Friday, 18 January 2013

Terrorizer December 2012

Sepatutnya entri ni di buat disember lepas,tapi tahap kemalasan melampau tu yang buat aku malas nak buat..heheh..Terrorizer mag 2012 with Kirk Hammett Metallica..


Cover depan majalah ni.Kirk Hammett di jadikan cover pasal dia baru je menyambut brithday dia yang ke 50 tahun.dan sempena promosi buku dia yang baru di terbitkan yang bertajuk 'Too Much Horror Business'.


Interview dengan band otai Entombed dan band Evile.diorang rakamkan lagu bersama sempena ulang tahun Earache Records yang ke 25.Terrorizer ada jugak terbitkan special edition Earache Records ni.rekod company ni la yang banyak menerbitkan album2 Extreme,Death,Thrash,Black dan segala macam jenis metal lagi.antara yang terlibat seperti Morbid Angel,Napalm Death,At The Gates,Cathedral,Brutal Truth,Bolt Thrower,Godflesh dan Gama Bomb (aku suka band ni,diorang main old school thrash era 80an).

Cover story,Kirk Hammett.atau nama horror beliau Kirk Von Hammett.interview dalam ni hanya tentang hobi beliau je.Kirk ni memang obses dengan hantu,dracula,vampire,werewolf dan zombie.seperti yang di ceritakan sama dalam buku Enter Night,rumah dia pun ikut reka bentuk istana dracula.hobi dia ni mengumpul komik2 seram,novel seram,poster filem2 seram era 50an dan 60an,figura aksi,prop2 filem2 lama zaman hitam putih dulu,sehinggalah skrip asal filem pertama dracula ada dalam simpanan beliau.


Kerana hobi ni jugak la beliau jadi geng kamceng dengan Johnny Ramone (The Ramones).Johnny pun minat hobi yang sama dengan Kirk Hammett ni.Kirk cakap kebanyakkan koleksi dia di simpan dalam kawasan khas yang tak kena sinaran matahari,pasal banyak barang2 antik.dia cakap kalau ada sesapa yang ada poster filem seram yang lama2 era 50an boleh contact dia.(kalau ada boleh trade ngan gitar Esp dia tu eh)

Yang ni pun best.interview dengan band thrash veteran German,Destruction.memang otai band ni..dulu aku ada kaset Destruction 'Mad Butcher'antara album thrash terbaik pada aku..interview ni lebih kepada cerita album terbaru diorang 'Spiritual Genocide' tu dan jugak pasal world tour diorang untuk tahun 2013 ni. Malaysia pun diorang ada mention jugak kat dalam interview ni.
Dan yang lain2..


My Dying Bride bercerita tentang album2 feberet diorang yang menjadi pilihan 2 orang ahli band My Dying Bride ni.


Section Terrorzone.antara live gig artis metal,Devin Townsend Project dan band Down (Philip Anselmo ex Pantera)
Jeff Loomis dan Pentagram (teringat lambang pentagram kat Hello Kitty Nusajaya JB)heheh..

Terus terang,majalah Terrorizer sekarang ni pada aku dah agak 'kureng'.kebanyakkan band2 yang ada dalam mag ni semuanya bercerita pasal nak buat album paling bising,paling laju,paling heavy di seantero dunia,paling jahat dan yang paling setan menyetan sekali kononnya.semua tu dah tak berapa nak menarik perhatian peminat metal lagi dah..

6 comments:

  1. Aku ada tgk fanpage utk buku Kirk Hammet ni di facebook,dgn tajuk yg sama "too much horror business". Agak2nya di Kinokuniya,MPH ataupun Popular Bookstore ada x jual buku tu ek?haha still think yg band Down (Phil Anselmo) ni boleh tahan jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kino ada jual.masa aku tanya haritu diorang out of stock pulak..

      Delete
  2. lama dah tak baca Terrorizer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak macam dulu..skang tak best

      Delete
  3. rasanya Kerrang masih ok lagi...semua majalah rock semua dah tak best...

    ReplyDelete
  4. aku always suka ayat ni pernah muncul kat majalah ni

    " No Slayer, No Terrorizer ".

    ReplyDelete