Wednesday 17 October 2012

The Stoning Of Soraya M. (2008)

Filem ni memang 100 percent di rekomen..!
Berdasarkan dari kisah benar dan juga novel hasil tulisan bekas wartawan Iran/Perancis Freidoune Sahebjam.filem ni jugak mendapat tayangan dan kritikan hebat di Toronto International Film Festival dan juga tercalon untuk anugerah filem terbaik dalam pelbagai festival filem di Amerika.di arahkan oleh Cyrus Nowrasteh dan di bintangi oleh pelakon yang pernah tercalon dalam anugerah akademi Shohreh Aghdaslo,James Caviezel dan pelakon Iran-Amerika Mozhan Marno sebagai Soraya (http://www.facebook.com/mozhanmarnopage)

Buku hasil tulisan bekas wartawan ni telah di haramkan di Iran,kerana kritikkan nya dalam sistem legal Iran.
Filem ni mengisahkan Zahra,ibu saudara kepada Soraya telah menceritakan kisah menyayat hati ni kepada Shohreh,dengan harapan wartawan tersebut akan membawa berita tetang ketidakadilan ni di mata dunia.Soraya telah berkahwin,walaupun hidup dalam keadaan daif di sebuah kampung terpencil di Iran,beliau tetap mentaati suami beliau Manutchehri Ghorban-Ali.Ali ni seorang yang bercita2 tinggi dan tamak dengan nafsu dan kuasa.beliau telah menggilai sorang budak perempuan berusia 14 tahun dan ingin berkahwin dengan gadis tersebut.tetapi beliau tak mahu berkahwin dua,dan juga tidak mahu memulangkan mas kawin kepada Soraya (adat di Iran apabila suami menceraikan isteri,si suami kena pulangkan mas kawin pada bekas isteri).sungguh pun begitu,Soraya tetap bersabar dengan kerenah suaminya,sehingga akhirnya Soraya di fitnah oleh suaminya sendiri dengan mengatakan Soraya telah berlaku curang terhadapnya dengan menuduh Soraya berzina dengan lelaki lain.kerana suami nya telah bersubahat dengan pihak berkuasa di kampung tersebut,yang di mana akhirnya Soraya di tarik,di tanam hingga ke paras pinggang,dan di rejam sampai mati.
Masa layan movie ni pun aku agak emo sikit tengok perangai suami Soraya tu,rasa nak rejam dia jugak..haha..Freidoune Sahebjam,selain beliau pernah menjadi wartawan perang,beliau juga adalah anak lelaki bekas duta Iran dan pernah melaporkan keganasan kerajaan Iran dan ketidakadilan sistem dan hak- hak wanita di sana pada PBB.

Filem ni juga menjadi 'official film' bagi pertubuhan hak asasi manusia,pertubuhan keganasan terhadap wanita dan juga pertubuhan wanita islam di seluruh dunia.filem ni jugak pernah di tayangkan di Central Market Kl pada tahun lepas sempena festival 'Human Rights In Outer Space' dari 5 hingga 11 Disember 2011 yang lalu di Central Market.
Apa pun,ini lah baru di namakan filem.rugi kalau tak tengok.macam aku cakap tadi,100 percent rekomen..!!

*3/4 bintang.

7 comments:

  1. 1. great film bro..
    2. ada beberapa perkara yg ditukarkan Allah, seperti cara berpuasa, arah kiblat (Jerusalem ke Makkah), hukuman zina (rejam ke rotan)..
    3. adakah boleh kita solat siang ke Jerusalem dan malam pula ke Makkah?
    4. walaupun tuan dusun tetap tidak memaafkan, adakah kanak2 yg mencuri sebiji buah rambutan tetap akan dipotong tangan?
    5. http://www.youtube.com/watch?v=DYDry_QyhTM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bro,kisah ni pun berlaku dalam pasca era iran moden..kalau tak silap,iran ni ramai orangnya yang berfahaman syiah kan?

      Delete
    2. yes bro. btw film iran fav aku Children of Heaven (1997).

      Delete
  2. antara yg dalam list untuk ditonton....tapi lum berkesempatan..

    ReplyDelete
  3. bro, kasi link la...aku nak sedut hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..link tu yg tak tau bro,ni pun layan dvd lanun jer..hehe

      Delete