sherlock.Sherlock Holmes di gambarkan sebagai seorang yang pelik,misteri,suka bercakap besar dan juga pentingkan diri sendiri.tetapi cara penyiasatan Sherlock ni mengagumkan Dr.Watson.pada mulanya Dr.Watson memang tak suka kat Sherlock tapi bila melihat kesungguhan cara penyiasatan Sherlock tanpa mengira waktu,mereka akhirnya menjadi rakan karib.

Kisah yang kedua bertajuk 'The Sign OF Four'.pertama kali di terbitkan pada tahun 1890.cerita yang kedua ni pun boleh tahan menarik juga.mengisahkan perebutan harta karun dan juga buat pertama kalinya Dr.Watson ni jatuh cinta dengan Mary Morstan seorang wanita yang meminta pertolongan Sherlock Holmes untuk menyelesaikan misteri harta karun dan 'sumpah empat sahabat' atau di gelar the sign of four.dalam cerita ini ada juga di sebut pasal kepulauan andaman,orang2 melayu Singapura,pasal islam dan juga kepulauan India.cerita yang terperinci mungkin penulisnya pernah sampai di tempat yang di nyatakan dalam kisah kedua ini.

Buku ini di tulis oleh penulis novel penyiasatan terkenal iaitu Sir Arthur Conan Doyle.walaupun dah lebih 100 tahun di terbitkan,ceritanya masih relevan sehingga sekarang dan menjadi sumber inspirasi bagi penulis2 novel penyiasatan terkenal era terkini.apa pun buku ni memang best.siapa yang minat Sherlock Holmes kena baca buku ni.versi terjemahan ni pun takda la mahal sangat.

Saturday, 21 January 2017

It's So Easy (And other Lies) Duff Mckagan

Buku yang ni pun aku baca tak habis2 lagi..heheh..




Buku biografi Duff Mckagan,pemain bass Guns n' Roses ni agak menarik juga.aku baru baca bab Duff nak keluar merantau meninggalkan kampung halaman dia dari Seattle pergi ke Los Angeles.Duff ni asalnya cita-cita dia nak tubuhkan band punk.dia ni memang minat muzik punk sebenarnya.dia pergi merantau ke L.A dengan kereta buruk dia,makan tidur hanya dalam kereta je sebab tak mampu nak sewa bilik atau apartment.dengan bantuan abang dia,yang berkerja restoren di L.A.,Duff dapat la juga buat gig dengan band punk dia.itu pun tak lama.ramai juga la pemuzik punk yang menjadi kenalan Duff ni,dia amat meminati kumpulan punk Black Flag.kebanyakkan lagu2 awal ciptaan Duff semuanya dari pengaruh Black Flag ni.

Selain dari minat beliau terhadap muzik punk,Duff juga terlibat dengan gejala dadah.sehinggalah beliau kena serangan 'panic attack' gara-gara terlalu banyak penggunaan heroin.walaupun begitu Duff tak patah semangat,tetap meneruskan cita-cita dia nak jadi pemuzik.setelah beberapa band yang sekejap dia masuk dan keluar,segala2nya berubah apabila dia bertemu dengan Izzy Stradlin..

Nanti aku sambung lagi.baru baca sampai situ je.heheh..takda masa nak baca buku sekarang ni.

Friday, 30 December 2016

Bakal Terbit

   
yang sedang di tulis






Nantikan kemunculan antalogi cerpen hasil tulisan dari penulis blog merapu yang perasan nak jadi penulis.(orang sibuk nak terbit buku dia pun sibuk jugak..heheh) bersama mentor dan sifunya yang telah mengajar beliau menulis cerita,susun atur,jalan cerita dan macam2 lagi lah.tak lain dan tak bukan ialah sahabat karib aku sejak dari kecil lagi iaitu Azura Halid Idea ini datangnya dari beliau.oleh kerana kekangan masa dan kerja,aku curi2 masa jugak la nak buat cerita untuk novel yang akan di terbitkan nanti.Ada juga cerita yang dah aku buat dalam blog ni akan di muatkan dalam buku ini juga.

Insya Allah,akan di riliskan pada tahun 2017 ini,tak pasti bila tapi akan di beritahu nanti.harap sokongan dari rakan2 blog dan juga pembaca yang rajin singgah di sini.


p/s : Al Fatihah untuk Allahyarham Tan Sri S.M.Salim.moga Rohnya Di Rahmati Allah SWT

Monday, 21 November 2016

Kriminal - The Untold Story




Antara buku yang aku dah habis baca.memang agak sukar nak habiskan bacaan sesebuah buku sekarang ni,banyak buku aku yang aku beli tapi tak baca2 pun lagi.kadang2 ada antara buku yang aku baca tu lambat nak habis kerana 'font' nya yang agak kecil.(mungkin juga kerana faktor umur kot?..heheh)sebab tu lah sekarang ni kalau nak beli buku aku kena check dulu font nya,kalau kecik sangat memang aku tak beli la walaupun tajuk dan sinopsisnya bagus.







Ok buku ini hasil tulisan atau catatan wartawan senior di Malaysia iaitu saudara Syaril A.Kadir.selain kisah2 yang pernah beliau lalui sepanjang menjadi wartawan jenayah,ada juga kisah2 jenayah terkenal atau jenayah yang berprofil tinggi yang beliau kongsikan dalam buku ini.antaranya seperti jenayah rompakan,dadah,pergaduhan,kes pembunuhan Norita Samsuddin,sejarah penjenayah terkenal iaitu Botak Chin dan juga ada kisah pengajaran dari penjara.






Memang agak menarik juga untuk di baca,walaupun banyak kisah berkaitan jenayah,pada masa yang sama buku ini memberi pengajaran dan juga buat kita terfikir kenapa manusia2 ini sanggup melakukan jenayah?sehingga kini zaman yang semakin maju dan makin moden,jenayah semakin menjadi2 tidak mengira mangsa dari sekecil2 anak sehinggalah ke warga emas.tahap kehidupan yang semakin tinggi juga antara faktor yang menyebabkan mereka2 ini melakukan jenayah.











Antara buku kisah jenayah dengan bacaan yang agak santai dan mudah di fahami,boleh dapatkan buku ini di MPH.kesimpulannya ialah,jangan sesekali melakukan jenayah,tidak kira sama ada jenayah kecil atau yang besar,jenayah ini salah satu jalan untuk menuju kepada kesengasaraan hidup dan masa depan.

