Jika selama ni kita selalu ingat tentang 3 tempat suci orang islam,tapi rasanya ramai yang tak tau,Masjid Umayyad ni yang terletak di Damascus,Syria ni di kenali juga sebagai tempat ke 4 suci dalam agama islam.masjid Umayyah atau di kenali sebagai The Great Mosque Of Damascus ni adalah antara masjid paling tertua di dunia.
Di masjid ini lah tertanamnya kepala Nabi Allah Yahya a.s yang telah di bunuh oleh orang yahudi dan Nabi Yahya (John The Baptist) jugalah yang telah memberi tahu kepada umatnya tentang kedatangan Nabi Isa putra Maryam.
Allah SWT telah memberi hikmah kepada Nabi Yahya dengan kebijaksanaan sejak di usia muda,mengetahui dasar,syariat dan hukum dan menjadikan baginda berilmu,melebihi daripada ilmu yang ada pada masa tu.
baginda juga menjadi tempat bagi kaumnya iaitu Bani Israel bertanya tentang hal ehwal agama Islam.
Pada waktu itu ada seorang penguasa bernama Hirudes yang menguasai Palestin dan mencintai anak saudaranya, Hirudea. Ada mendakwa gadis cantik itu anak tirinya, namun yang pasti Hirudes tidak dapat menahan nafsu terhadapnya.
Seluruh keluarga merestui perhubungan itu, lalu majlis perkahwinan mereka dirancang. Nabi Yahya membantah kerana waktu itu hukum Allah melarang melakukan perkahwinan demikian.
Nabi Yahya mengeluarkan hukum terhadap perkahwinan itu iaitu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Allah.
Perkara itu menjadi buah mulut masyarakat dan menimbulkan perasaan tidak puas hati Hirudea kerana khuatir larangan daripada Nabi Yahya membantutkan hasratnya.
Hirudea bimbang calon suaminya terpengaruh dengan kata-kata Nabi Yahya dan perkahwinan yang dirancang tidak menjadi. Justeru, dia merancang mempengaruhi bakal suaminya supaya membunuh Yahya.
Dia menggunakan kecantikannya untuk mempengaruhi Hirudes membunuh Nabi Yahya, iaitu dengan mengenakan pakaian seksi dan bertemu Hirudes lalu menyampaikan hasrat itu.
Hirudes terpengaruh dan akhirnya Nabi Yahya dibunuh untuk memuaskan hati Hirudea. Dia membunuh Nabi Yahya dalam keadaan sedang bersolat.
Baginda disembelih bagaikan menyembelih kambing, dengan kepalanya diletakkan di atas piring dan Hirudea dalam keadaan menari.
Pada tahun 2001,Pope John Paul II (paderi Vatican Rom) telah datang melawat Masjid dan makam Nabi Yahya yang terletak di dalam masjid Umayyad ni.menurut Hadis,pada akhir zaman nanti Nabi Isa akan turun di menara timur masjid ini pada waktu subuh,dan akan solat subuh di masjid ini yang imamnya ialah Imam Mahdi.itu lah janji Allah SWT yang akan menurunkan Nabi Isa a.s. di akhir tamadun manusia untuk membukti kan kepada mereka yang sesat lagi menyesatkan,hinggakan pada saat itu,tiada lagi orang kristian kerana telah mengakui akan kenabian Isa a.s dan hanya akan tinggal ISLAM sebagai satu2nya di akhir saat itu..
Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu. Sabda Rasulullah SAW :
"Demi Allah yang menggenggam jiwaku. Tidak lama lagi Isa putra Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan memansuhkan Cukai (membatalkan Cukai/AbolishTax), Dan (waktu itu) harta melimpah ruah, sehingga tidak ada seorang pun yang mahu menerima zakatnya (zaman tiada seorangpun layak untuk menerima zakat) Dan sehingga satu kali sujud (nilainya) lebih baik daripada dunia seisi nya.
(Riwayat Muslim di dalam kitab Iman hadis 220)
Barulah aku tahu kisah sebenar tentang kematian Nabi Yahya Alaihissalam...thanx for the info bro!
ReplyDeleteterima kasih.
ReplyDeletepandai encik compile kan :)
ini ialah sekeping jigsaw.
kena kumpul dan cantumkan semua baru nampak gambar seluruhnya.
Thanks for sharing beb
ReplyDeletealhmadullillah.. dapat satu fakta yang menarik
ReplyDeletesharing is caring..thnx to all of u bros :)
ReplyDelete