Showing posts with label Story Of My Life. Show all posts

Monday, 1 May 2017
LRT
Siang tadi memang aku takda kerja,aku habiskan masa (atau buang masa sebab boring) aku naik lrt.bermula dari stesen Gombak iaitu stesen yang paling hujung (Putra LRT) sehinggalah ke stesen Putra Heights ( juga stesen paling akhir)
Kemudian aku tukar pulak naik STAR lrt bermula dari Putra Heights sehinggalah ke stesen akhir iaitu Sentul Timur.selain dari tengok penumpang yang naik ( awek la..heheh) kadang2 tengok gelagat penumpang dalam lrt ni pun best juga.macam2 ragam ada.yang tak bestnya ada juga penumpang yang pentingkan diri sendiri,ada nampak orang tua yang uzur pun takda yang nak bagi tempat duduk.aku sendiri pun naik dari hujung stesen memang tak duduk.celah mana yang perihatin nya rakyat Malaysia ni pun aku tak tau..
p/s: pada rakan2 blog,maaf banyak2 memang tak dapat join tengok Megadeth.sebab aku kena pergi Kedah pulak waktu tu.puas aku bagi macam2 alasan pun tak jalan.tiket pun aku dah jual kat member.baca review kau orang je lah.kirim salam abg Mus.moga terhibur.. (sedih ni)
Monday, 2 January 2017
Dua Kosong Satu Tujuh
Pejam celik dah pun masuk 2017.cepat betul masa berlalu.tiada apa yang nak di ceritakan selain daripada umur kita yang semakin meningkat.ada yang dah jadi kanak2,remaja,dewasa,makin tua dan aku sendiri dah pun hampir senja..heheh..kena mengakula kan takkan nak perasan muda ye tak? tak kisah la walau dah senja tapi jiwa tetap muda dan rock n roll..heheh..
Takda apa nak cakap pun cuma..
-Syukur Alhamdulilah masih di berikan kesempatan untuk menjalani kehidupan di tahun 2017 ni.aku cuba untuk menjadi yang lebih baik hari demi hari walaupun kadang kala selalu juga 'leka' dengan duniawi.
-Tentang kerja harian,masih lagi kena bekerja,cuma dengan umur begini tak boleh nak 'push'sangat badan ni.memang dah terasa sangat kita ni dah berumur.cuma jangan stress je la kan.kalau selalu je layan stress pasal kerja,kita pulak jadi tak sihat nanti.
-Makanan.Bab makanan ni memang aku dah start kawal makan dah.sejak aku berhenti merokok (Alhamdulilah tahun ini genap 2 tahun aku berhenti)memang asik nak makan je.badan pun makin berisi.nak kena mula diet.heheh..kau orang pun jaga la pemakanan yer.
-Penulisan.macam aku cakap dalam entri 3 hari lepas,kalau takda apa2 aral,dalam tahun 2017 ini jugak la akan terbit antalogi cerpen aku bersama sifu aku tu.dah 80 peratus siap.sedang di edit dan sedang mencari penerbit indie yang boleh terbitkan buku ini.InsyaAllah (promo dulu awal2..heheh)
-Hiburan.mungkin tahun ni nak slow down sikit kot bab beli cd ngan piring hitam ni.tapi tak boleh nak cakap jugak godaan,hasutan dan santauan dari rakan2 blog dalam ni pun boleh tahan la jugak..heheh..
-Jodoh.ramai tanya pasal ni.aku sendiri pun tak boleh nak jawab pasal ini semua tentuan dari Ilahi.kalau ada jodoh dan calon.kawin la aku..
Dan akhir sekali,antara album yang dah berusia 20 tahun dan 30 tahun pada tahun ini,ada juga yang menjadi 'soundtrack of my life'
Salam 2017 untuk semua rakan2 blog lama dan baru,pengunjung dan pembaca senyap blog ini.semoga kalian semua sukses dan dapat mencapai apa yang di hajati pada tahun 2017 ini.jaga pemakanan,jaga kesihatan,buat baik dengan semua orang walaupun orang benci kita.terima kasih juga kepada rakan2 blog yang menjadi sumber inspirasi aku untuk terus menulis sehingga ke hari ini..'Keep on Rockin!'

