Tuesday 17 September 2013

Himpunan Kisah Menarik Dari Al-Quran

Minggu ni meluangkan masa dengan membaca buku ni..


Al- Quran merupakan sebuah kitab yang di turunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. untuk rujukan dan panduan umat manusia.di dalamnya penuh dengan kisah2 yang diceritakan berulang-ulang.setiap cerita atau kisah yang di sebut itu mempunyai ikhtibar dan nilai kehidupan yang tersendiri untuk kita jadikan pedoman dan panduan hidup.ia bukanlah hanya cerita yang kosong,tetapi terdapat nilai moral,nasihat,dan panduan kehidupan dan juga hukum hakam terdapat di dalamnya.

Di terbitkan oleh Al-Hidayah House Of Publishers,di tulis oleh Dr.Hamid Ahmad Ath-Thahir.menghimpunkan kisah2 menarik dari Al-Quran yang perlu kita baca.olahan cerita yang santai dan menarik,memang tak jemu membaca kisah2 menarik dari Al-Quran ni.antara kisah2 menarik yang terdapat dalam buku ni :
- Nabi Adam a.s.dan anaknya Habil
-Kisah malaikat Harut dan Marut
-Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s.
- Bani Isra'il di padang Tiih
-Kisah Talut,Daud dan Jalut
-As-Haabul Ukhduud
-Nabi Sulaiman,Balqis dan Hud-Hud

Dan banyak lagi kisah2 lain ada antaranya yang aku baru tahu.buku ni memang sesuai untuk bacaan seisi keluarga.selain dari kisah menarik,terdapat juga surah-surah yang di ambil dari ayat-ayat suci Al-Quran.buku ni takda la mahal pun,cuma rm 15.00 je.boleh di beli kat kedai buku Popular,MPH dan Kinokuniya KlCC.kerana isi dalam buku ni memang menarik,ada je masa free aku terus sambung membaca.mempunyai 253 mukasurat,aku hanya mengambil masa beberapa hari je untuk menghabiskan baca kisah2 yang ada dalam buku ni..
Buku ini memang di rekomen untuk anda semua..memang best dan terbaik.





4 comments:

  1. Jangankan buku ni, Al Quran itu sendiri aku jarang dah ngaji, time bulan ramadhan saja baru nak terhegeh2 nak mengaji...Ya Allah, leka dgn keduniaan aku ni...astaghfirullah

    ReplyDelete
  2. Selalu yang buat aku tak berjaya nak abiskan baca buku2 agama ialah ayat dorang yang berbelit2 dan kekadang susah nak faham. Bagus kalau ada buku2 agama yang guna bahasa2 simple atau bahasa pasar pun ok...janji maksudnya sampai.

    ReplyDelete
  3. Thanks for the tip. Skarang banyak jufak buku2 gini, ngan cover menarik.

    ReplyDelete
  4. Adi :sama2 lah kita bermuhasabah diri..

    berteromber : betul,sama macam aku,kalau buku yg ayatnya berbelit n susah nak faham sampai maksudnya pun kita tak tahu.sekarang pun memang dah banyak buku2 agama yg menggunakan bahasa santai..

    deaf : no problem..sharing is caring beb..kita semua ni pun dah hampir senja..heheh

    ReplyDelete