Friday 14 October 2016

Queen - Classic Queen (1992)

Antara album kompilasi terbaik dari Queen





Sesiapa yang biasa layan muzik rock era 70an-80an pasti kenal dan tahu kumpulan Queen ini.antara band progresif rock era 70an yang seangkatan dengan Deep Puple.Uriah Heep,Rush,Thin Lizzy dan UFO.antara yang menyebabkan kumpulan Queen ni unik ialah penyanyinya iaitu Freddie Mercury.Queen ni dah wujud sejak pada tahun 1970an lagi.tidak pernah bertukar anggota kumpulan,(hanya John Deacon je yang nak pencen main muzik)sehingga kini walaupun selepas kematian Freddie Mercury,Queen masih lagi aktif bersama penyanyi Adam Lambert.Queen juga merupakan sumber inspirasi bagi kumpulan progresif rock Indon iaitu Dewa 19.














Album ini menghimpunkan kesemua lagu2 hit Queen yang pernah di jadikan single dari tahun 1972 sehingga tahun 1990.antara lagu2 yang kerap aku dengar masa aku kecik2 dulu,memang banyak lagu Queen yang best2 sebenarnya.antaranya seperti lagu 'A Kind Of Magic' yang pernah di jadikan sountrack untuk filem 'Highlander'.lagu 'Bohemian Rhapsody' lagu yang paling popular sehingga kini.juga di jadikan sountrack untuk filem 'Suicide Squad' lagu duet bersama David Bowie 'Under Pressure' baru aku tau rupanya lagu 'Ice Ice Baby' dari Vanilla Ice ambil sample dari lagu ini.lagu yang hard rock 'Stone Cold Crazy' juga best.sehinggakan lagu ini di nyanyikan kembali oleh Metallica pada tahun 1991.









Lagu2 lain yang boleh tahan best seperti 'Radio Ga Ga' 'Tie Your Mother Down' 'Who Wants To Live Forever' dan lagu yang menaikkkan semangat 'The Show Must Go On'(solo Brian May dalam lagu ni best)Keseluruhannya lagu2 dalam album ni memang tak jemu di dengar.oleh kerana aku memang tak dapat nak kumpul semua album2 Queen,album ini dah cukup berbaloi untuk di miliki.




Pada anda yang nak cuba dengar progresif rock 70an bawaan Queen,atau pun anda peminat tegar kumpulan Dewa 19,boleh dengar album kompilasi Classic Queen ni.antara kompilasi yang best.

4 comments:

  1. Ni untuk pasaran Amerika untuk bersaing dengan pasaran Eropah Greatest Hits I and II. Cd dia macam lagi tebal, booklet dia best. Seleksi lagu lagi gerek. ONE year of love giler babi sedih

    ReplyDelete
  2. lejen ni sapa tak kenal..haha

    ReplyDelete
  3. aku suka zaman 70an dia...lazat!

    ReplyDelete
  4. Dah hampir sebulan dah, lagu Bohemian Rhapsody versi Panic! At The Disco serta Queen sendiri sentiasa berputar di dalam kereta aku tiap kali pergi serta balik dari kerja. Macam biasa, aku akan melalak dalam kereta sorang2 sambil nyanyi lagu ni. haha...

    ReplyDelete