Saturday, 18 April 2015

Record Store Day 2015 / Piring Hitam

So harini 18/4/2015 Record Store Day la ye?rasanya kat Malaysia terutama kat KL ni aku rasa memang takda yang buat event ni kot.cuma kat Campbell Complex esok ada la buat festival dan jualaan rekod,kaset dan cd sempena Record Store Day ni.kalau kat US Metallica dan Slayer ada meriliskan album istimewa sempena Record Store Day ini..

rekod 7 inci limited edition Slayer


kaset demo Metallica juga khabarnya akan di riliskan dalam bentuk cd dan lp pada bulan 5 nanti



Cerita selanjutnya kitar semula entri 3 tahun yang lalu


Piring hitam (juga di kenali sebagai rekod gramofon,rekod ponograf,atau pun rekod)masa aku kecik dulu panggil rekod je.merujuk kepada kepingan bahan audio peranti berekod.ia juga di panggil rekod vinil (in english vinyl)ia terdapat dalam pelbagai versi antara nya ialah :
-yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
-memuatkan empat lagu tu ialah dikenali sebagai EP (Extended Play).
-memuatkan lebih dari 10 lagu dikenali sebagai LP (Long Play).
Bagi rekod piring hitam keluaran EMI, Malaysia sahaja:
Initial CHK pada nombor siri bermakna "Columbia Hong Kong", yakni di-press oleh Columbia Records di Hong Kong sana.
Kebanyakan Lagu-lagu Melayu EMI dirakam di bawah label Perlophone Records. Kalau EP,nombor sirinya bermula dengan EGEP (Mulai awal 1970an, dimulai dengan S-EGEP).kalau SP sahaja, mesti dimulakan dengan DPE.kalau untuk LP, ia dirakam di bawah label Regal dengan nombor siri bermula dengan initial S-REG.
sumber : Wikipedia


gambar hanya hiasan semata-mata.Helloween ni beli kat pasar karat JB rm30 jer



Piring hitam wujud sejak zaman sebelum perang dunia pertama lagi.pada zaman tu di eropah,hanya golongan berada je yang boleh memiliki pemain piring hitam ni.dan lagu2 yang hanya ada pada masa tu hanyalah lagu2 yang bercorak opera.dan muzik sebegini hanya di dengari dan di mainkan di majlis2 keramaian untuk golongan bangsawan eropah.di Malaysia,piring hitam jugak telah lama bertapak dan menjadi trend di sekitar awal tahun 50an lagi.dan apabila allahyarham Tan Sri P.Ramlee menjadi artis paling terkenal pada masa tu.penggunaan piring hitam semakin popular seiring dengan trend pada zaman tersebut.pada masa tu,bila rekod baru nyanyian P.Ramlee memasukki pasaran,akan laris seperti goreng pisang panas.dan piring hitam juga semakin terkenal pada tahun 60an dan 70an kerana masa tu trend muzik "agogo" "pop yeh yeh" dan "twist" menjadi kegilaan remaja pada waktu tu.antara yang artis terkenal pada masa tu ialah "The Zurah" dengan pemain gitar lagenda Malaysia allahyarham M.Sharif yang memperjuangkan irama pop yeh yeh ni sampai beliau meninggal dunia.selain dari tu lagu dendangan Datuk A.Rahman Hassan yang bertajuk "Tak Mengapa" juga menjadi lagu paling hit pada tahun 60an dulu dan jualan rekod untuk album beliau boleh juga di katakan mencecah ratusan unit.piring hitam untuk album beliau dan M.Sharif telah di ulang cetak beberapa kali.





sekadar hiasan

Aku mengenali piring hitam ni sewaktu aku masih kecil lagi..masa tu arwah ayah aku memang pengumpul tegar piring hitam.antara rekod yang beliau suka kumpul ialah band "Black Dog Bone" The Flybaits" "Alleycats" dan juga artis2 dari luar negara seperti "Boney M" "Abba" dan rekod John Travolta "Saturday Night Fever".sayangnya kesemua koleksi arwah ayah aku ni hilang entah ke mana.dan minat beliau ni aku lah yang menjadi penyambung warisan nya.aku juga ada mengumpul piring hitam lama2 ni..tapi more to rock artis lah.salah satu nya dah tentu lah piring hitam Iron Maiden.dulu,harga piring hitam tersangatla murah,fast forward ke alaf baru ni,harga piring hitam dah makin mahal,kerana dah jadi barangan antik.bayangkan harga untuk sekeping harga piring hitam baru(bukan terpakai) mencecah rm 100++.dan ada juga rekod lama yang susah untuk dapat di pasaran sekarang di jual dengan harga yang tinggi.sebagai contoh,rekod pertama Michael Jackson,di jual dengan harga 1000 dollar amerika..! bayangkan betapa rare nya barang tersebut yang menjadi rebutan di kalangan peminat beliau.
Koleksi aku pun takda la banyak mana.tapi semuanya aku dapat di pasar karat,pasar malam,dan juga kirim dengan kawan2 aku yang berkerja kat Singapore dulu..

Aku percaya,bebudak sekarang ni memang tak tau apa tu piring hitam,apa tu kaset dan juga katrij,ada antara mereka ni yang belum lahir lagi.dan ini adalah salah satu dari lipatan sejarah dunia muzik.kalau takda benda ni,takkan wujud cd,mp3,ipod dan bermacam2 gadget yang ada sekarang ni.tak sepatutnya piring hitam ni di lupakan..syarikat2 pemuzik dan syarikat rakaman sepatutnya mengeluarkan lagi jualan piring hitam ni untuk pasaran di Malaysia ni.dan aku juga meneruskan legasi arwah ayah aku dulu,dengan mengumpulkan piring hitam ni sikit2.dan aku juga berharap,piring hitam ni takkan hilang di telan zaman walaupun di kategorikan antik.



p/s : Record Store Day ni bukan hanya pada piring hitam je,ianya merangkumi semua,CD dan Kaset juga.

8 comments:

  1. sempat lagi tayang LP Helloween dapat rega terbaik tuh!

    ReplyDelete
  2. ada banyak kaset tak pakai ni, nanti nak download demo metallica tu pastu aku nak dubbing kat kaset pastu print itu cover haha dem rare hahh

    ReplyDelete
  3. Record Store Day ni bermula untuk support kedai2 kecil di seluruh Amerika.
    Kalau kat Singapore, aku personally support Roxy. Of course aku happy ngan kedai2 lain, tapi aku personally support Roxy

    ReplyDelete
  4. aku tetap support selagi ada bajet...hehehe

    ReplyDelete
  5. support tengok aje.... mp3 rules... larikkkk

    ReplyDelete
  6. "Aku percaya,bebudak sekarang ni memang tak tau apa tu piring hitam,apa tu kaset dan juga katrij"

    tapi aku tak percaya, sebab budak2 skrg2 ni kalau mereka tak tau apa2, pasti akan digugel :) tapi tak mengapa (parap parap)

    ReplyDelete
  7. nasib JB takder RSD....selamat bagi aku yang tengah berpuasa....tapi tu pun terklik juga kat ebay...hahaha..

    ReplyDelete
  8. hahaha tak lama lagi ada fest utk rekod ni, skg ni nampak macam gig2 kecil. aku yakin satu hari pasti buat fest...

    ReplyDelete