Sunday, 26 June 2016
RM7.00
Tak macam tahun lepas,tahun agak kelewatan sedikit untuk melunaskan bayaran zakat fitrah ini.sebab terlalu sibuk sangat dengan hal duniawi.
Seperti tahun - tahun sudah,zakat fitrah bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi dengan harga rm 7.00.
p/s : harap pusat zakat dapat membersihkan segala tomahan negatif yang di terima melalui media2 sosial yang ada sekarang ni.
Thursday, 23 June 2016
Hadiah Paling Bermakna
Ada seorang hamba Allah telah mengirimkan hadiah hari lahir aku yang agak istimewa.. selamat sampai di rumah aku tenghari semalam.
Senaskah Al Quran yang lengkap dengan terjemahan.terkedu aku menerima hadiah ni.memang dah lama aku tak mengaji dan banyak juga la Surah- Surah Al Quran yang aku lupa.dan beliau cuma berpesan 'moga bermanfaat' dan 'rajin2 lah mengaji dan baca terjemahannya'.
Tiada yang lebih bermakna dengan mendapat hadiah ini pada usia yang dah jejak 40 ni.kepada anda yang ingin membaca Al Quran yang lengkap dengan terjemahannya sekali (dalam tulisan rumi) boleh dapatkan Al Quran Tajwid Dan Terjemahan ini di kedai2 buku (MPH dan Popular ada jual) yang berhampiran.moga anda semua juga mendapat manfaat.
Sunday, 19 June 2016
19 June
Syukur Alhamdulilah..masih lagi di beri nafas dan kesihatan tubuh badan oleh Allah SWT.maka pada hari ini aku dah masuk 4 series dah pun.dah boleh join kelab Berteromber dan Deaf ni.heheh..
Terima kasih kepada sahabat handai,kawan2 sekolah rendah dan sekolah menengah saudara mara dan rakan sekampung yang mengucapkan selamat hari lahir pada aku melalui panggilan telefon,Whatsapp,Telegram,Wechat,sms dan juga yang call aku tadi.terima kasih banyak2.semoga kalian semua berada di dalam RahmatNya..amin..

album Rainbow yang sama umur dengan aku. |
Tuesday, 13 October 2015
Siput Gondang
![]() |
gambar yang di kirim melalui Whatsapp oleh sahabat aku yang bersusah payah mencari siput ni.yang ni belum di masak lagi |
Sebab apa aku nak cerita pasal siput ni?ok ramai yang tak tau sebenarnya siput ni boleh di makan,dan ianya adalah penawar paling mujarab sesiapa yang menghidap penyakit seperti aku ini..biarlah aku ceritakan satu persatu dulu..
Selasa 7 October 2015
Jam 10.30 malam,aku menghadapi cirit birit yang agak kronik,sehinggalah kali ketiga aku masuk ke tandas,bila aku berak,najis aku cair bercampur darah,sehinggalah pada kali keempat,kelima dan keenam,tiada lagi najis yang keluar,cuma darah pekat segar yang keluar dari perut aku,oleh kerana badan yang terlalu lemah (sebab dah kehilangan banyak darah) aku minta tolong housemate aku hantar ke Hospital Kuala Lumpur.setelah melalui berbagai2 prosedur,aku telah di tahan di wad.kemungkinan keracunan makanan.
Jumaat 9 October 2015
Setelah bertemu dengan doktor pakar dan melakukan segala pemeriksaan secara terperinci,aku di sahkan menghidap buasir dalaman.ada dua jenis buasir sebenarnya ada buasir dalaman dan luaran (kalau yang luaran tu yang sampai tekeluar usus tu) patutlah bila aku buang air darah je yang keluar tapi langsung tiada rasa sakit.doktor pakar tersebut telah melakukan 'rubber bending' iaitu menampal luka dan mengikat getah pada usus aku yang buasir tu (pasal ni boleh google kat internet)sehingga ia akan menjadi ulser dan gugur sekali bersama najis bila aku buang air besar nanti.