Friday, 30 September 2016

Brader,Kita Mesti Terus Hidup! - Nasir Jani

Baru je habis baca..





Sesiapa yang membesar sezaman dengan aku pasti kenal siapa Nasir Jani ini.beliau merupakan aktivis seni/pengarah filem dan drama pada tahun 80an dan 90an.filem arahan beliau 'Kembara Seniman Jalanan' yang telah di terbitkan pada tahun 1986 (genap 30 tahun dah filem ni) telah menjadi 'masterpiece'.walaupun pada tahun itu ramai peminat filem yang tak faham akan maksud yang tersirat dalam filem itu,ia antara hasil kerja terbaik Nasir Jani yang masih di ingati sehingga kini.seperti kata Usman Awang dalam buku ini 'satu bangsa tidak akan menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar'.begitu lah hebatnya insan yang bernama Nasir Jani ini.pada era 90an,Nasir Jani telah di labelkan oleh wartawan hiburan dan rakan artis yang lain sebagai kurang ajar,cakap lepas,mulut celupar dan keras kepala.tetapi pada sudut yang lain,ada antara rakan artis yang menganggap beliau sebagai hero kerana kesungguhan beliau memerangi gejala cetak rompak sejak di awal tahun 80an lagi dan juga membela nasib rakan2 artis yang teraniaya.







Buku ini sebenarnya merupakan catatan peribadi beliau pada tahun 1998,dalam buku catatan beliau yang di gelar 'buku rekod cikgu sekolah'segala peristiwa pahit manis beliau sejak di awal 80an beliau ceritakan sikit dengan bukti bergambar seperti keratan akhbar Utusan Malaysia,salinan repot polis dan gambar beliau bersama Ito (Blues Gang) dan Pyanhabib.Ito merupakan sahabat karib beliau.asal dari kampung yang sama di Melaka.perkataan 'Brader' tu memang amat popular pada era 80an dan 90an ayat yang selalu di gunakan oleh mat2 rock pada zaman itu.






Antara yang menarik dalam buku ini :

-Konfrontasi beliau dengan RTM,Finas dan kementerian penerangan.menyebabkan RTM mula 'gam' karya beliau untuk di siarkan di RTM mahu pun TV3 kerana kelantangan beliau menyuarakan hak untuk pengkarya seni tempatan yang di anak tirikan oleh RTM dan kementerian penerangan.

-Cerita sebenar pergaduhan yang berlaku di bangunan Finas antara beliau dan Baharudin Hj.Omar atau di kenali sebagai 'Anjang Aki'

-Baru aku tahu untuk siapa lagu 'Satelit Puaka','Bazooka Penaka' 'Kiblat Laser' (nyanyian kumpulan Wings) dan 'Syurga Jambul Terbakar' (nyanyian kumpulan Kris) Nasir Jani tuju kan.

-Keakraban beliau bersama kumpulan rock Kris dan pernah mengarah muzik video kumpulan Kris yang bertajuk 'Cenderawasih' dan peristiwa sebenar yang berlaku di sebalik penangkapan ahli kumpulan Kris di Sungkai Perak.

-Cerita tentang pembikinan filem 'Kembara Seniman Jalanan' tapi sayangnya hanya sedikit sahaja yang di ceritakan.

-Kisah beliau di fitnah dan di buruk kan oleh rakan sendiri

-Isu rambut panjang dan penentangan beliau terhadap cetak rompak yang akhirnya mula membuka mata orang2 politik bagi menyelamatkan industri seni yang hampir terkubur pada awal 90an.


Banyak lagi kisah2 menarik dari beliau dalam buku indie ni.buku ini sememangnya menampilkan karya jujur dari Nasir Jani yang belum pernah lagi di buat oleh aktivis seni di Malaysia ni.walaupun ramai orang melabelkan beliau sebagai mulut celupar dan kurang ajar,pada aku Nasir Jani memang 'art'.
Rugi kalau sesiapa tak beli dan baca buku ni.memang terbaik.

Thursday, 30 June 2016

Membedah P.Ramlee





Baru je habis baca..buku ini hasil tulisan Daniyal Kadir dan di terbitkan oleh Dubook Press.buku ini bukanlah buku biografi P.Ramlee,tetapi ulasan dan pandangan penulis ini tentang filem2 P.Ramlee yang agak popular ketika zaman kegemilangan Jalan Ampas sehingga ke Merdeka Studio.






Pada mulanya aku ingatkan ini adalah biografi Tan Sri P.Ramlee.tetapi bukan.tapi sebab dah beli aku baca jugak la,,heheh..penulis buku ini mengupas setiap mesej yang di sampaikan dalam filem2 arahan dan lakonan P.Ramlee antaranya seperti filem 'Penarek Becha','Antara Dua Darjat' 'Bujang Lapok' 'Ibu Mertuaku' dan beberapa lagi filem yang lain.ramai yang tahu setiap filem arahan P.Ramlee memang ada maksud yang tersirat dan tersurat.sebagai contoh,babak dalam filem 'Seniman Bujang Lapok' antara Sudin dan pengawal keselamatan singh tu."nama saja orang melayu,tapi adab pun tak tau" itu antara dialog yang di ucapkan oleh pengawal keselamatan tersebut.


interview dengan P.Ramlee

Terus terang,buku ni pada aku takda la menarik sangat,sebabnya sebagai penggemar filem2 P.Ramlee memang dah tau setiap mesej,sindiran halus dalam dialog dan lakonan filem arahan beliau memang kita dah tau.
Harap ada pihak yang boleh menerbitkan biografi biduanita lagenda Saloma pulak.kalau ada memang terbaik la..


Tuesday, 7 June 2016

11.22.63

Antara bahan bacaan yang menarik..








Aku bukanlah peminat tegar Stephen King ni,memang agak sukar nak hadam novel2 beliau yang terlalu complicated jalan ceritanya.siapa yang biasa baca buku hasil tulisan beliau mesti tau.nama beliau memang terkenal di seluruh dunia kerana novel yang beliau hasilkan selalunya berunsur seram,fantasi dan thriller.tapi novel 11.22.63 ini memang agak unik sedikit bukan bergenrekan seram,tetapi bergenrekan fantasi thriller.novel ini juga telah di adaptasi ke drama bersiri yang baru di tayangkan pada febuari lalu.lakonan James Franco memang terbaik untuk watak Jake Epping tu.







