Sunday 15 September 2013

ACDC - Back In Black Cd & LP (1980)


Sebelum ni Berteromber pun penah cerita pasal album Acdc Flick Of The Switch pada tahun 1993,yang ni album yang merupakan 'comeback' Acdc pada tahun 1980 setelah kematian vokalis mereka iaitu Bon Scott.sebenarnya cd Back In Black ni bukan aku punya,tapi kepunyaan abang aku,dia suruh aku carikan cd ni sebab kat JB susah nak jumpa cd ni.so sebelum cd ni aku serahkan kat dia,aku tepek dulu kat blog ni sebagai kenangan..heheh..
Mungkin dia nak mengimbau balik kenangan lama,album Back In Black ni memang selalu di dengar masa abang aku ni  ada kaset dia dulu,masa tu pun aku kecik lagi,tapi kerap juga la aku curi2 dengar masa dia tengah layan lagu2 dari album ni dengan kawan2 dia dulu.


Aku mula dengar dan kenal Acdc pun melalui album ni jugak la.album ni antara album terbaik Acdc sepanjang zaman,dengan lagu hard rock yang straight forward,tak terkeseng-keseng (bak kata berteromber). walaupun dengan vokalis baru pada ketika itu (Brian Johnson, juga menulis lirik dalam album ni)ternyata Acdc semakin di minati.rilisnya album ni pada tahun 1980 yang mengejutkan scene rock pada zaman tersebut.walaupun album ni hanya berada di carta #4 kat US,tetapi album ni berada di tempat pertama UK charts.yang juga menjadi lipatan sejarah dalam scene rock dunia..

setlist lagu cd ngan lp tak sama susunan lagunya
Boleh di katakan Back In Black ni adalah 'killer album of all time' la..kesemua 10 lagu dalam album ni memang best,memang tak payah skip satu lagu pun.sebab tu la abang aku cari balik album ni.lagi pun memang ada sentimental value katanya..lagu yang selalu aku ulang dengar ialah 'Back In Black','Hells Bells','Shoot To Thrill' (lagu favourite Tony Stark/Iron Man dalam filem The Avengers)'You Shook Me All Night Long' dan lagu 'Let Me Put My Love Into You'.

versi cd dan lp berbeza 
Back In Black juga menonjolkan kembali kerja gitar adik beradik Malcolm dan Angus Young yang mengangkat mereka berdua antara gitaris terbaik dunia.album ni juga tersenarai  dalam majalah Rolling Stones antara '100 the best album of the 80's','500 greatest album of all time,'
Band metal Six Feet Under(band projek Chris Barnes Cannibal Corpse) pun pernah merakamkan kembali kesemua lagu dalam album Back In Black ni sebagai tribute untuk Acdc.album yang berjudul "Graveyard Classics 2" yang telah di riliskan pada tahun 2004.
Kesimpulannya,Back In Black memang all time favourite aku jugak,pada sesapa yang belum pernah dengar lagu2 dari album ni,cuba2 lah dengar,pasti akan jatuh cinta pandang pertama punya..heheh..

5 comments:

  1. mmm cuba bayangkan kalau Bon Scott masih ada, nyanyi dan sama2 dlm album ni....

    ReplyDelete
  2. aku ada versi dual-disc (LINK) nak letgo, ada berminat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..nice..betul ke nak letgo? Email rege n no phone bro.. chektot@yahoo.com

      Delete
  3. dari bawak Lamb Of God...baik la bawak ACDC...ntah bila la dorang nak sampai Malaysia..

    ReplyDelete
  4. acdc is about having fun.
    Aku cuma fikir, kalau dorang main KL, Rosie ngan sexy2 gitu belon tiga empat tingkat boleh keluar ke?
    You shook me all night long kadang2 dorang main cerita blue lama2 dulu, boleh main ke kat video screen?
    hahaha.

    ReplyDelete