Tuesday, 8 January 2013

Metallica : Enter Night


Buku ni aku baca baru sampai bab Jason Newsted keluar dari Metallica dan masalah dalaman Metallica..
Jason telah menyuarakan hasratnya untuk buat side projek untuk band beliau iaitu Echobrain,tapi di bantah oleh ahli band yang lain.sedangkan pada masa tu Metallica takda terlibat dengan apa2 projek,tu pasal Jason nak jugak keluarkan karyanya sendiri.kebanyakkan lagu hasil ciptaan Jason untuk Metallica kesemuanya di reject.hanya 3 lagu dari Jason je yang ada dalam album2 Metallica seperti 'My Friend Of Misery' (lagu ni pun best jugak apa)dari Black album.
Jason di beri kata dua,sama ada membatalkan projek EchoBrain nya dan bersama Metallica,atau teruskan dengan projeknya tu dan meninggalkan Metallica.Jason akhirnya memilih untuk keluar dari Metallica..part ni memang sedih..heheh..sebenarnya Jason memang dah lama makan hati dengan Metallica,tapi kebanyakkan nya beliau hanya pendamkan je.semua ni ada dalam dvd 'Some Kind Of Monster' jugak.

Selepas keluarnya Jason,masalah dalaman mula melanda Metallica,hinggakan pihak pengurusan band ni mengupah seorang pakar terapi untuk Metallica,ketika rakaman untuk album 'St.Anger',masalah demi masalah melanda.paling teruk masalah rumahtangga James Hetfield dan alkoholnya.hinggakan wife hetfield ni cakap,kalau dia tanak berubah,dia akan keluar dari rumahnya bersama anak2nya.memang Hetfield sebelum ni selalu abaikan anak bini dia berbanding Metallica.dan Hetfield akhirnya ambik keputusan untuk memasuki pusat pemulihan,dan segala aktiviti rakaman album St.Anger terpaksa di tangguhkan dulu.
Selepas 3 bulan Hetfield keluar dari pusat pemulihan tersebut,beliau cakap kat Lars dan Kirk,kena berikan dia sedikit masa ,buat masa ni beliau belum bersedia untuk masuk studio.Hetfield terus menjauhkan dirinya dari Lars dan Kirk,yang membuatkan mereka berdua risau dan berkemungkinan Metallica akan berkubur,Hetfield terus menyepi tanpa berita,hinggalah beliau muncul secara mengejut di birthday party Kirk Hammett.Kirk yang terkejut bercampur gembira,bagaimana pun Hetfield cakap dia perlukan sedikit masa dan ruang lagi untuk dia perbetulkan keadaan semuanya..

Metallica akhirnya menyambung kembali rakaman St.Anger setelah Hetfield betul2 pulih dan bersedia.tetapi Hetfield telah menetapkan syarat,beliau hanya akan masuk studio dari pagi hingga ke petang,selainnya beliau hendak habiskan masa bersama keluarga,syarat ni bukan untuk beliau seorang,tetapi untuk semua ahli band yang lain jugak.Bob Rock(producer) bermain bass untuk rakaman album ni.dalam buku ni jugak ada bagitau,Rob Trujillo (pengganti Jason)telah di bagi advance sebanyak 1 million dolar US!..

Nanti sambung lagi..heheh..

11 comments:

  1. Kena review lebih ni bro...dari dulu aku cari buku ni,masih blm ada rezeki utk perolehinya lagi...kalau dalam dokumentari Some Kind Of Monster tu memang byk cerita pasal hubungan di antara ahli2 band yg semakin renggang especially Hetfield yg kerap mengamuk di studio...tapi rasanya dia lebih panas baran masa pembikinan Black Album dulu, siap nak bertumbuk dgn Lars...Kirk lebih bersikap mengalah saja dlm mana2 situasi...sbb utama Jason keluar dari Metallica ialah dia masih dianggap mcm fan biasa dlm band tersebut, sebarang output kreatifnya disekat...kalau aku pun bengang jugak la haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah kalau dah abis baca akan aku review lagi..heheh

      Delete
    2. Kasi review buku dracula pls..hehe

      Delete
  2. buku aku masih dalam plastik...heheh...

    ReplyDelete
  3. metallica.. aku takde rasa apa2 la. Ngan bassist baru dia tu aku tak suka la..
    Aku suka Jason, dia the last of the mohican tau bila lagi si lars ngan james ntahapahapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak best.lagi best jason yang main

      Delete
  4. cerita ku hamit pinjam duit dgn pakcik din xbayar2 xde dlm buku ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda bro.yang ada abg ulrich je pinjam duit 50 rial kat member dia untuk sewa studio masa nak rakam "kill them all" sampai sekarang tak bayar lagi..

      Delete