Friday 5 June 2015

Burger Bakar (lagi) & Kepak Ayam

Pernah cerita pasal burger bakar sebelum ni Kat Sini dan kat blog Deaf Angel pun ada cerita pasal makan jugak Di Sini.

Tinggal lagi dua minggu kita semua akan menyambut Ramadhan,sebelum tu aku tampal lagi la burger bakar ni,tapi kali ni lain punya..




Yang ni aku baru rasa haritu  'Beef Baconizer single' maknanya daging dia single layer (macam dvd pulak..haha) punya.kalau nak double pun boleh,tapi kena tambah ongkosnya laa..

So bila dah bukak lebih kurang camni la...





Dan yang ini bahagian dalaman nya...






Kira ok la tak kedekut mayonis dan diorang menggunakan pure mayonis.kalau sesetengah kedai jual burger kadang ada yang menggunakan mayonis yang di campur dengan air.itu yang buat tak sedap.
Berbanding dengan 'Smokeynizer' sebelum ni,yang ini memang kena dengan selera aku,memang sedap dagingnya.yang dah di bakar,dan dagingnya pun tak liat.kunyah pun sedap je.(memang jahanam diet aku kalau dah selalu makan burger ni..heheh) masuk yang ni je kira dah kali ke 3 aku beli Beef Baconizer ni..heheh..


Ok yang ini pulak memang makanan kegemaran aku bila tiba bulan puasa.kepak ayam madu..







Yang ni aku beli semalam,selama ni aku lalu je kat stall kepak ayam ni,dekat je dengan rumah aku.tiap kali nak balik keja mesti bau aroma dia,tu yg buat aku teringin sangat nak beli.ini di panggil 'kepak ayam madu sabah' ok la,best jugak.7 ketul rm 10.00.antara juadah berbuka puasa aku selalunya la.ada kepak ayam ni dengan roti jala memang dah cukup lah kalau waktu berbuka puasa (tapi biasanya aku tak makan abis,akan sambung makan dalam pukul 10 or 11 malam nya nanti)

Takda orang yang jual roti jala pulak.susah nak jumpa.kalau ada boleh ambik gambar tampal kat sini..heheh..


5 comments:

  1. roti jala kan, kadang2 menghampakan la... especially kuah dia ntahapahapa..
    tapi aku paling avoid makan roti jala kat kedai2 modern gitu, pasal roti jala tu macam dah frozen lepas tu terus heat up dah tu serve, tak tertelan pun.

    ReplyDelete
  2. kalau cerita makanan/minuman, dah draft banyak entri especially minuman... rasanya tak sempat habis sebelum puasa

    syukur mrs ijau dah pandai buat roti jala :) tak payah tercari2 lagi lepas ni (mcm puasa tahun2 lepas)

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah try makan roti jalan kat The Curve Mutiara Damansara...macam Deaf cakap la...jenis frozen...tak sedap mana pun...

    dan seperti Ijau...wife aku pun terer buat roti jala :P

    ReplyDelete
  4. Hahah..riak jalawi betul

    ReplyDelete