So ini burger bakar pilihan aku,Smokeynizer Single namanya..pertama kali aku merasa burger bakar ni..
Untuk pengetahuan semua,3 tahun yang dulu Burger Bakar Kaw Kaw ni memang femes la (antara yang terfemes di dalam kl terletak di Wangsa Maju)pernah masuk program jalan-jalan cari makan TV3 tu,dan juga mendapat pujian dari Khairy Jamaludin (menteri belia dan sukan)di Twitter beliau.memang tak di nafi kan setiap petang bermula dari pukul 5 memang orang dah mula beratur panjang macam nak beli tiket bola.dan kena ambil nombor giliran ketika membuat pesanan.ramai kawan2 aku yang dari Ampang dan Cheras datang ke Wangsa Maju hanya kerana nak beli Burger Bakar ni.sementara nak tunggu pesanan,diorang ni datang la melepak kat rumah aku.(nasib baik masa tu belum ada GST lagi,kalau tak seputar rekod layan kat rumah aku di kenakan GST..heheh)
Pada ketika Burger ini jadi kegilaan,memang aku tak ambil kisah pun walau dekat dengan rumah aku.biasanya kalau aku teringin sangat nak makan burger aku suka beli di Mcdonalds je.(beef samurai memang fav aku)lagi pun aku memang malas nak beratur panjang2 macam tu.dan seperti yang kita semua tau,benda2 yang menjadi kegilaan dalam Malaysia ni memang bermusim.jadi tadinya aku pun singgah la membeli...
ok la tak kedekut mayonis |
Ia nya daging bakar berserta dengan cili dan segala macam ramuan yang aku pun lupa apa namanya tadi ada nampak kat kedai tu,di campur dengan perahan limau.jadi rasanya ada sedikit masam dan berlemak.lebih kurang macam makan steak juga lah.
Rasa nya so-so je lah,sebab bila terlalu banyak ramuan berasaskan lemak,(mayonis,cheese)aku cepat muak.
Alhamdulilah..rezeki untuk hari ini.kalau boleh elak kan la makan lewat malam,tak baik untuk kesihatan yang sebenarnya.sekali sekala takpa..heheh..
aku psl burger mmg fav...tp masalahnya aku x brapa minat sgt dkt burger bakar..rasanya sekali je pernah test...xtau la next klu jumpa lg yg sedap mmg melekat la jwnya..masalah burger jual dkt gerai ni adalah dorg selalu guna sos jenama murah..itu yg jadi kurang enak,,,mgkn nk jimat kos.
ReplyDelete"Rasa nya so-so je lah" <- hahaha ayat anti-climax
ReplyDeletesekarang ni banyak pulak aku nampak orang jual burger yang roti dia tu berkaler2 dan berperisa...tu hari try yang warna hitam perisa Charcoal...ntah la...tekak aku nak roti yang asli jugak...
ReplyDeletemeleleh air liur siakkkk.... aku tray sekali makan burger bakar abg burn. ianya kering.. rm5 waktu promosi. waktu biasa rm7. cam tak berbaloi.. indah kabar dari rupa. baik aku beli burger tepi jalan, kasih dobol tu daging baru rm3 puas hati mayonis meleleh.. aaaaaarghhhh!!!
ReplyDeleteBalik kl, dekat jugak jalan kaki sampai ada burgerbbakarbburn.
ReplyDeleteAku rasa gimik je la. Orang ramai pasal masuk blogs blogger semua pergi makan sampai ambil foto kat dapur.
Kita orang nak makan burger, beli je burger biasa tepi jalan or carpark kedai.