Friday 19 June 2015

Hari Kedua Ramadhan / 19 Jun 2015

Seingat aku,ini adalah kali yang pertama sambut hari lahir di bulan Ramadhan yang mulia ini.terima kasih kepada rakan2,saudara mara yang sms,Whatsapp,Telegram,Wechat,ada yang wish kat facebook dan juga yang masih menggunakan email (baru old skol kata nya) terima kasih banyak2.walaupun takda hadiah (dah dapat dah haritu..heheh) tapi hadiah yang paling bermakna pada aku dan istimewa ialah dapat menyambut puasa pada Ramadhan tahun ini.syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan aku peluang untuk berpuasa pada tahun ini.

So,orang2 yang terkenal yang sama menyambut hari lahirnya dengan aku hari ini ialah makcik Aung San Suu Kyi,Zoe Saldana, (pelakon) makcik Paula Abdul (penyanyi),Salman Rushdie,Jose Rizal,Brian Welch (gitaris Korn),Ann Wilson (Heart),Moe Howard (pelakon asal The Three Stooges) dan juga pelakon Sadie Frost.



Dan hadiah kejutan yang aku dapat ialah ini...




Iron Maiden dah pun umumkan pasal album baru yang di katakan bakal rilis pada september nanti.tengok pada cover dan tajuk lagu rasanya tema untuk album kali ini pasal voodoo kot?takpa tu nanti biar abang Deaf kita yang cerita nanti.cerita pasal Maiden ni boleh jenguk kat website Classic Rock Kat Sini

Terima kasih,selamat bersahur,selamat berpuasa dan salam Ramadhan untuk semua.



5 comments:

  1. Selamat Hari Jadi....yeah...kena start menabung...2 disc tu...

    ReplyDelete
  2. Aku rasa next tour, ada hutan belantara sebagai stage prop. HAHA

    ReplyDelete
  3. selamat hari jadi bro. maiden tu harap2 dorang tour nanti masuk malaysia waahaa

    ReplyDelete