Friday 27 September 2013

Tribute To Waylon Jennings (2003)


Aku takda la minat sangat muzik country ni,tapi ada la 2-3 lagu country yang best penah aku dengar macam lagu Trisya Yearwood "How Do I Live",Bon Jovi "Blaze Of Glory" (country rock)dan Mark Collie "In Time" (lagu yang pernah di jadikan soundtrack filem The Punisher,cekidaut ini lagu memang best).So,cerita pasal Waylon Jennings,beliau memang penyanyi country terkenal kat US,memang tak berapa popular kat rantau ni.apa yang best pasal album ni ialah James Hetfield (Metallica) ada nyanyikan kembali lagu Waylon Jennings ni..

Hetfield dan mendiang ayahnya memang peminat Waylon Jennings.pernah satu ketika,sewaktu stesen radio mengundang Hetfield dan Waylon untuk bercerita pasal stail muzik masing2,Hetfield telah meminta ayahnya menyediakan soalan2 yang patut beliau tanyakan pada Waylon.ironinya,ayah Hetfield telah memberi cd dan vinyl  Waylon Jennings pada Hetfield supaya meminta Waylon tandatangan pada cd dan vinyl tersebut,anak2 Waylon pula telah memberi cd2 Metallica pada Waylon supaya di tandatangani oleh Hetfield.
Setelah kematian Waylon pada tahun 2002,pihak syarikat rakaman Waylon ingin menerbitkan album kompilasi Tribute Waylon Jennings dan bertanyakan pada Hetfield adakah beliau mahu terlibat dalam projek tersebut,Hetfield dengan segera bersetuju dan hasilnya,pada 2003,rilisnya album "I've Been Crazy : A Tribute To Waylon Jennings".

Hetfield telah merakamkan kembali lagu "Don't You Think This Outlaw Bit's Done Got Out Of Hand" (panjang gila tajuk)atau dengan title pendeknya 'Outlaw Bit'.lagu yang menarik,dan Hetfield masih mengekalkan elemen country dalam lagu tersebut.untuk lagu ni Hetfield memainkan sendiri kesemua instrumen dari gitar,drum,bass hinggalah solo gitar.

Cekidaut ini lagu..


Yang ni pulak versi live James Hetfield


4 comments:

  1. best. tak pernah carik (atau sedut) album ni tp ade dengar di youtube. lagu country di metal kan. boleh tahan. kalu hetfield goes solo, mungkin direction style macam ini yang dia akan ambil.

    ReplyDelete
  2. kecik2 dulu kalau country aku tau Kenny Rogers dan Dolly Parton ajer...hehehe...

    btw...1st time dengar lagu ni...

    ReplyDelete
  3. Menarik post ni. Sedap lagu ni aku suka. Ko try dengar volbeat, masuk youtube tengok concert volbeat cammana dorang serap country kat muzik dorang.

    ReplyDelete
  4. Perasaan tak dlm album metallica Load, ada satu lagu ala country yg bertajuk Mama Said....feel country nya yg sungguh memikat pada lagu itu memang best...x hairan la kalo James bersetuju untuk cover lagi country ni...respect! Ini baru true artist.

    ReplyDelete