Sabtu 10 October 2015
Seorang sahabat di Rawang,satu tempat kerja dengan aku mengesyorkan siput gondang ni,dia cakap siput ini memang penawar mujarab bagi penghidap buasir.dia yang bersusah payah pergi mencari di lopak dan paya sekitar Rawang dan juga siap masak kan sekali untuk aku,siput gondang goreng.siput ni sebenarnya amat popular di Kedah,orang2 Kedah memang suka makan siput ni di masak lemak cili api.
Ahad 11 October 2015
Oleh kerana dah sakit,nikmat makanan yang sedap2 buat sementara ni aku belum boleh makan lagi,kena pantang betul2 sebab nak jaga kesihatan usus aku.tengah harinya aku makan siput gondang goreng tu bersama sup sayur campur.terus terang pada mulanya memang aku dah rasa loya nak makan,tapi di sebabkan nak sembuh,aku gagahkan jugak diri aku untuk makan siput ni..heheh..sorry lah takda gamba siput yang dah goreng tu pasal aku dah tak teringat nak ambik gamba apa dah,yang aku buat aku tenung siput yang dah di goreng tu lama2..heheh.. minggu depan kalau aku dapat siput tu lagi aku ambik gambar.
Rasanya?dalam takut tu bila aku dah makan rasa sedap pulak,rasanya lebih kurang macam makan kerang bakar tu lah.sedap! aku makan sampai habis..heheh..
Sehingga ke hari ini,cirit birit aku pun dah takda dan bila aku melepaskan hajat pun tiada lagi darah yang keluar,pada masa yang sama aku tetap juga makan ubat yang telah di bekalkan oleh pihak hospital,dan akan ada temujanji lagi dengan doktor pakar pada bulan Disember nanti..buat pembaca dan rakan2 blog sekelian,jagalah pemakanan,jangan jadi macam aku asek nak makan je.salah satu sebab aku selalu nak makan ialah aku dah berhenti merokok.memang selera makan lain macam bila dah berhenti merokok ni.di sebabkan tak jaga pemakanan la dapat penyakit ini.
Untuk penghidap buasir seperti aku di luar sana,makan lah siput gondang ni,InsyaAllah akan cepat sembuh.ramai yang malu nak ceritakan pasal penyakit buasir ni,tapi pada aku,apa yang aku cerita ini merupakan pengalaman aku,saja aku kongsikan kat sini untuk anda semua supaya jaga pemakanan dan kesihatan.
p/s : Terima kasih Doktor Faizal dan kakak nurse (lupa namanya) dari klinik pakar Hospital Kuala Lumpur yang telah bersusah payah merawat aku,dan awek nurse dari JB yang aku lupa nak save nombor telefon nya..heheh.. dan terima kasih juga pada rakan2 blog dan rakan2 di fb yang mendoakan aku agar cepat sembuh.
Tuesday, 15 September 2015
Jerebu Kembali
Sudah beberapa hari jerebu telah melanda Kuala Lumpur dan kawasan2 yang lain,bacaan IPU 10 jam yang lalu menunjukkan tahap pencemaran sudah di tandakan kuning bermakna tahap tidak sihat.kepada anda yang dapat tanda2 seperti ini :
-Mata berair
-Batuk/tekak rasa kering atau loya
-Kepala pening dan berdenyut
-Dada rasa berat dan sukar hendak bernafas
-Sakit dada
Jangan tunggu lama,cepat2 lah pergi ke klinik yang berhampiran,kerana aku tadi dah mengalaminya.jangan tunggu lama sebab jerebu kali ini agak merbahaya berbanding dengan tahun sebelumnya.aku dapat cuti satu hari.doktor pun suruh rehat dan jangan melakukan sebarang aktiviti di luar rumah.memang teruk dah,kalau dulu aku merokok yang kadang kala asapnya merimaskan orang di sekeliling aku,tapi kali ini aku merasainya bagaimana seksanya bila kena asap jerebu ini selepas aku berhenti merokok.
Terima kasih lah kat kerajaan Indonesia yang 'prihatin' dengan tahap kesihatan rakyat Malaysia,kau dah mintak maaf lepas tu kau buat lagi.tak tau malu betul.bila jadi lagi kau mintak maaf lagi lepas tu kau lepas tangan.diam buat bodoh je.apa salahnya kau ambik hati rakyat Malaysia ni buat macam mana nak mengatasi masalah ni,sebab kau sendiri yang cipta masalah ini..
