Sunday 5 April 2015

Belasungkawa Mama Juwie




KUALA LUMPUR – Dunia seni dan kewartawanan hiburan tempatan berduka apabila wartawan hiburan veteran dan penulis lirik terkenal, Mama Juwie meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras di sini kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Allahyarham meninggal akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Mama Juwie, 62, yang telah dua minggu dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan akibat pe­nyakit ber­kenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi apabila kesihatannya tidak stabil.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Salleh kali terakhir menjalani pembedahan pada Khamis lalu dan keadaan beliau bertambah kritikal akibat kegagalan beberapa organ lain termasuk buah pinggang sehingga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga.

Karier kewartawanan Mama Juwie bermula sebagai wartawan di Berita Harian pada tahun 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984. Semasa di Utusan Malaysia beliau terkenal apabila mengendalikan ruangan pojok hiburan iaitu Salam Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

- Kosmo! Online


Kalau zaman 80an ketika era glam rock melayu dulu,Mama Juwie lah antara orang yang selalu menghasilkan lirik2 lagu untuk kebanyakkan band rock 80an dan juga review band2 rock melayu yang baru atau yang lama dalam majalah URTV (ini majalah dulu standard Metal Hammer,sekarang je hampeh).antara lirik lagu beliau yang agak popular ialah lagu 'Bunga Angkasa' nyanyian Terra Rossa dan juga lagu 'Masih Aku Terasa' dari kumpulan Gersang.pada aku beliau ni memang legend dan memang sama taraf dengan penulis terkenal Mick Wall (bekas editor majalah Kerrang! dan penulis buku Enter Night Metallica)

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham.Al Fatihah.

6 comments:

  1. Mama Juwie ni legend. Rezeki dia murah di Malaysia.
    Ni budak sekolah Sang Nila Utama ni. Sekolah2 legend.

    ReplyDelete
  2. pernah dengar nama tapi x pernah tgk muka...ttg majalah mcm urtv dgn media hiburan tu dulu ada jgk dorg selitkan cerita band2 rock/metal termasuk band2 underground...siap ada review gig lg...

    ReplyDelete
  3. dulu setiap hari ahad MESTI beli suratkabar Mingguan Malaysia pasal nak baca ruangan Juwie yang sentiasa bagi review album dan band2 baru rock. Siap poster berwarna lagi...seingat aku...pasal Juwie la aku kenal Wings...masa tu Wings belum pun ada album...Juwie dah tulis dulu...banyak jasa dia untuk band2 rock melayu zaman 80an dulu...

    Aku beli Judas Priest - Priest...Live! pun sebab baca review dari Juwie....


    ReplyDelete
  4. selain URTV (standard metalhammer yo), media hiburan pun ada cerita pasal band2 rock local dan luar (ketika itu)

    ReplyDelete
  5. al fatihah. Seriously aku ingat dia ni perempuan...lelaki rupenye.

    ReplyDelete