Tuesday 24 September 2013

Black Sabbath - Dehumanizer Deluxe Expanded Edition (2011 Re-realeased)


Berteromber pun pernah cerita pasal album ni Kat Sini.expanded edition ni dalam bentuk digipack,pakej yang aku tak suka.pasal tiap2 bucu pada digipack ni mesti rosak punya.tapi di sebabkan ia nya special edition yang agak susah nak dapat sekarang ni aku pun beli lah..lagi pun harganya aku dapat murah.album Dehumanizer dulu aku ada dalam versi kaset di beli pada tahun 94 kalau tak silap,itu pun dah kena kebas.
Album ni juga antara favorite album Black Sabbath era RJD yang paling best pada aku..Black Sabbath membuat pilihan yang tepat dengan mengambil Dio sebagai pengganti Ozzy.album expanded edition ni di riliskan sempena mengingati dan memberi perghormatan kepada mendiang Ronnie James Dio.

pakcik2 Black Sabbath


Ada 2 disc.cd pertama adalah lagu2 dari album Dehumanizer.cd kedua mengandungi lagu2 live ketika tour Dehumanizer,single,B-side dan radio edit.ada yang suka dan ada yang tak suka Black Sabbath era RJD dan album ni,pada aku,kalau tak kerana RJD ni,Black Sabbath pasti dah takda lagi sekarang.Ozzy yang dulu bermulut puaka dok kutuk2 Black Sabbath masa era RJD ni pun dah ludah balik jilat dia..heheh..kalau tak,tak kan la album baru Black Sabbath tu boleh ada kan..


Setlist :
Disc one
1.Computer God
2.After All (The Dead)
3.Tv Crimes
4.Letters From Earth
5.Master Of Insanity
6.Time Machine
7.Sins Of The Father
8.Too Late
9.I
10.Buried Alive

Disc two
1.Master Of Insanity (single edit)
2.Letters From Earth (B-side version)
3.Time Machine (Wayne's World version,soundtrack filem Wayne's World)
Live at The Sundome Tampa,Florida 25 July 1992
4.Children Of The Sea
5.Die Young
6.Tv Crimes
7.Master Of Insanity
8.Neon Knights


Inlay cd.cerita pasal pembikinan album ni dan juga cerita pasal tour Dehumanizer yang di ceritakan semula oleh Tony Iommi pada Dom Lawson,editor majalah Metal Hammer.


Ada sekali tu masa tour Dehumanizer kat US kebetulan sama venue dengan Ozzy,so band members BS ni kononnya nak reunion dengan Ozzy hanya for one night only dengan RJD sekali,tapi Dio tak mau.pasal masa tu 'perang dingin' antara Ozzy dengan Dio berlaku,mungkin juga sebab mulut puaka Ozzy tu la pertikaikan RJD jadi vocalist untuk BS ni dan pasal dia penah kutuk album BS 'Live Evil' tu...heheh..akhirnya show malam tu,Ozzy berduet dengan Rob Halford (Judas Priest)
Lagu2 yang selalu aku ulang dengar,Computer God,After All,Master Of Insanity (lagu paling aku suka)Tv Crimes dan I (lagu ni pun best kalau dengar versi live)lagu2 live dalam cd kedua pun best.lagu Neon Knights,Master Of Insanity,Children Of The Sea dan Tv Crimes versi live memang layan.

So pada peminat RJD 'the man with the golden voice' yang pernah follow album2 Dio sebelum ni,dan peminat2 tegar Black Sabbath boleh try layan Dehumanizer ni.solo2 Iommi masih lagi berbisa,dan masih lagi mengekalkan sound Black Sabbath yang klasik..









7 comments:

  1. "dah ludah balik jilat dia.."

    peribahasa baru eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..hadoi ngantuk punya pasal la mlm tadi sampai typo

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. disc 2 tu macam menarik...terutama lagu-lagu live tu...ntah kenapa zaman2 rock melayu 80an...zaman Battle of The Band...zaman Juara Juara Rock dulu banyak betul band suka cover lagu "Neon Knights"...SYJ ker MAY pun pernah cover lagu ni...lupa dah aku...sampaikan band2 rock kerja kawin kat kampung aku pun biasa cover lagu ni...

    ReplyDelete
  4. Rjd frontman sabbath adalah terbaik. Ko tahu, masa line up heaven and hell main singapore, aku rasa aku cam tengok band rock paling legend giler. Masa falling to the edge of the world, feeling dia, best giler.

    ReplyDelete
  5. ..AKu tetap kata RJD adalah penyelamat BS...Ozzy Osbourne?!?! Siapa itu Ozzy Osbourne?????

    ReplyDelete
  6. Still prefer Black Sabbath era Ozzy....

    ReplyDelete