Bila aku cakap 'brengsek' tau pulak kau nak marah.
Sorry,aku bukan marah rakyat Indonesia,aku marah pihak berkuasa indon yang tak prihatin langsung.
Ok,nak tidur,dah mamai makan ubat.malas nak bebel panjang2..
Thursday, 30 July 2015
Deja Vu
Oleh : Aimi Nordin
Setiap orang pasti pernah melalui pengalaman yang dianggap seperti dejavu. Dejavu adalah keadaan di mana kita merasakan ianya seperti pernah terjadi. Tetapi anda juga tak pasti benarkah ianya pernah terjadi atau hanya bayangan anda sahaja. Pernah tak terfikir apa sebenarnya dejavu ini?
Dejavu – ianya berlaku kepada 60 % - 80 % manusia, tetapi kenapa? Terdapat tiga teori di sebalik keadaan ini.
1.Silap
Otak anda hanya seperti di short cutted. Sesuatu telah berlaku, dan input deria anda terima telah dimuatkan dalam memori yang tidak berkaitan secara tidak sengaja. Dalam erti kata lain, fikiran anda hanyalah sekadar permainan sahaja.
2.Peringatan
Anda mengingati sesuatu yang lain. Objek, bau atau bunyi yang telah menyebabkan memori anda telah disimpan. Itu mewujudkan perasaan lega walaupun anda mempunyai satu pengalaman baru.
3.Fikiran Yang Teratur
Anda mengenali corak. Minda manusia mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk melihat dan ingat corak. Cara perabot direka, cara jalan dibuat walaupun corak biasa bersuara boleh mencetuskan rasa dejavu.
Dejavu juga merupakan kecenderungan seseorang otak seseorang untuk mengingat kenangan atau pengalaman yang dirinya sendiri tidak pasti di mana ia dijumpai. Pada asasnya, cara fikiran kita yang memberitahu kita bahawa ada sesuatu di hadapan kita yang kita mahu ingat atau memori cuba mendapatkan semula. Dejavu memang pelik.
p/s : baru je mimpi pasal bangunan atas bukit tu terbakar,so malam tadi heboh pasal memang betul2 terbakar..kira 'Deja Vu' jugak ke?

Thursday, 16 July 2015
Salam Aidilfitri 2015
Diam tak diam hari ini hari terakhir kita berpuasa pada tahun ini,InsyaAllah kalau di panjangkan umur akan bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan.esok semua umat islam seluruh nusantara dan dunia akan menyambut ketibaan Aidilfitri.walaupun dengan pelbagai isu yang melanda,dengan segala barang dan minyak naik harga dengan nilai ringgit Malaysia yang semakin susut,kita semua tetap menyambut raya walaupun secara sederhana..
Takyah la nak cerita panjang2,so aku tahun ini beraya di Johor Bahru,dan kemudiannya pada hari raya pertama atau kedua mungkin pulang di kampung halaman di Segamat.kalau ada durian boleh makan ni..heheh..apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan2 blog,pembaca,pengunjung yang mungkin tersesat kat sini atau pun pembaca senyap.aku minta ampun dan maaf andai ada tulisan dalam blog aku ni yang menyinggung perasaan pembaca semua.moga raya kalian semua 'Raya yang sempurna'.
Maaf Zahir & Batin
Monday, 6 July 2015
Zakat 2015
Dah setel..aku pun memang tak suka bayar lambat,yang mana patut di dulukan, selesaikan dulu.cuma yang agak istimewa pada tahun ini amil tempat aku bayar zakat ini adalah sahabat lama yang agak lama tak jumpa,di sebabkan beliau pun tengah bekerja,aku pun taknak la ganggu..cuma sebelum aku beredar sebab nak beri laluan pada orang lain untuk bayar zakat, dia sempat tanya 'Eh,Maiden punya new album rilis september ek?' sehingga orang yang selepas aku tu cakap 'wah,abang aji pun layan Iron Maiden ke?' heheh..kawan aku tu pun mat rock kental juga.
Seperti tahun lepas dan sama seperti di Sabah dan Sarawak,nilai zakat fitrah pada tahun ini juga masih lagi RM7.00.
