Monday, 2 January 2017

Dua Kosong Satu Tujuh

Pejam celik dah pun masuk 2017.cepat betul masa berlalu.tiada apa yang nak di ceritakan selain daripada umur kita yang semakin meningkat.ada yang dah jadi kanak2,remaja,dewasa,makin tua dan aku sendiri dah pun hampir senja..heheh..kena mengakula kan takkan nak perasan muda ye tak? tak kisah la walau dah senja tapi jiwa tetap muda dan rock n roll..heheh..

Takda apa nak cakap pun cuma..

-Syukur Alhamdulilah masih di berikan kesempatan untuk menjalani kehidupan di tahun 2017 ni.aku cuba untuk menjadi yang lebih baik hari demi hari walaupun kadang kala selalu juga 'leka' dengan duniawi.

-Tentang kerja harian,masih lagi kena bekerja,cuma dengan umur begini tak boleh nak 'push'sangat badan ni.memang dah terasa sangat kita ni dah berumur.cuma jangan stress je la kan.kalau selalu je layan stress pasal kerja,kita pulak jadi tak sihat nanti.

-Makanan.Bab makanan ni memang aku dah start kawal makan dah.sejak aku berhenti merokok (Alhamdulilah tahun ini genap 2 tahun aku berhenti)memang asik nak makan je.badan pun makin berisi.nak kena mula diet.heheh..kau orang pun jaga la pemakanan yer.

-Penulisan.macam aku cakap dalam entri 3 hari lepas,kalau takda apa2 aral,dalam tahun 2017 ini jugak la akan terbit antalogi cerpen aku bersama sifu aku tu.dah 80 peratus siap.sedang di edit dan sedang mencari penerbit indie yang boleh terbitkan buku ini.InsyaAllah (promo dulu awal2..heheh)

-Hiburan.mungkin tahun ni nak slow down sikit kot bab beli cd ngan piring hitam ni.tapi tak boleh nak cakap jugak godaan,hasutan dan santauan dari rakan2 blog dalam ni pun boleh tahan la jugak..heheh..

-Jodoh.ramai tanya pasal ni.aku sendiri pun tak boleh nak jawab pasal ini semua tentuan dari Ilahi.kalau ada jodoh dan calon.kawin la aku..

Dan akhir sekali,antara album yang dah berusia 20 tahun dan 30 tahun pada tahun ini,ada juga yang menjadi 'soundtrack of my life'





Salam 2017 untuk semua rakan2 blog lama dan baru,pengunjung dan pembaca senyap blog ini.semoga kalian semua sukses dan dapat mencapai apa yang di hajati pada tahun 2017 ini.jaga pemakanan,jaga kesihatan,buat baik dengan semua orang walaupun orang benci kita.terima kasih juga kepada rakan2 blog yang menjadi sumber inspirasi aku untuk terus menulis sehingga ke hari ini..'Keep on Rockin!'

12 comments:

  1. Selamat tahun baru...semoga cepat dapat jodoh dan bolehlah pencen main lp....lepas tu boleh jual lp Helloween,GNR,Def Leppard,King Diamond tu kat aku dengan harga kasih sayang...haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..nak carik bini yg kaki lp jugak

      Delete
  2. Replies
    1. Haha..salah lp aku ingatkan abigail

      Delete
  3. eh? yang atas tu semua koleksi kau ye? kau belum review lagi semua tu ye...
    wahhh xmas shopping ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg dah review ada yg belum
      Tu suma dah lama beli cuma smlm dok selongkar balik pasal nak ambik gambo..hahah..tu yg album KD tu silap.patutnya album Abigail bukan them

      Delete
  4. Replies
    1. Beli kat campbell.mahal gila.dah la inlay sekeping.hampeh tul

      Delete
    2. Tak.yg depan dia tu kedai uncle tu

      Delete