11.22.63 ialah tarikh di mana presiden Amerika John F. Kennedy di bunuh oleh Lee Harvey Oswald.dan buku ini mengisahkan tentang Jake Epping,seorang guru bahasa inggeris yang telah terjumpa satu portal di cafe milik kawan karibnya.portal tersebut boleh pergi ke masa silam.dan Jake telah pergi bulan  november 1963 cuba untuk menghalang pembunuhan presiden Amerika itu.beliau cuba menjejaki Lee Harvey Oswald dan mula mengawasi setiap gerak geri si Lee Harvey ni.sehingga Jake ni boleh pulak jatuh cinta dengan awek pada tahun 1963.

Berjaya atau tidak dia menghalang pembunuhan tu?kalau nak tau lebih lanjut sila baca buku ini atau pun tonton dramanya..heheh..

p/s: versi buku lagi best dari versi drama bersiri.

Friday, 8 April 2016

Heavier Than Heaven : A Biography Of Kurt Cobain

Buku yang di beli pada tahun 2013 tapi tamat bacaan pada 2016.heheh..




Aku bukan lah peminat tegar Nirvana,tapi ada jugalah memiliki 2 album Nirvana.dan baru2 ini beberapa page di facebook meraikan ulang tahun kematian ikon grunge ini pada 5 april yang lalu.Kurt Cobain mati pada usia muda iaitu 27 tahun.walaupun aku bukan peminat,sedikit sebanyak aku tahu juga perihal kisah perjalanan hidup beliau sehingga beliau mencetuskan kegilaan irama grunge di Amerika dan seluruh dunia.

Cuma yang tak bestnya buku ini tiada Dave Grohl dan Krist Novoselic.sepatutnya kena jemput dua band member Nirvana tu untuk  mengetahui cerita lebih terperinci pasal Kurt ni,(ni semua Courtney Love janda Cobain ni punya hal la.sebab tu dia tak kawin,nak kan royalti Kurt yang berjuta dollar tu)cerita perjalanan hidup Kurt agak menarik juga dari beliau kanak2,menjadi terkenal bersama Nirvana sehinggalah pada kematiannya.ada juga di sertakan gambar2 Kurt dan Nirvana.

Buku ini ok,best dan menarik,pada peminat Nirvana boleh beli dan baca buku ini.melalui buku ini lah baru aku tau Kurt ni rupanya seorang yang 'cool',jiwang dan berseni.filem dokumentari beliau pun tak silap aku dah keluar dvd kot.

"I'd rather be hated for who i am,than loved for who i am not"
-Kurt Cobain

Friday, 8 January 2016

The International Jew

Akhirnya setelah berbulan2 lamanya baru lah habis di baca..heheh..




Kalau dari segi sejarah,Henry Ford merupakan pengeluar utama kereta yang begitu terkenal dengan jenama 'Ford' sehingga ke hari ini.pelbagai jenis kenderaan mewah telah di cipta yang kemudiannya telah di pasarkan ke seluruh dunia.tetapi ramai yang tak tahu Henry Ford juga sebenarnya seorang penulis yang hebat dan juga memiliki syarikat penerbitan akhbar yang penuh kontroversi iaitu 'The Dearborn Indiependent'.
Beliau juga merupakan satu2nya rakyat Amerika yang di sebut Adolf Hitler di dalam buku tulisan beliau yang terkenal iaitu 'Mien Kampf'.







Buku ni memang sangat2 menarik,ia nya menampilkan artikel2 kontroversi tulisan Henry Ford terhadap kaum yahudi,cerita yang sangat terperinci tentang konspirasi kaum yahudi dalam pelbagai bidang untuk menguasai dunia.Henry Ford betul2 membuka pekung kaum yahudi yang agak licik dalam segala bidang yang mereka ceburi,mereka menguasai semua,seperti dalam urusan jual beli,ekonomi,mereka menguasai wang di seluruh dunia,mereka juga mendapat sokongan ahli2 politikus yang tamak kan duit.
Aku malas nak ulas panjang,tapi kalau sesiapa rasa nak baca buku ini memang terbaik lah,terjemahan dalam bahasa melayunya memang mudah di fahami.segala cerita pasal 'kaum yang mulia' ini telah di dedahkan semuanya Henry Ford di dalam buku ini..

Untuk cerita lebih pasal buku ni boleh jenguk kat blog PC Kokak kat sini:
http://pckokak.blogspot.my/2015/07/buku-henry-ford-international-jew-edisi.html#comment-form

Tuesday, 3 November 2015

Pentagram Di Atas Pusara Oleh Adi Herman




Selamat sampai di depan rumah aku pada sabtu tempoh hari 31/10/2015 memang agak lewat yang di jangka,sehinggakan penulisnya berkali2 whatsapp aku tanya buku dah sampai ke belum..heheh..takpalah,lagi pun bukan salah beliau buku ni lambat,kesilapan teknikal dari pos laju kata nya..
Ok,seperti yang pernah di review oleh Pc Kokak di blog beliau Kat Sini dan juga dari Ijau Di Sini,aku takda lah nak mereview sangat.tak mau spoiler lah kan.







Buku ini merupakan karya sulung dari penulis kreatif yang berbakat dan juga rakan blog dari Sarawak,anak jati dari Bintulu iaitu saudara Adi Herman,hasil tulisan/cerita kreatif beliau yang selama ini pernah di siarkan di blog dan Facebook beliau,di himpunkan menjadi sebuah buku,size buku nya agak comel dan senang nak di bawa ke mana2,cover depan nya juga agak menarik,walau pun mungkin boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak..heheh..tapi sepeti kata pepatah jawa, 'dont judge a book by its cover',sebenarnya buku ni memang menarik.

Aku suka nama 'Pehin Sri Jibraun' tu..memang art betul..heheh..cerpen2 yang ada dalam buku kecil ni semuanya menarik,walau ada sesetengah cerita tu bikin kepala pusing sikit..tapi yelah bukan senang nak buat cerpen macam ni,idea memang sentiasa nak kena ada.