Friday, 19 June 2015
Hari Kedua Ramadhan / 19 Jun 2015
Seingat aku,ini adalah kali yang pertama sambut hari lahir di bulan Ramadhan yang mulia ini.terima kasih kepada rakan2,saudara mara yang sms,Whatsapp,Telegram,Wechat,ada yang wish kat facebook dan juga yang masih menggunakan email (baru old skol kata nya) terima kasih banyak2.walaupun takda hadiah (dah dapat dah haritu..heheh) tapi hadiah yang paling bermakna pada aku dan istimewa ialah dapat menyambut puasa pada Ramadhan tahun ini.syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan aku peluang untuk berpuasa pada tahun ini.
So,orang2 yang terkenal yang sama menyambut hari lahirnya dengan aku hari ini ialah makcik Aung San Suu Kyi,Zoe Saldana, (pelakon) makcik Paula Abdul (penyanyi),Salman Rushdie,Jose Rizal,Brian Welch (gitaris Korn),Ann Wilson (Heart),Moe Howard (pelakon asal The Three Stooges) dan juga pelakon Sadie Frost.
Dan hadiah kejutan yang aku dapat ialah ini...
Iron Maiden dah pun umumkan pasal album baru yang di katakan bakal rilis pada september nanti.tengok pada cover dan tajuk lagu rasanya tema untuk album kali ini pasal voodoo kot?takpa tu nanti biar abang Deaf kita yang cerita nanti.cerita pasal Maiden ni boleh jenguk kat website Classic Rock Kat Sini
Terima kasih,selamat bersahur,selamat berpuasa dan salam Ramadhan untuk semua.

Friday, 6 March 2015
Engkau..
Engkau cakap...
"bila Hukum Hudud dilaksanakan makin teruk lah jawabnya"
Sungguh berani engkau mempersendakan Hukum ALLAH.
Bila ada pihak yang melabelkan golongan yang mempersendakan Hukum ALLAH ini adalah syirik engkau terus melenting tanpa berfikir.
Lebih baik engkau diam jika tidak setuju dengan hukum ALLAH, daripada engkau mengundang kemurkaan ALLAH dengan mempersendakan HukumNya..
p/s : potong stim betul la aku baru nak feeling2 layan secangkir kopi kat mamak time dinihari begini.boleh pulak terdengar pebualan dari "golongan ada2 yang bijak pandai ni". moga kalian semua beroleh RahmatNya..

Saturday, 22 November 2014
Memori Mixtape
Seperti yang pernah duktur Bentara cerita Kat Sini
Baru2 ni ada jumpa kawan sekolah menengah aku dulu kira aku punya cinta monyet dulu lah..heheh..(actually she's now a single mother with two kids)kami bebual2 tentang masa sekolah dulu2,lagi pun ini kali pertama aku berjumpa dia setelah berpuluh tahun tak jumpa.kali terakhir jumpa beliau selepas exam SRP.dan kebetulan masa tu dia nak pindah sekolah.so untuk menghargai persahabatan yang terjalin tu,aku kasi dia mixtape.aku menggunakan kaset TDK (kalau sesapa masih ingat kaset ni macam gambar kat atas tu.)aku pilih kaset yang berdurasi 60 minit.yang di beli dengan harga rm 4.00 di sebuah pasaraya terkenal kat tempat aku kat Segamat dulu.dan selepas tu pergi ke satu kedai apek ni untuk record lagu yang kita mahu.masa ni memang aku dah suka muzik rock,thrash,heavy semua tu,tapi tau je la kan jiwa remaja,kalau dah di lamun cinta (kononnya) semuanya lupa..kira 'metal outside,garden inside' la kan..heheh
Sebab kaset tu berdurasi 60 minit,memang ngam2 la 10 lagu kan..tapi part yang paling buat aku tersenyum sampai sekarang ni ialah list lagu nya..heheh..lagu2 yang pernah popular di penghujung 80an dan awal 90an.list lagu nya ialah :
1.Tommy Page - A Shoulder To Cry On
2.Roxette - It Must Have Been Love
3.Richard Marx - Right Here Waiting
4.Scorpions - Always Somewhere
5.New Kids On The Block - Tonight
6.Linear - Sending All My Love (pasal lagu ni la aku kena kelentong ngan member aku dia cakap ni band rock baru..hehe)
7.Elton John - Sacrifice
8.Odyssey - Masih Ada (band rock melayu,lagu ni memang syahdu siot..hehe)
9.Sinead o Connor - Nothing Compares To You
10.Poison - Life Goes On (lagu ni dia pernah kasi aku dulu,so aku masuk kan sekali lagu ni dalam mixtape ni)
Memang jiwang gitu kan aku punya setlist masa tu..heheh..for the record,aku sebenarnya pun dah lupa setlist lagu dalam ni,kawan aku tu yang masih ingat,ironinya,beliau masih lagi menyimpan kaset tersebut sehingga sekarang walau pun dah rosak.aku suruh dia snap gambar tu kaset nanti bila dia balik kampung.pasal kaset tu ada tersimpan di rumah pusaka orang tuanya..
