Monday 22 June 2015

Survivor (2015)



Cuti pada hujung minggu pada bulan Ramadhan ni memang aku tak ke mana2,sekadar duduk di rumah bermain game xbox 360 aku,atau pun menonton filem untuk menghilangkan kebosanan.dah lama sebenarnya ada dvd ni,di sebabkan kesibukan melanda minggu lepas,baru lah dapat menontonnya pada minggu ini..

Ok,filem Survivor ini merupakan filem dari produksi British/Amerika, bergenrekan 'crime thriller' kesemua pelakon yang terlibat sememangnya pelakon hebat.mengisahkan Kate Abbot (Milla Jovovich) yang bekerja dengan kedutaan Amerika di London yang agak 'berhati2' dan obses dengan pengganas, kerana ramai kawan2nya mati ketika peristiwa 9/11 di New York,menyebabkan beliau selalu di tegur oleh pihak atasan kerana selalu melanggar etika kerja.sehinggalah terjadi peristiwa pengeboman di sebuah restoran yang menyebabkan beliau di tuduh yang melakukan serangan.selain di buru oleh pihak berkuasa,beliau juga di buru oleh pembunuh upahan yang di gelar 'watchmaker' bagi melenyapkan bukti konspirasi dalam kedutaan Amerika di London.

Kalau sesiapa yang dah biasa tengok francais filem 'Jason Bourne' rasanya tahu lah kan jalan ceritanya macam mana.pertama kali melihat Pierce Brosnan melakonkan watak jahat dalam filem ini aku rasa macam tak kena je.sebabnya walaupun beliau melakonkan watak penjahat,tapi aksi yang di lakonkan sama seperti macam dalam filem2 James Bond lakonan beliau sebelum ni.

So kalau anda peminat filem thriller/crime ala2 Jason Bourne,filem ini boleh lah di tonton..

2/5*

10 comments:

  1. sebut jason bourne ulang2 laju2

    jason bourne jason bourne jason bourne jason bourne jason bourne jason bourne jason bourne james bond...

    ReplyDelete
  2. aku kalau tengok Pierce Brosnan mesti dah terlekat kat kepala watak dia dalam Remington Steele...tak rasa feel dah walaupun dia berlakon sebagai James Bond...

    ReplyDelete
  3. Bagus la dia balik ke genre macam ni, Sebelum ni filem A Long Way Down macam tak kena watak dia.

    Xyrus, dah tengok 3 Days To Kill?

    ReplyDelete
  4. first time tahu ada filem nama ni dan pelakon2 dia pun terkenal2

    ReplyDelete
  5. aku rancang nak beli game, asyik main game kat tepon je.. rasanya dpt beli ps2 pun ok lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpul lebih sikit alang2 baik ambik ps3 bro..ps3 boleh layan movie dvd blu ray.aku pun silap haritu tau aku beli ps3 je

      Delete
    2. Darsil my friend..
      kalau nk ps3 2nd beli aku punya.
      heh heh.

      Delete
    3. Darsil my friend..
      kalau nk ps3 2nd beli aku punya.
      heh heh.

      Delete
    4. Darsil my friend..
      kalau nk ps3 2nd beli aku punya.
      heh heh.

      Delete