Setinggi2 tahniah kepada Adi Herman kerana berjaya merialisasikan idea kreatif beliau dalam buku kecil yang comel ini.mana tau satu satu hari nanti dah boleh duduk sama tinggi dengan Stephen King atau pun dengan Ramli Awang Murshid tu kan? kalau suruh aku bagi satu perkataan untuk buku ini :

"Karya sastera gelap fantasi yang kreatif dan unik"

Terima kasih Adi Herman,tahniah dan jangan jemu untuk berkarya.tabik!

Untuk mendapatkan buku ini boleh hubungi Adi Herman di blog beliau :
http://molotovcocktailz.blogspot.my/

Facebook beliau :
https://www.facebook.com/adiherman696

Atau email
gautama_81@yahoo.com


Tuesday, 30 June 2015

For Your Eyes Only : Ian Fleming & James Bond

Disebabkan font yang agak kecik dalam buku ni,tu yang buat lambat aku habis baca..(mungkin faktor umur kot?)



Pada mula nya aku ingatkan ini adalah buku biografi Ian Fleming yang mencipta perisik lagenda British iaitu James Bond tu,rupa2nya ia lebih kepada kisah bagaimana Ian Fleming mendapat idea untuk mencipta watak yang terkenal sepanjang zaman yang dah lebih 50 tahun ini..

Pada yang taktau,Ian Fleming sebenarnya ialah seorang perisik tentera pada era perang dunia ke 2 (ada di ceritakan juga serba sedikit latar belakang beliau dalam buku ini)berdasarkan dari pengalaman beliau menjadi perisik itu lah beliau mula mendapat idea untuk mencipta watak James Bond ini,tetapi dengan sedikit kelainan.perisik yang di cipta oleh Ian Fleming ini kacak dan segak bergaya,aktif dan lasak,juga di kelilingi kemewahan dan wanita jelita.Bond juga memiliki 'signature drink' iaitu Vodka Martini,juga Bourbons,Scotches dan Sake (minuman jepun),gadget2 tercanggih dan pelbagai kereta mewah dari Aston Martin sehinggalah ke BMW.
Pada permulaan watak James Bond ini hanya ada di dalam setiap buku hasil tulisan Ian Fleming sehinggalah akhirnya berjaya di wujudkan di layar perak.adalah menjadi kewajipan Ian Fleming untuk bertemu dengan setiap pelakon2 yang akan membawa watak Bond ini,dari Sean Connery sehinggalah ke pelakon watak Bond yang sekarang iaitu Daniel Craig.

Selain dari itu ada juga gambar2 menarik macam bikini yang di pakai pelakon Halle Berry dalam filem 'Die Another Day',tuxedo yang penuh dengan darah yang pernah di pakai oleh Daniel Craig dalam 'Casino Royale',juga pisau dan kasut yang ada pisau dalam filem 'From Russia With Love' dan juga gambar2 rumah Ian Fleming di Jamaica yang di gunakan untuk penggambaran filem 'Goldeneye'

So buku ni kalau peminat tegar James Bond boleh la beli dan baca.cuma kali terakhir aku menonton filem James Bond yang bertajuk 'Skyfall' rasa agak kecewa sedikit sebab jalan cerita yang mudah di jangka.

Tuesday, 21 April 2015

Buku Sebagai Medium Utama Ilmu

Oleh : Citrawangsa (http://citrawangsa.blogspot.com/)


Menurut Kamus Oxford buku ialah "a portable written or printed treatise, filing a number of sheets, fastened together". Kamus Webster pula mendefinisikannya sebagai "a set of written, printed or blank sheets bound together into a volume". United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah mengklasifikasikan buku sebagai lembaran kertas bercetak yang dijilidkan, mempunyai kulit (yang berbeza kertas dengan kertas teks) dan mempunyai lebih daripada 49 halaman. Baru-baru ini, UNESCO telah menambah definisi buku, iaitu dicetak sekurang-kurangnya 50 naskhah dan terbuka untuk jualan (tapi bagi saya, naskhah yang tidak dijual juga adalah buku jika lengkap fizikalnya sebagai sebuah buku).

Apa pun takrifan buku, ia tetap diberi perhatian masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan. Sehingga dunia mengiktiraf 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku Sedunia. Dan buku sering kali dikaitkan dengan budaya dan amalan membaca. Di Malaysia senario menunggu sambil membaca belum diterapkan sepenuhnya dalam jiwa masyarakat. Membaca di dalam pengangkutan awam juga sangat jarang dilakukan. Lebih memburukkan keadaan, tiada rak buku disediakan di rumah. Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan amalan membaca rakyat Malaysia meningkat pada setiap tahun. Mungkin juga tahap keterbacaan ini bergantung pada pendapatan isi rumah. Peruntukan untuk membeli dan membaca buku sangat terbatas. Perpustakaan awam pula tidak menyediakan bahan bacaan terkini untuk pengunjung, sedangkan itulah yang mereka perlukan apabila berkunjung ke perpustakaan.
 Sebenarnya buku telah menjadi medium komunikasi massa kepada manusia sejak lebih 5000 tahun yang lalu. Apabila mesin cetak diperkenal, maka bermulalah zaman perkembangan buku. Ia mempunyai hubungan rapat dengan kebudayaan masyarakat awal Mesir purba, Mesopotamia, China dan kerajaan Rom dan Byzantine. Kegiatan persuratan pada zaman Mesir purba jelas menunjukkan penggunaan pokok papirus sebagai kertas yang digunakan untuk membuat buku. Apabila zaman semakin berkembang, manusia menjadikan kulit binatang sebagai kertas untuk menghasilkan buku. Sehinggalah pada zaman empayar Rom, kertas codex pula diperkenal secara meluas bagi menggantikan papirus dan kulit binatang. Jelas, betapa pentingnya buku!

 Amalan membaca buku wajar diterapkan seawal usia kanak-kanak. Biarpun pada peringkat itu mereka baru mengenal huruf, usaha tersebut perlu diteruskan bagi memupuk kecintaan terhadap buku dan budaya membaca. Peranan ibu bapa dan guru sangat penting bagi menggalakkan anak-anak membaca kerana hanya dengan membaca buku kita beroleh ilmu dan maklumat yang konsisten dan dipercayai. Kita boleh sahaja mencari ilmu dan maklumat dengan melayari internet, namun sejauh mana kesahihannya masih boleh dipertikai.

 Suatu ketika dahulu seorang sarjana barat, iaitu Marshall McLuhan pernah meramalkan yang buku akan ‘mati’ apabila kecanggihan internet semakin berleluasa. Namun, sehingga kini ramalan McLuhan itu belum menampakkan sebarang tanda sedangkan McLuhan sendiri telah lama mati.




