Tuesday 2 June 2015

May 1985 In Rock

Bulan May dah pun berlalu,dah masuk bulan Jun dah pun.sekejap je dah pertengahan tahun eh?Untuk cerita bulan May yang dah berlalu ni,nak cerita pasal album yang pernah rilis pada bulan May 30 tahun yang lalu,kesemua album2 ini adalah  hasil daripada pengaruh abang2 aku dan juga arwah ayah aku..


Dire Straits - Brothers In Arms (13 May 1985)



Ini album memang dah tahap cult classic lah,apa yang masih aku ingat arwah ayah aku pernah beli LP Dire Straits ni,British rock band yang memang tahap legend.lagu paling popular yang aku rasa semua tahu pastinya lagu 'Money For Nothing' ( lagu klasik rock popular sepanjang zaman) selain dari itu singles yang hit dalam album ini ialah 'So Far Away' dan 'Brothers In Arms' (Metallica pun pernah cover lagu ni)


Grim Reaper - Fear No Evil (May 1985)



Antara rock NWOBHM klasik yang memang pure British yang sama legend dengan Iron Maiden ialah Grim Reaper ni.(susah betul nak jumpa album ni kat sini,kat Amcorp pun takda.mungkin pasal maskot band ni kot?)selain Eddie Iron Maiden,maskot Grim Reaper ni pun popular jugak.gambar hantu tengkorak dengan sabit panjang dia tu dulu selalu aku lukis kat buku sekolah aku ..heheh..antara lagu yang aku pernah dengar dalam album ini ialah lagu 'Fear No Evil' dan juga lagu 'Rock n Roll Tonight'.kalau sesapa yang belum pernah dengar band ni,try la dengar.


Night Ranger - 7 Wishes ( 20 May 1985)



Band yang berasal dari San Francisco,yang agak popular juga pada era 80an,kaset ni abang aku yang no.2 yang beli,bersama2 dengan kaset band 'Great White','Winger' dan 'Whitesnake'.band ni memang aku tak follow sangat,tahu pasal kewujudan nya pun sebab abang aku penah beli kaset nya,lagunya yang aku tau cuma 'Four In The Morning (I Can't Take Anymore)' tu je,yang lain tak penah ambik tau sampai la sekarang..heheh..


Savatage - Power Of The Night (20 May 1985)



Yang ni Berteromber pernah cerita Kat Sini.aku tak payah la nak cerita panjang2..heheh..baru je dengar kat youtube lepas Berteromber review tu,lagu 'Power Of The Night' ciptaan Jon dan Criss Oliva memang betul2 power.menggoyangkan kaki aku tanpa henti.

Itu jelah pada bulan May 1985,sebenarnya banyak lagi tapi aku pilih yang mana aku ingat masa aku kecik dulu..


6 comments:

  1. 3 kat atas tu baru tahu. nanti ada masa nak dgr kat utube.

    ReplyDelete
  2. Dire Straits, aku suka Mark Knopfler pnye style main gitar walaupn aku tk reti main gitar. lagu Sultan of Swings paling aku suka

    ReplyDelete
  3. Dalam 4 tu, masa tahun 80an dulu, aku cuma ada Dire Straits - Brothers In Arms...kaset pirated kepunyaan abang...memang aku familiar kesemua lagu-lagunya...memang killer album...semua pun best...

    Night Ranger aku lebih familiar dengan album sebelumnya, Midnight Madness (1983)...yang ada lagu best, "Sister Christian"...ni pun atas pengaruh dari abang...

    Cuma Grim Reaper dan Savatage yang jumpa sendiri selepas terjebak dengar muzik rock...sampai sekarang masih mencari cd Fear No Evil..

    ReplyDelete
  4. ...Lagu/muzik Money For Nothing tu Mark Knopler sindir pada pemuzik yg guna distortion dan dia sendiri pun tak jangka boleh meletup akhirnya...Dan lagu ini juga yang aku paling tak suka dari DS..Sebab bagi aku muzik dorang sesuai dengan saound clean saja...

    ReplyDelete
  5. I want my... I want my... I want my MTV...

    ReplyDelete