Tuesday, 13 October 2015

Siput Gondang


gambar yang di kirim melalui Whatsapp oleh sahabat aku yang bersusah payah mencari siput ni.yang ni belum di masak lagi



Sebab apa aku nak cerita pasal siput ni?ok ramai yang tak tau sebenarnya siput ni boleh di makan,dan ianya adalah penawar paling mujarab sesiapa yang menghidap penyakit seperti aku ini..biarlah aku ceritakan satu persatu dulu..

Selasa 7 October 2015
Jam 10.30 malam,aku menghadapi cirit birit yang agak kronik,sehinggalah kali ketiga aku masuk ke tandas,bila aku berak,najis aku cair bercampur darah,sehinggalah pada kali keempat,kelima dan keenam,tiada lagi najis yang keluar,cuma darah pekat segar  yang keluar dari perut aku,oleh kerana badan yang terlalu lemah (sebab dah kehilangan banyak darah) aku minta tolong housemate aku hantar ke Hospital Kuala Lumpur.setelah melalui berbagai2 prosedur,aku telah di tahan di wad.kemungkinan keracunan makanan.

Jumaat 9 October 2015
Setelah bertemu dengan doktor pakar dan melakukan segala pemeriksaan secara terperinci,aku di sahkan menghidap buasir dalaman.ada dua jenis buasir sebenarnya ada buasir dalaman dan luaran (kalau yang luaran tu yang sampai tekeluar usus tu) patutlah bila aku buang air darah je yang keluar tapi langsung tiada rasa sakit.doktor pakar tersebut telah melakukan 'rubber bending' iaitu menampal luka dan mengikat getah pada usus aku yang buasir tu (pasal ni boleh google kat internet)sehingga ia akan menjadi ulser dan gugur sekali bersama najis bila aku buang air besar nanti.

Sabtu 10 October 2015
Seorang sahabat di Rawang,satu tempat kerja dengan aku mengesyorkan siput gondang ni,dia cakap siput ini memang penawar mujarab bagi penghidap buasir.dia yang bersusah payah pergi mencari di lopak dan paya sekitar Rawang dan juga siap masak kan sekali untuk aku,siput gondang goreng.siput ni sebenarnya amat popular di Kedah,orang2 Kedah memang suka makan siput ni di masak lemak cili api.

Ahad 11 October 2015
Oleh kerana dah sakit,nikmat makanan yang sedap2 buat sementara ni aku belum boleh makan lagi,kena pantang betul2 sebab nak jaga kesihatan usus aku.tengah harinya aku makan siput gondang goreng tu bersama sup sayur campur.terus terang pada mulanya memang aku dah rasa loya nak makan,tapi di sebabkan nak sembuh,aku gagahkan jugak diri aku untuk makan siput ni..heheh..sorry lah takda gamba siput yang dah goreng tu pasal aku dah tak teringat nak ambik gamba apa dah,yang aku buat aku tenung siput yang dah di goreng tu lama2..heheh.. minggu depan kalau aku dapat siput tu lagi aku ambik gambar.
Rasanya?dalam takut tu bila aku dah makan rasa sedap pulak,rasanya lebih kurang macam makan kerang bakar tu lah.sedap! aku makan sampai habis..heheh..

Sehingga ke hari ini,cirit birit aku pun dah takda dan bila aku melepaskan hajat pun tiada lagi darah yang keluar,pada masa yang sama aku tetap juga makan ubat yang telah di bekalkan oleh pihak hospital,dan akan ada temujanji lagi dengan doktor pakar pada bulan Disember nanti..buat pembaca dan rakan2 blog sekelian,jagalah pemakanan,jangan jadi macam aku asek nak makan je.salah satu sebab aku selalu nak makan ialah aku dah berhenti merokok.memang selera makan lain macam bila dah berhenti merokok ni.di sebabkan tak jaga pemakanan la dapat penyakit ini.

Untuk penghidap buasir seperti aku di luar sana,makan lah siput gondang ni,InsyaAllah akan cepat sembuh.ramai yang malu nak ceritakan pasal penyakit buasir ni,tapi pada aku,apa yang aku cerita ini merupakan pengalaman aku,saja aku kongsikan kat sini untuk anda semua supaya jaga pemakanan dan kesihatan.

p/s : Terima kasih Doktor Faizal dan kakak nurse (lupa namanya) dari klinik pakar Hospital Kuala Lumpur yang telah bersusah payah merawat aku,dan awek nurse dari JB yang aku lupa nak save nombor telefon nya..heheh.. dan terima kasih juga pada rakan2 blog dan rakan2 di fb yang mendoakan aku agar cepat sembuh.


10 comments:

  1. waktu mrs aku nak bersalin dulu aku pun aku kena sakit2 perut/usus, tapi taklah sampai tahap masuk wad

    endure~ in enduring grow strong

    ReplyDelete
  2. umur semakin meningkat remaja ni memang banyak benda yang nak kena slow down....tu piring itam manis tu pun kalau nak slow down kat aku pun ok jugak...hahaha...

    btw...semoga cepat sembuh...24hb kalau masih mc...turun nusajaya la oi...heheh..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..meningkat remaja eh.btw,tq so much

      Delete
  3. upenye ade buasir dalaman...selama ni xtau plak...kene ati2 ni psl mkn.

    ReplyDelete
  4. thanks bro sharing ini..sampai masuk wad bagai.. harap bro bertambah sehat... amin

    tak pernah lagi makan siput ni..

    ni nak tanya ye..jaga makan yg macamana yg dimaksudkan supaya kita terhindar dari buasir ni? jangan terlampau banyak makan ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn makan pedas,sambal,ayam daging kerap sangat bro

      Delete
  5. Makan boleh je, tapi seimbang.
    ko makan la lebih sayur kot buat sementara ni.
    fibre nak gi toilet senang dan selalu selain basuh usus.
    all the best

    ReplyDelete
  6. baru tau tentang buasir dalaman..

    thanks for sharing..

    ReplyDelete
  7. baru terbaca bro. semoga kamu cepat sembuh..

    ReplyDelete
  8. Salam, terima kasih pasal info ni. Kebetulan sy tgh cari siput ni, boleh tolong bgtau x kat mana nak dptkan siput ni dlm kuantiti yg byk?

    ReplyDelete