Untuk lagu2 yang di atas tu,boleh jenguk kat youtube kalau nak dengar..heheh..
Info pasal pasal TDK boleh tengok kat sini :
http://vintagecassettes.com/tdk/tdk.htm
"Hingga kini..masih ada..lagu kita itu..berkumandang di udara..menyentuhi kalbu..." - Odyssey -Masih Ada
p/s : story la korang punya pengalaman mixtape pulak.

Monday, 21 July 2014
Dah Bayor..
Zakat Fitrah 2014..
Sama macam tahun lepas,kadar zakat fitrah bagi Kuala Lumpur dan Selangor ialah RM7.00.lagi pun ini minggu terakhir Ramadhan kan,sapa2 yang belum bayar lagi tu cepat2 la bayar.moga hasil sumbangan zakat ini sama2 dapat di rasai oleh orang yang memerlukannya..di harap jangan la ada lagi suara2 sumbang yang cakap perkara negatif tentang baitulmal dan pusat zakat ini..
Thursday, 19 June 2014
19 Jun 2014
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku masih lagi di beri peluang bernafas dan di anugerahkan tubuh badan yang masih lagi sihat.pada hari ini yang sama2 sambut hari lahir dengan aku ialah Brian Head Welch (gitaris band Korn)Salman Rushdie (penulis buku kontroversi),makcik Paula Abdul,Garfield(kucing ni pun sama?)Aung San Su Kyi (activist popular)The Sandman (TNA wrestler),Ann Wilson(Heart)Carmel Moore(British pornstar..erk?)dan ACDC drummer Simon Wright.
Seorang teman awal2 dah kasi hadiah kat aku..memang benda yang lama aku idamkan pulak tu..heheh..
Hadiahnya ialah ini..
Album Rainbow Rising remasters.album yang di riliskan pada tahun aku lahir.punya gumbira tak terkata aku dapat cd ni..heheh..sambil menaip ni pun sambil melayan lagu album ini..
Anyway,terima kasih pada kawan2,family,saudara mara yang wish kat fb,ada yang sms,ada yang call,ada yang Whatsapp,Wechat dan ada yang call free guna Kakao Talk..heheh..Tq so much..i really really appriciate that..
So,umur aku dah masuk28 tahun..heheh..bukan tua,remaja dewasa ok...hahah.. :P
Seorang teman awal2 dah kasi hadiah kat aku..memang benda yang lama aku idamkan pulak tu..heheh..
Hadiahnya ialah ini..
Album Rainbow Rising remasters.album yang di riliskan pada tahun aku lahir.punya gumbira tak terkata aku dapat cd ni..heheh..sambil menaip ni pun sambil melayan lagu album ini..
Anyway,terima kasih pada kawan2,family,saudara mara yang wish kat fb,ada yang sms,ada yang call,ada yang Whatsapp,Wechat dan ada yang call free guna Kakao Talk..heheh..Tq so much..i really really appriciate that..
So,umur aku dah masuk
Saturday, 10 May 2014
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Ibu,
Aku mencintai mu
Atas semua yang telah kau lakukan untuk ku
Aku akan selalu mengingati mu dan munajatkan doa untuk mu
Kerana semasa kau masih ada,kau selalu ada di sisi ku dan menyayangiku....