Friday, 3 April 2015

Laksamana Cheng Ho : Pemimpin Armada Lautan Barat



Buku yang beli masa pesta buku 2012 yang lalu..baru semalam abis baca..heheh..ok,untuk gambar pasal sejarah Laksamana Cheng Ho ni,kat blog abang Deaf kita pernah cerita ni siap dengan gambar sekali boleh jenguk kat sini :
http://deaf-angel.blogspot.com/2013/01/laksamana-cheng-ho-admiral-zheng-he-not.html

1 Mac 2002,
Gavin Menzies ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut inggeris berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London.selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang di pimpin oleh Laksamana Cheng Ho.antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia adalah,armada China lah yang menemui Amerika 70 tahun lebih awal daripada Christopher Columbus.

Sebenarnya ada juga 2-3 jenis buku berkenaan dengan kisah Laksamana Cheng Ho ni.tapi buku hasil tulisan Imran Yusuf tentang sejarah Cheng Ho sejak beliau kecil lagi agak menarik untuk di baca,cara penceritaannya ialah seperti kita menonton filem yang berdasarkan kisah benar.pada yang tak tahu,Laksamana Cheng Ho adalah seorang muslim yang pertama mengelilingi dunia.kehebatan beliau (dan memang lebih hebat yang sebenarnya) setanding dengan nama2 lelaki yang (kononnya) pernah mengelilingi dunia seperti Marco Polo dan Christoper Columbus (yang belum tentu sahih propa dari barat yang kononnya mereka yang mencipta sejarah mengelilingi dunia)Cheng Ho sejak di lahirkan memang beragama islam.ibu dan ayahnya juga muslim.segalanya bermula apabila kubu terakhir Dinasti Yuan di wilayah Yunnan telah di serang oleh tentera dari Dinasti Ming,Cheng Ho yang pada ketika itu masih lagi kanak2,telah di jadikan pembantu kepada putera raja Dinasti Ming.

Kisah pelayaran beliau juga menarik,beliau pernah bertemu dengan Parameswara ketika singgah di Melaka,yang mana hubungan diplomatik antara Melaka dan China terjalin,hubungan diplomatik dengan Sumatera,Tanah Jawa dan Pasai.dan juga melakukan pelayaran sehingga ke tanah Arab.

Antara buku bacaan sejarah yang agak santai dan mudah di fahami dengan gaya bahasa yang sesuai pada zaman ini,(tiada bahasa sastera sepenuhnya dalam buku ini)sesuai untuk mereka kat luar sana yang ingin mengetahui sejarah Laksamana Cheng Ho ini.

Monday, 5 January 2015

Landasan Maut

Buku ni di beli masa event Big Bad Wolf pada disember 2013 yang lalu..tapi baru 2 hari lepas habis baca.punya la lama..heheh.





Novel Landasan Maut ini merupakan fiksyen sejarah hasil karya Salleh De Ran yang merupakan novel kedua beliau terbitan PTS Litera Utama Sdn.Bhd yang di terbitkan pada tahun 2010.kerana sinopsis yang aku baca di belakang buku ni agak menarik dan berkaitan dengan sejarah perang dunia ke 2,aku pun terus beli.

biodata penulis


Novel ini mengisahkan tentang perjuangan sekumpulan anak2 melayu yang menjadi buruh paksa di Thailand bagi membina landasan keretapi maut.(yang kita semua sedia maklum memang penah wujud landasan maut ni dulu)pembinaan landasan sejauh 415 kilometer merangkumi 60 stesen dari Thailand hingga ke Burma (kini Myanmar) kerana agenda Jepun yang ingin meluaskan empayar jajahannya hingga ke India.
Seramai 68,000 tahanan perang British,Australia,Amerika,New Zealand dan Belanda.dan selebihnya 200,000 buruh paksa dari India,China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut ini.dalam tempoh 3 tahun pembinaan nya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh paksa dari Asia di laporkan meninggal dunia atau pun hilang.dalam tempoh itu,seramai 72,000 atau lebih rakyat Malaysia menjadi buruh paksa dan lebih kurang 30,000 orang buruh paksa yang selamat pulang.

Overall buku ni memang terbaik la,tabik kepada penulisnya.walaupun novel fiksyen,tapi fakta sejarahnya terbaik.mungkin ramai yang taktau sejarah pasal landasan keretapi maut dan buruh paksa ketika perang dunia ke 2 dulu,tapi dengan membaca novel ini sedikit sebanyak aku dapat tau jugak pasal kesengsaraan buruh paksa ketika di zaman perang dulu.

Buku ni sesuai untuk orang Malaysia kat luar sana yang dah lupa diri dan buta sejarah..

4/5

Thursday, 25 September 2014

Max Cavalera - My Bloody Roots (Part 3)

Untuk bahagian pertama dan kedua boleh tengok SINI dan DI SINI



Penubuhan Soulfly yang di asaskan oleh Max menggunakan idea kreatif Max,tiada anggota tetap,cuma menggunakan pemuzik undangan yang betul2 profesional dan memberikan komitmen 100 peratus terhadap muzik yang di hasilkan.antara pemuzik yang pernah bermain untuk Soulfly seperti Logan Mader (gitar) Dino Cazares (gitar) Roy Mayorga (drum) Marc Rizzo (gitar) Tony Campos (bass) Joe Nunez (drums) David Ellefson (Megadeth- bass) dan anak Max sendiri Zyon Cavalera (drums) Max juga suka menjemput penyanyi2 hebat dalam dunia metal untuk berduet dengan beliau dalam setiap album Soulfly antara penyanyinya seperti Burton C.Bell (Fear Factory) Alex Newport (Fudge Tunnel) Fred Durst (Limp Bizkit) Chino Moreno (Deftones) Corey Taylor (Slipknot) Mike Patton (Faith No More) Tom Araya (Slayer) dan David Vincent (Morbid Angel)
Konsep album terawal Soulfly seperti album Sepultura 'Roots' tetapi mereka kembali kepada akar Thrash Metal  dengan album "Dark Ages"album ini sebenarnya melambangkan kesedihan Max dengan kehilangan sahabat baik beliau gitaris Dimebag Darrel dan kematian cucu beliau iaitu Moses (jangan tak percaya pada ketika ini Max dah ada cucu)



Selepas 10 tahun Max sukses bersama Soulfly,tanpa di sangka,pada satu hari pada tahun 2006,Max dapat panggilan telefon dari Igor.dalam keadaan sedih bercampur gembira,Max dan Igor kembali bersatu mengegarkan scene thrash metal dunia dengan lahirnya "Cavalera Conspirasy"Igor juga cerita selepas Max tinggalkan Sepultura,beliau menghadapi tekanan yang panjang ketika bersama Sepultura,dengan perangai Andreas dan Derrick (penyanyi baru Sepultura)Igor bertahan kerana sayangkan Sepultura kerana band tu di tubuhkan atas idea Max dan beliau sendiri.bak kata pepatah,buang yang keruh ambil yang jernih Cavalera Conspiracy juga sukses dan terkenal di seluruh dunia..



