Thursday, 3 January 2013

MysteryQuest Dvd


Kat rumah aku memang takda Astro,so memang tak dapat la nak layan Discovery Channel ke atau pun National Geographic.memang aku suka layan dokumentari,tapi baru2 ni boleh terjumpa pulak dvd ni,terbitan History Chanel,MysteryQuest season one.memang layan la dokumentari ni.



Ada 3 disc kesemuanya dalam season pertama ni,yang mengandungi 10 episod kesemuanya.siri ni cuba menyingkap kembali misteri seantero dunia yang tak pernah terjawab dan masih menjadi misteri hingga ke hari ini.antara episod yang ada dalam 3 dvd ni :
Disc 1 :
Hitler's Escape
The Devil's Triangle
San Francisco Slaughter (Zodiac Killer)
The Lost City Of Atlantis

Disc 2 :
Alien Cover Up
The Rise Of  The Fourth Reich
Devil's Island

Disc 3 :
Jack The Ripper
Stonehenge
Return Of The Amityville Horror

Antara episod yang betul2 best pada aku :
-Hitler's Escape.
Selepas jatuhnya empayar Nazi,Hitler telah melarikan diri dan bersembunyi di dalam 'bunker' yang memang di reka khas untuk beliau menyembunyikan diri dari di tangkap oleh pihak bersekutu.dalam siri ni ada temubual dengan bekas bodyguard Hitler yang masih hidup.beliau bercerita,Hitler pesan,walau apa pun berlaku,jangan sekali2 buka pintu bunker tu,selepas beberapa hari bodyguard beliau terdengar tembakkan dari dalam bunker tu,bila beliau buka pintu bunker tu je,beliau tengok mayat Hitler dan isterinya terbujur kaku.tetapi pihak KGB Russia tak percaya yang mati tu Hitler,walaupun siap ada gambar yang di ambil oleh
kamera dari pihak German dan Russia,pihak KGB percaya yang itu adalah copycat Hitler dan isterinya.dan siasatan di jalankan di sekitar bunker tu yang sebenarnya merupakan terowong rahsia yang di percayai Hitler telah melarikan diri ke Italy.walaupun bodyguard Hitler mengatakan memang betul beliau nampak Hitler mati di hadapan matanya,pihak Mysteryquest telah melakukan siasatan lebih terperinci,dengan mengambil sampel tengkorak,tanah kubur,dan sampel darah untuk ujian DNA,hasilnya?darah dan tengkorak tersebut kepunyaan seorang wanita,bukan tengkorak Hitler dan bukan darah Hitler.siri ni berakhir dengan menjadi tanda tanya di mana sebenarnya jasad Hitler?Ada versi yang mengatakan Hitler telah lari ke Indonesia,berkahwin.memeluk islam dan meninggal di sana.boleh baca kat sini

Alien Cover Up :
Kalau pasal UFO,Alien memang dah lama jadi teori konspirasi kat US sana.dan kebanyakkan nya di nafikan oleh kerajaan US.episod yang ni memang agak mencabar,pasal pihak Mysteryquest ni memang nak cari jawapannya.antara kes yang popular seperti 'Roswell incident' yang pasal kapal UFO terhempas kat New Mexico tu,penampakkan UFO oleh saksi yang ni nafikan oleh pihak kerajaan US.so,pihak Mysteryquest ni dengan beraninya cuba menyingkap apa yang berlaku di sebalik konspirasi ni dengan membongkar rahsia yang terdapat di tempat paling sulit dan menjadi rahsia kerajaan US iaitu 'Area 51'.pihak Mysteryquest telah menghantar beberapa pakar untuk try skodeng apa yang ada kat Area 51 tu yang di katakan berlakunya aktiviti UFO/Alien kat sana.punyala berani diorang ni sanggup panjat bukit tinggi2 dengan bawak gadget yang berat2,hinggakan ada helikopter dan jet pejuang tentera udara US memantau diorang(kawasan Area 51 memang besar,walaupun diorang jauh beribu kilometer,dari kawasan merah Area 51,pihak Area 51 awal2 dah tau)sekumpulan pakar tu berjaya jugakla skodeng apa yang ada dalam Area 51 tu menggunakan teropong canggih.kat kawasan tu jugak diorang terakam secara tak sengaja yang kononnya piring terbang ataupun UFO.memang sebelum ni pun ada yang mengatakan Area 51 tu tempat pihak kerajaan US buat ujikaji tentang Alien dan ada juga UFO tu sebenarnya memang pihak kerajaan US yang cipta konspirasi tersebut.(teringat lagu Megadeth 'Hangar 18'..heheh)

Devil's Island :
Sama macam lagu Megadeth..heheh..episod yang ni membongkar kisah bekas penjara paling ketat di dunia kononnya,iaitu penjara Alcatraz yang kat San Francisco tu.kisah banduan dalam tu yang mati di bunuh oleh entiti misteri,kisah penjenayah paling terkenal yang pernah di penjarakan kat situ seperti Al Capone.sekumpulan ahli paranormal telah di hantar ke bekas penjara tersebut untuk menyingkap misteri yang berlaku.

San Francisco Slaughter :
Berlaku kat San Francisco,kisah pembunuh bersiri terkenal yang hingga kini masih belum terjawab.pembunuh ni menggelarkan diri beliau Zodiac,pernah juga di jadikan filem kalau tak silap aku.Zodiac ni selepas dia bunuh mangsa dia,dia akan beritau polis atau pun meninggalkan tanda kat kawasan pembunuhan tersebut.yang paling popular ialah morse code Zodiac tu,ramai pakar di panggil untuk dapatkan jawapan morse code tu sampai pening kepala pihak polis San Francisco ni..heheh..Zodiac Killer ni sampai sekarang tak dapat di tangkap lagi.

Jack The Ripper
Pembunuh paling popular dalam sejarah pembunuhan dunia ni,cuba di bongkarkan kembali selepas 100 tahun.dan hasilnya ialah,Jack The Ripper rupanya seorang wanita?


Kesimpulannya,banyak benda yang aku tak tau secara detail tentang misteri2 popular ni,akhirnya dapat jugak la jawapannya dalam dvd ni.ketiga2 cd tu aku habis tengok dalam satu malam je.dengan white coffee 2 gelas,keropok mister potato 1 bekas..heheh.
Apa pun Mysteryquest memang best!

3 comments:

  1. Rasa macam ada tayang kat History Channel dulu...tapi tak berkesempatan nak tengok...tapi boleh cari kat youtube...

    ReplyDelete
  2. Hitler masuk Islam?perghh makin rumit kes dia ni...tapi kalo betul Alhamdulillah la

    ReplyDelete