Tuesday, 3 September 2013

Anthrax - State Of Euphoria LP (1988)


 Album ni rilis sama tahun dengan Metallica ..And Justice For All dan Megadeth So Far,So Good,So What! album State Of Euphoria ni walaupun kurang di beri perhatian oleh peminat metal(hanya berada di tempat ke 50 dalam carta Billboard) pada masa tu sebab album ni merubah sikit stail muzik Anthrax yang mungkin agak sukar di terima pada waktu tersebut,pada aku ni antara album klasik Anthrax yang terbaik.


Anthrax pada masa ni juga telah merubah penampilan mereka,tiada lagi etika pakaian thrash metal yang serba hitam,trademark cap senget tepi tu lah yang jadi trend dan ikutan band2 new wave dan group new wave pada penghujung era 80an dan awal 90an dulu.ingat New Kids On The Block?band EMF yang pernah popular dengan lagu 'The Unbelieveable' tu?semua ni pasal Scott Ian ni la yang start dulu (ni yang aku baca interview Anthrax kat intenet)


Senarai lagu dalam album ni.lagu Misery Loves Company berdasarkan dari novel Stephen King yang berjudul Misery,lagu Now It's Dark berinspirasikan dari filem Blue Velvet yang pernah di terbitkan pada tahun 1986 lagu ni kemudiannya di jadikan tema dalam game 'The Sims'.lagu yang betul2 popular dan menjadi pilihan sampai sekarang oleh peminat metal ialah lagu Be All,End All dan lagu Antisocial.lagu Antisocial sebenarnya lagu cover version band 'Trust' band hard rock dari France.

line up klasik Anthrax

Piring hitam legam State Of Euphoria.logo Megaforce Records,record company tempat Metallica dulu.

Lirik2 lagu dalam album ni..


Gambar band members Anthrax tahun 88.karikatur kat belakang lp tu sebenarnya parody yang di lukis oleh Mort Drucker untuk majalah Mad majalah humor popular kat US masa era 80an dulu.lebih kurang macam majalah Gila Gila kat sini dulu lah.
Apa pun album ni sebenarnya best,kalau nak dengar sound Anthrax era 80an,boleh dengar album ni.tshirt State Of Euphoria ni pun popular jugak.ramai dulu aku tengok mat2 rock pakai tshirt cover album ni.

                                       

12 comments:

  1. Hahaha tak sangka pula diorang suka dressing mcm band EMF juga dulu ya...nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal stail muzik n pakaian diorang ni la diorang kena ignore ngn peminat metal 80an

      Delete
  2. Band Punisher dulu dressing cam dorang nih laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kan..baru teringat..Punisher pun penah ikut stail diorang

      Delete
  3. kalau adi susah nak masuk megadeth, begitulah sebaliknya antara aku dgn anthrax

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun sama..tak layan sangat anthrax ni..

      Delete
  4. ni album paling pop dorang...semua lagu catchy abis...

    Dulu aku pakai baju american football yg lengan panjang sampai siku tu semata2 nak ikut stail Dan Spitz la...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senasib dengan load n reload kan..heheh

      Delete
  5. cantek kartun belakang tu.. teringat majalah gila-gila...

    ReplyDelete
  6. Zaman sekolah dulu, kaset ni lama jugak dalam walkman..

    ReplyDelete