Sunday, 6 January 2013

Ayat Ayat Cinta?

Sebelum ni aku pernah cerita pasal pelakon terkenal Liam Nesson memeluk islam di Istanbul ketika penggambaran filem 'Taken 2',tapi hari ni aku terkejut dengan cerita ni pulak.


Filem Ayat Ayat Cinta ni kira meletup jugak la di Malaysia dan Singapura sekitar tahun 2008 yang lalu,filem Indonesia yang bercorak islamik ni mendapat pujian dan rating tertinggi di Indonesia,Malaysia dan Singapura.ramai kawan2 aku masa tu,termasuk mat metal kental pun suka dan puji movie ni bagus..heheh..
apa yang aku nak cerita ni bukan lah pasal movie ni,tapi pasal pelakon utama nya yang berlakon dalam movie ni yang paling baik sekali pada aku.

                                             Rianti Cartwright

Harian Metro Online 4 Januari 2013:


Seorang pelakon wanita cantik yang pernah membintangi sebuah filem agama (ayat-ayat cinta) mengaku murtad kerana cinta. Adakah anda kenal dengan nama Rianti Cartwright?
Pelakon cantik tu diberitakan dah murtad apabila memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian.. Dia memilih untuk gadaikan pegangan agama dia semata-mata kerana cinta.
Ketika ditemubual oleh media Indonesia tentang status agamanya, pelakon tersebut menjawab,


“Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.”
Rianti bagaimanapun berkata dia bahagia setelah menjadi isteri kepada Alfonso Nainggolan atau Cas, selepas berkahwin pada 17 September lalu di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
“Saya sekarang amat bahagia,” kata aktres berusia 28 tahun itu.
Inilah Hebatnya penangan cinta.. Manusia sanggup buat apa saja demi cinta tanpa sedar bahawa cinta tu sebenarnya tak kemana.

Cinta itu buta atau buta cinta?

5 comments:

  1. manusia....tak pasal welcome to hell

    ReplyDelete
  2. ramai kata yg suka cerita ni...
    tapi aku tak tegok pun..

    langsung tak tertarik dgn cerita ini...
    apalagi dgn tema 'islamik'nya itu...
    langsung membuat aku lagi sangsi...

    tidak se'hype' AADC...
    kerna Pasir Berbisik..
    dan Dian Sasro...

    btw, info murtad ini memang bagus..
    aku baru tahu..
    thanks!

    ReplyDelete
  3. Dah lama dah cerita pasal Rianti yg berlakon watak Aishah dlm filem AAC ni...semenjak dari kes itulah, penulis novel AAC iaitu Habiburahman El Shirazi akan buat casting pelakon yg betul menjiwa watak islamik,bukan nak ambik pelakon popular dan semberono sahaja. Pihak produksi learn from their mistakes, cuma lihat hasilnya pada filem seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Di Bawah Lindungan Kaabah (filem ni hasil karya Hamka).

    ReplyDelete
  4. OK gak cerita ni sebenarnya...tapi pasal murtad tu baru ni la aku tau...


    ReplyDelete