Max juga cerita yang beliau dulu memang seorang akoholik,setiap hari dan paling banyak beliau minum selepas atau sebelum waktu konsert.tetapi beliau berjaya juga mengurangkan tabiat buruk beliau tu.ada juga cerita yang boleh di katakan lawak dalam buku ni antaranya :

-Max pernah merakamkan kembali lagu dari Motorhead iaitu "Orgasmatron"(album Sepultura Arise) ketika tour Sepultura bersama Motorhead,Max pernah meminta izin pada Lemmy untuk menyanyikan lagu tersebut dan duet bersama Lemmy,tapi Lemmy cakap takmau dan tak benarkan Sepultura nyanyi lagu Orgasmatron sewaktu live (biasala Lemmy dengan perangai rockstar dia memang tak peduli siapa pun)sehingga ada sessi fotografi bersama majalah Kerrang!,Max secara tak sengaja telah muntah kat baju Lemmy,lagi la orang tua tu angin!..heheh..Max dan Sepultura juga penah mendajalkan Motorhead ketika Motorhead sedang beraksi di pentas.sehingga Lemmy betul2 anti dengan Max ni.tetapi selepas Max keluar dari Sepultura,beliau pernah berjumpa Lemmy secara peribadi dan meminta maaf padanya dan Lemmy juga melahirkan rasa simpati pada Max atas apa yang berlaku (kematian anak tirinya Dana dan di singkir dari Sepultura)Lemmy juga memberikan kata2 perangsang pada Max untuk meneruskan kehidupannya sebagai pemuzik.

-Max juga secara tak sengaja pernah muntah kat baju Eddie Vedder (Pearl Jam) ketika mereka melepak dalam tour bus sewaktu tour bersama,tapi Eddie tak marah,malah menjadi sahabat baik sehingga ke hari ini.

-Ketika tour Sepultura di Indonesia pada tahun 1992,ketika sampai di Surabaya,mereka telah di jemput oleh pihak berkuasa Indonesia dan telah soal siasat.mereka di soal muzik jenis apakah kumpulan Sepultura ini,dan yang lawaknya mereka di minta beraksi di depan pihak berkuasa tersebut seperti mereka beraksi di pentas,dan Andreas melakukan headbanging sambil bermain gitar,yang lawaknya mereka kata pihak berkuasa Indonesia bertepuk tangan dan melepaskan mereka.sehari sebelum konsert bermula,mereka telah di jemput oleh jutawan paling kaya di Indonesia yang merupakan peminat Sepultura dan bermain kesemua setlist lagu yang akan mereka mainkan ketika konsert secara private di villa mewah jutawan tu.

-Sepultura juga pernah bermusuh dengan Slayer,kerana Slayer mengenepikan nama mereka untuk tour di Amerika,maka terjadi la 'perang mulut' yang panjang antara Kerry King dan Max yang kutuk mengutuk antara satu sama lain dalam majalah2 metal.

-Sehingga ke hari ini Max memang tak reti nak solo gitar.Max cakap kalau letak pistol kat kepala dia pun suruh dia solo memang dia tak tau.

Dan Max juga berpesan,pada band2 yang ghairah sangat nak ada album sendiri,jangan hampiri segala jenis dadah seperti kokain,heroin,crystal dan segala jenis dadah baru.ini katanya akan menghancurkan masa depan band itu sendiri.apa yang penting berkarya dan meningkatkan mutu muzik sesuatu band itu sendiri.
Overall buku ni memang terbaik,Max tidak malu untuk menceritakan keburukan diri dan kesalahan lampau yang beliau lakukan kata beliau untuk di jadikan iktibar untuk peminat metal di luar sana agar berpijak di bumi nyata dan sentiasa merendah diri..

Pada peminat Max dan Sepultura kena beli dan baca buku ni..memang terbaik!

Monday, 15 September 2014

Max Cavalera - My Bloody Roots (part 2)

Sambungan cerita dari buku Max Cavalera.part 1 bole tengok Kat Sini



Selepas sukses dengan album "Chaos A.D", Max dengan geng Sepultura yang lain berhasrat merakamkan album terbaru yang berakar umbi kan muzik tradisional Brazil.apa yang menarik,Sepultura bersama Gloria dan penerbit album "Roots' telah pergi ke dalam hutan Brazil untuk bersama puak asli Brazil untuk merakamkan album ini.mereka menghabiskan masa selama seminggu di dalam hutan tersebut bagi mendapatkan feel muzik yang di mainkan bersama2 dengan puak asli Brazil ni.ironinya,walau tinggal jauh di dalam hutan,ada antara puak asli Brazil ni kenal dan tau siapa Sepultura dan pernah mendengar muzik bawaan Sepultura.bagi mendapatkan feel tersebut kesemua ahli Sepultura dan penerbit album 'Roots' telah mengenakan cat berwarna merah di badan masing2,antara syarat yang perlu di patuhi oleh puak asli tu..