Al Fatihah.semoga roh mu di cucuri Rahmat Allah Swt.
Xyruszone 10/5/2014
1.54 AM
Selamat Hari Ibu kepada anda yang bergelar ibu,emak,umi,mama,mummy dan bonda.kasih ibu memang membawa ke syurga..
Labels:
Story Of My Life
Saturday, 12 April 2014
Hadiah Dari Bandung
Beberapa hari yang lalu menerima bungkusan dari ABX express...
Merupakan dompet kulit berjenama Oakley.sebenarnya permintaan ni hanyalah gurauan aku ketika bersembang di aplikasi group Whatsapp.(alumni kawan2 sekelas ketika bersekolah rendah dulu) tak di sangka di beli nya betul2..heheh..
Tapi sebab dah beli dan di beri sebagai hadiah,aku gunakan juga bagi menggantikan dompet aku yang dah usang tu..
Apa pun setinggi2 ucapan terima kasih pada sahabat baik aku sejak di zaman kanak2 lagi iaitu Rohaiza De Lemon.tengkiu so much my best buddy!

Thursday, 30 May 2013
Plastik Pembalut Makanan
Semua tau apa guna nya mende alah ni kan?biasanya plastik ni di gunakan untuk balut buah2an atau pun kuih muih supaya tanak bagi makanan tu rosak atau di hinggapi lalat.tapi yang sebenarnya plastik pembalut ni banyak yang boleh di guna.aku guna plastik ni untuk balut buku2/majalah ngan komik2 aku bila dah abis baca..
antara buku2 yang dah siap di sealed |
Untuk mengelakkan dari buku ni rosak atau berhabuk,aku gunakan plastik ni untuk balut buku2 aku yang dah abis baca.so pada ulat2 buku kat luar sana,kalau tanak buku korang rosak kalau lama simpan,boleh cuba kaedah ni..heheh..
Selain dari tu,plastik ni jugak aku gunakan untuk balut ni haa..
Semua koleksi piring hitam aku memang berbalut guna plastik ni.untuk mengelakkan dari rosak atau berhabuk.lagi pun plastik ni murah je.boleh balut banyak buku atau lp yang ada.boleh juga kalau nak sealed cd yang versi digipak tu,kalau tanak cover cd tu rosak.kedai runcit,pasaraya memang ada jual plastik ni.
cuba lah.. :)
Monday, 26 November 2012
Durian Dari Segamat
Di sebabkan jadual kerja yang padat,aku tak berkesempatan nak balik ke kampung halaman di Segamat Johor.(memang aku berasal dari sini sebelum pindah ke JB)musim cuti sekolah,dan hampir ke musim tengkujuh ni jugak la musim yang di tunggu2 oleh peminat durian,apa lagi kalau tak musim durian.kebetulan,ada member dari Segamat datang singgah di rumah aku kat kl ni,dah memang rezeki member tu datang bawak durian dari Segamat,so dapat lah aku merasa makan durian segamat yang memang enak banget ni..hehe..
Memang kat kl ni memang banyak gerai2 yang jual durian,semuanya cakap dari Segamat,bukannya aku tanak beli,cukup lah sekali aku pernah terkena dulu,peniaga tu cakap durian dari segamat,tapi melalui rasa nya pun aku dah tau,durian siam! cakap gred terbaik la apa la..tapi terkena aku.hehe..bukan lah aku nak kata aku ni terrer,tapi dari kecik dulu memang aku membesar dengan makan raja buah ni.dulu,kalau time cuti sekolah,arwah atok aku memang akan jemput aku pergi rumah dia tiap kali tiba musim durian.kalau setiap kali aku cakap ngan atok aku nak makan durian,memang dia akan belah durian tu banyak2 dan bermacam jenis durian,dari situ lah aku kenal mana satu durian tembaga,yang mana durian isi nipis,dan macam2 nama durian lagi lah(kalau ikut loghat daerah)aku pun lupa.