Max masa kecik.pun dah nampak ganas..heheh


gambar mak Max,nenek dia dan atok dia

Album 'Roots'  yang di riliskan pada 20 febuari 1996 mendapat tempat ke 4 di UK Charts,dan tempat ke 27 di Billboard US.untuk rakaman album kali ini Paulo Jr.telah di paksa oleh Max dan penerbit Ross Robinson supaya beliau sendiri yang memainkan track bass (kalau untuk rakaman album Sepultura yang lepas kesemua track bass kadang di mainkan oleh Max atau Andreas).pada ketika ini,Andreas (pemain gitar utama)dah mula menunjukkan perangai kuku besinya.Ketika tour Roots di UK hanya beberapa jam sebelum konsert bermula,Max dan Gloria mendapat berita tentang kematian anak tiri Max iaitu Dana.(Dana merupakan orang yang paling rapat dengan Max)konsert Sepultura pada hari itu terpaksa di batalkan,Max dan Gloria terus terbang pulang ke Amerika atas ikhsan jet peribadi Sharon Osboune (bini Ozzy)



Sehari selepas pengebumian Dana,Max telah di panggil oleh ahli Sepultura yang lain untuk meeting.Max minta supaya tour Sepultura di tangguhkan sebab beliau dan Gloria masih lagi bersedih di atas kematian Dana,tetapi ahli Sepultura yang lain berkeras mahukan tour di teruskan.Andreas yang mula menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri (termasuk Igor,pada ketika ini hubungan Max dan Igor mulai rengang) memberi kata dua pada Max,untuk bersama Sepultura tanpa Gloria (kerana diorang tanak Gloria jadi manager Sepultura lagi)atau pun beliau sendiri keluar dari Sepultura.Max akhirnya memilih untuk meninggalkan Sepultura walaupun sebenarnya band tu di tubuhkan dan nama Sepultura sendiri dari idea beliau.selepas dari insiden tersebut,Max terus putus hubungan dengan Igor selama 10 tahun lamanya.
Pada ketika Max masih lagi bersedih dengan keadaan yang belaku,Max menyepikan diri sehinggalah lahirnya idea beliau untuk menubuhkan Soulfly...

Nanti la sambung lagi..penat la nak menaip panjang2..

Thursday, 14 August 2014

Max Cavalera - My Bloody Roots



Buku yang sedang di baca..makin lama makin best pulak kisah Max ni..

Ok,Max ni masa zaman bebudak lagi dah memang kamceng dengan Igor yang merupakan antara paling ngam dengan beliau sehinggalah tertubuhnya Sepultura.keluarga Max pada mulanya memang dalam kategori orang berada la.ayah beliau orang Italy yang bekeja di kedutaan Italy di Brazil,mak Max pula ialah seorang model yang boleh di katakan terkenal jugak la di Brazil pada era 60an dan 70an dulu.sehingga lah pada suatu ketika,bapak Max ni meninggal dunia,yang menyebabkan keluarga Max ni jadi kucar kacir,selepas kematian bapaknya,keluarga Max mula jatuh muflis yang menyebabkan mereka terpaksa berpindah di pinggir bandar Rio di Brazil dan tinggal bersama nenek Max,yang menyebabkan Max dan Igor menjadi kanak2 yang degil dan liar.sehinggakan 5 kali Max dan Igor pindah sekolah dan 5 kali jugak la diorang berdua ni kena buang sekolah.sehingga mak diorang cakap "ok kalau korang taknak sekolah,buat benda yang berfaedah jangan buat benda yang tak elok" mak Max sendiri pun dah fed up dengan perangai mereka berdua..heheh..
Max dan Igor kemudiannya bekerja di kilang fabrik kepunyaan nenek beliau.sehinggalah mereka berkenalan dengan seorang mat rock yang tinggal berdekatan mereka.mamat ni la yang ajar Max dengar muzik heavy metal iaitu Black Sabbath,ironinya,bila Max selongkar balik koleksi piring hitam kepunyaan ayahnya terjumpa lp Black Sabbath,tapi Max pelik kenapa tak pernah dengar ayahnya pasang lp tu?yang dia tau ayahnya memang peminat muzik classical.

Sepultura di tubuhkan selepas Max dah mula suka dengar album2 heavy metal seperti Motorhead,Iron Maiden,AcDc,dan yang menyebabkan beliau nak sangat ada band sendiri lepas dia dengar album Metallica 'Ride The Lightning',Sepultura pada awal penubuhannya Max hanya jadi pemain gitar je,bukan menyanyi.tapi bila penyanyi untuk Sepultura tu tarik diri,Igor yang cadangkan kat Max supaya Max je yang jadi penyanyi dan main gitar sekali.demo pertama Sepultura di rakamkan ketika Max belum lagi fasih berbahasa inggeris.dia hanya belajar bahasa inggeris melalui lirik dari album2 Iron Maiden dan Motorhead.cerita beliau bersama di awal penubuhan Sepultura dan cerita pasal bullet belt tiruan yang menggunakan bateri AA tu aku rasa ramai yang dah tau.ketika Max berkenalan dengan Gloria dan akhirnya berkahwin dan Gloria jadi manager Sepultura,sewaktu nama Sepultura berada di puncak,episod malang dalam hidup Max terjadi sekali lagi...
Bersambung... :p

p/s : Paulo Jr (pemain bass Sepultura)sebenarnya tak pernah sekali pun merakamkan track bass untuk album2 Sepultura sehingga ke album Chaos A.D. Max cakap Paulo ni malas belajar dan tak mau meningkatkan teknik pemainan bass beliau.

Tuesday, 20 May 2014

Jason Statham : Taking Stock

Buku yang punya la lama baru abis baca..heheh..


Buku biografi pelakon terkenal yang menjadi pujaan awek2 masa kini iaitu Jason Statham.beliau juga di katakan 'the next Johnny Depp and Tom Cruise',kerana suaranya yang serak macho tu,dan imej beliau sebagai pelakon aksi yang cool.juga di gelarkan 'the stath' oleh peminat,Jason sebenarnya tak berapa suka di labelkan sebagai pelakon aksi,beliau mahu di kenali sebagai pelakon versatile,ini kerana beliau memang berbakat dalam melakonkan apa jua watak.contohnya seperti filem 'Cellular',antara watak jahat lakonan beliau yang paling di ingati,filem aksi dark comedy 'Crank 1 & 2' di mana watak beliau yang kadang kala komedi dan desperate,filem pertama beliau bersama Brad Pitt 'Snatch' yang membuatkan beliau terkenal di Amerika.

scene dalam filem 'Snatch' bersama Brad Pitt

scene dalam filem 'The Transporter 1'

Sebelum menjadi pelakon terkenal,Jason hanyalah seorang peniaga 'thieve market' di England,dan kemudiannya menjadi atlit renang sukan olimpik dan pernah mewakili olimpik pada tahun 1992,menjadi model untuk Tommy Hilfinger,sehinggalah beliau berkenalan dengan Guy Ritchie (director filem Snatch,Sherlock Holmes)orang yang bertanggungjawab memperkenalkan beliau di layar perak.semenjak itu beliau dan Guy Ritchie menjadi kawan karib.
Jason juga seorang yang utamakan kesihatan,beliau tidak merokok dan minum alkohol,kecuali ketika berlakon dalam filem.kalau takda shooting filem,beliau sanggup menghabiskan masa berjam2 lamanya di gym kediaman beliau.

bersama pelakon2 filem 'The Expandables'


pernah dapat anugerah dari GQ men of the year 

Dalam buku ni di ceritakan juga tentang kisah cinta beliau dengan pelakon Kelly Brook,hubungan cinta beliau dengan Kelly ni dah bermula ketika mereka berdua ni belum lagi di kenali sebagai pelakon,apabila mereka pindah di Hollywood,Kelly ni meninggalkan Jason demi merebut cinta pelakon Billy Zane (pelakon filem Titanic,Demon Knight)sedih punya pasal,Jason mula ketagih minum arak dan merokok,sesuatu yang beliau tak suka sebelum ini.kalau tak kerana Guy Ritchie,(yang jadi penyelamat)dah tentunya karier Jason hancur di Hollywood.
Kerjaya Jason berada di kemuncak dan mendapat perhatian utama di Hollywood ialah filem 'The Transporter' di ikuti dengan sekuelnya part 2 dan 3,ketika bintang aksi seakan telah tiada di Hollywood,Jason lah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kembali filem aksi terbitan Hollywood.impian beliau untuk berlakon bersama2 idola hero ketika zaman remaja beliau seperti Stallone,Arnold,Bruce Willis dan Jet Li akhirnya tercapai juga apabila beliau dapat berlakon bersama dalam filem 'The Expandables'
Antara filem lakonan Jason Statham pada aku yang best ialah :
-Filem arahan Guy Ritchie 'Lock,Stock And Two Smoking Barrels' 'Revolver' dan 'Snatch' antara crime film yang terbaik.
-Chaos
-The Italian Job
-Killer Elite
-Cellular
-London
-The Bank Job
-13
-Homefront & Transporter 3

Buku ni memang menarik untuk di baca kalau anda memang peminat Jason Statham.Jason juga akan kembali melakonkan watak jahat dalam filem Fast & Furious 7 di jangka akan di tayangkan pada tahun hadapan.apa pun buku ni memang best..

Saturday, 18 January 2014

Buku Perang Jementah


Betapa terharunya aku,kerana cerita tempat kelahiran aku di Segamat dan sejarah perang Jementah ni akhirnya di buku kan dan telah berada di pasaran pada Disember lalu..
Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal Jementah.Jementah ialah pekan yang terletak di dalam daerah Segamat,Johor.lebih kurang 21 kilometer dari bandar Segamat.perjalanan untuk menuju ke pekan Jementah melalui jalan Segamat - Muar melalui mukim Gemereh (kampung aku).lebih kurang 10 meter dari pekan Jementah,terletaknya Universiti Teknologi Mara (Uitm) cawangan kampus Johor yang menjadikan Segamat sebagai tempat pusat pendidikan terpenting ke dua dalam negeri Johor selepas UTM Skudai.

Perang Jementah merupakan perang saudara pertama yang berlaku di negeri Johor pada 25 Oktober 1879.ianya terjadi apabila Sultan Ali yang memerintah Muar-Kesang mangkat di Umbai,Melaka pada 20 Jun 1877.sebelum mangkat,Sultan Ali mewasiatkan supaya Tengku Mahmod menggantikan beliau.Tengku Mahmod adalah anak Sultan Ali bersama isteri ketiga,yang merupakan orang kebanyakan.perlantikan melalui wasiat ini di tentang oleh Tengku Alam,putera sulung Sultan Ali dari isteri pertamanya.Tamatnya perang ni,menjadi salah satu faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).Kesang juga menjadi jajahan negeri Johor sehingga hari ini..


Perang saudara ini juga menjadi lipatan sejarah didalam Malaysia,pada sesiapa yang berminat tentang sejarah perang yang pernah berlaku di negara ini,ingin mengetahui susur galur kesultanan melayu boleh lah baca novel sejarah ni.juga jika anda anak jati Johor,yang pernah lahir kat Johor pun kena baca buku ni juga.hasil tulisan dan kajian dari penulis Abdul Latip Talib (beliau merupakan penulis sejarah terkenal,karya terbaru beliau ialah kisah  Napoleon Bonaparte yang telah masuk islam) memang terbaik.

#"ekk..?"



Thursday, 19 December 2013

Ketika Malaikat Tidak Bersayap


Aku ni bukan lah orang yang baik2 pun,walau orang cakap aku ni budak baik pun aku tetap tak boleh terima yang aku ni orang yang sempurna seperti kata pepatah "tak makan dek puji,tak mati dek keji"..heheh..lagi pun kalau benda yang baik tu apa salahnya di kongsi bersama.yang sama2 kita mendapat manfaatnya..
Cerita pasal buku ni,antara buku agama yang terbaik pada aku,tatabahasa dalam bahasa melayunya ok dan mudah di fahami,bacaan santai sesuai untuk yang susah nak tidur malam atau memang hobinya suka membaca.
Sesuai dengan tagline nya "himpunan kisah yang penuh hikmah yang menyegarkan jiwa anda" memang banyak pengajaran yang terdapat dalam buku ni,dan juga menyegarkan jiwa.itu memang tak di nafikan.

beberapa bahagian kisah2 menarik yang terkandung dalam buku ini

Tiap2 bab dalam buku ni memang menarik,banyak antaranya kisah2 yang kita tak tau,boleh tau melalui buku ni.antaranya kisah para sahabat Nabi Muhamad s.a.w,kisah moral moral kebijaksanaan,kisah jiwa jiwa yang gagah,dan juga kisah2 di akhir zaman.
Buku "Ketika Malaikat Tidak Bersayap" ni di terbitkan oleh Kemilau Publika boleh tengok kat fb http://www.facebook.com/bukukemilau. buku ni memang best dan menarik tak rugi kalau beli..sama2 kita memperoleh ilmu dan manfaatnya..memang puas hati baca buku ni dan tak jemu.memang di rekomend untuk korang semua.beli dan baca sampai habis.