Bila aku nak sekolah menengah,time ni kalau cuti sekolah masa musim durian,tak payah tunggu atok aku datang,aku dah sampai dulu kat rumah dia..hehe..tapi bila dah remaja masa tu,aku kena la tolong dia kutip durian pulak.kebun buah arwah atok aku dulu memang luas jugak lah,selain dari kutip durian,aku kena asingkan untuk tiap2 saiz durian tersebut ke dalam bakul,yang besar,yang sedang2 dan yang kecik dan dari situ lah aku mula tau gred2 durian ni yang telah di ajar oleh atok aku.
Tiap kali musim durian jugak lah tokey2 cina ni selalu datang rumah atok aku setiap pagi nak beli durian(masa tu harga durian memang mahal lagi berbanding sekarang)selesai urusan jual beli,dapat la jugak aku upah dalam rm 20 ke 30 sebab tolong kutip durian,dan teman atok aku malam2 tido kat pondok sebab malam2 kena bangun kutip durian.(tapi kalau malam nak kutip durian time tu memang aku ajak atok aku teman la pasal kebun durian tu pada aku terlalu 'angker' waktu malam)..hehe..tapi di sebabkan time tu harga durian tengah mahal,memang kena kutip jugak lah,kalau tak ada malaun lain yang kutip durian kat kebun atok aku tu..hehe..
Semua tu dah tinggal kenangan,sekarang ni pun kalau pergi rumah atok aku tu hanya dapat makan durian je lah,ada antaranya pokok durian yang rumah atok aku tu dah kena tebang sebab tak menghasilkan buah lagi.ada member2 kl ni pernah tanya aku,apa yang menyebabkan durian Segamat ni sedap dan menjadi sebutan eh?aku pun tak tau nak jawab apa,mungkin di sebabkan tanah segamat ni istimewa kot?sebab kerap di landa banjir agaknya(Segamat juga terkenal kerana banjir nya)..
Yang aku pulak punya dah nampak durian depan mata,lupa pulak nak snap pic nak tampal kat sini..hehe..ni antara contoh durian yang menjadi kegemaran aku.gambar durian ni aku ambik dari blog kawan2 aku dari Segamat.
Durian tembaga.yang ni isi dia jangan cakap lah,memang terbaik! isi tebal,kalau makan dua ulas pun dah rasa kenyang,tapi jangan awas,jangan makan banyak2,kalau antibodi tak kuat,silap2 boleh demam panas dan suara pun boleh bertukar growl ala2 David Vincent (Morbid Angel) gitu..hehe..aku jugak pernah kehilangan suara sebab makan tak ingat dunia..heheh..
Yang ni pun best,kalau kat tempat aku isi durian macam ni di gelar "kucing tidur".tengok la isi dia rupa macam kucing tidur kan?yang ni pun isi dia tebal,tapi bijik dia halus dan nipis.dengan warna kuning menyinar tu,mana boleh tahan kan?takkan nak tengok je,kasi bedal lah..hehe..kalau yang ni bentuk dia memang kecik2,tapi kecik jangan di sangka isi dia tak bagus,terbaik woo..
Tapi sekarang ni aku dah tak kuat sangat makan durian,tak macam dulu.sekarang ni pun dapat makan 2-3 ulas pun dah rasa kenyang.so,pada sesapa yang nak jalan2 cuti sekolah ni,mana la tau mungkin ada yang nak ke Melaka,JB ke,dan teringin nak makan durian kampung yang betul2 pure,singgahlah Segamat.jangan bimbang,takkan adanya orang Segamat jual durian Siam(jangan bikin malu orang Segamat wey..)harganya pun berpatutan..
Jikalau Muar terkenal dengan asam pedasnya,Segamat terkenal dengan duriannya.yeay!..

Monday, 5 November 2012
Tensi..
Baru balik dari tengok Skyfall,cadangnya nak update,tapi bila on laptop,laptop pulak buat hal..hadoiyai..kat tempat kerja pulak takda akses internet..
Memandangkan laptop aku akan ke icu,terpaksalah aku stop kejap dari memblog..insyaAllah dalam masa terdekat ni akan aktif kembali.
Sementara tu,boleh lah aku abeskan buku yang belum habis di baca lagi..salah satu nya buku Enter Night ni.
See u all later
Stay heavy \m/
Sent From My Iphone

Subscribe to:
Posts (Atom)