Friday 20 September 2013

Ijau In Black

Bungkusan pos laju yang aku terima petang semalam dari Bintulu Sarawak..



Merupakan cd AC/DC Back In Black berformat dual disc (cd/dvd dalam 1 disc).memandangkan aku memang takda cd Back In Black(yang ada pun pasal abang aku yang kirim seperti dalam entri ni )dan kebetulan pulak incik ijau offer cd Back In Black dual disc ni,memang pucuk di cita ulam mendatang..heheh..tanpa sebarang bantahan,aku bersetuju dengan harga yang beliau tawarkan walaupun beliau beli cd ni jauh dari Canada sana..



Jewel case pun unik sikit agak lebar dari jewel case biasa.keluaran tahun 2004.lagu2 dalam cd ni  pun bunyi dia pun lagi sedap pasal dah remasterdkan,cuma belum berkesempatan lagi nak tengok bahagian dvd nya.nak kena tunggu ada free time baru best nak layan..

Yang selebihnya layan gambar je lah..pasal nak cerita pun memang dah cerita sebelum ni..


Inlay cd memang menarik..gambar live AC/DC era 80an,berbanding AC/DC yang aku beli sebelum ni yang hanya sekeping je inlay nya..


Ada macam2 cerita pasal AC/DC kat dalam ni..memang best lah.

Brian Johnson masa tengah banyak rambut
Apa yang di katakan dual disc?macam ni la lebih kurang..


Sekeping cd tapi mempunyai dua format,cd audio dan dvd.yang ni bahagian sebelah untuk cd audio Back In Black.


Yang sebelah lagi ialah dvd.apa yang aku baca kat cover cd,bahagian dvd ni boleh unlock eksklusif bonus music,video,photo dan macam2 lagi.tapi kena login kat website ac/dc,website epic records atau sonybmg.

Boleh jugak cekidaut pasal cd ni di blog ijau Kat Sini
Taktau dah nak cerita apa lagi..heheh..apa pun terima kasih banyak2 kat incik Ijau kerana jual cd Back In Black ni kat aku..

9 comments:

  1. perghh.. macam menarik content dvd dia!

    ReplyDelete
  2. Dual disc ni leceh la nak jaga...

    "Rock and Roll Ain't Noise Pollution"

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg leceh dan tak sesuai pasang kat cd player dlm kereta, atau player yg jenis cd slide in... kenapa? sbb dual-disc ni lebih tebal drp cd audio biasa, akan sangkut semasa keluar dan meninggalkan calar/parut yg mengharukan

      ini yg berlaku pada dual-disc overkill aku suatu ketika dahulu

      Delete
  3. Kaboi : memang menarik,tapi tak tau pasaran sini ada ke tak

    Adi : haa..enhanced..payah beno nak nyebutnya..heheh

    Berteromber : ada benarnya..tu pun dah penuh finger print aku ngn ijau..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg pasti bkn fingerprint aku tu... aku dah lap sblm bungkus, xmau tgglkan rekod jenayah

      Delete
  4. acdc main donington park mesti hebat cam poster monsters of rock tu.
    aku tengok video live in donington 91,dhasyat giler.
    apa lagi previously punye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku suka tengok angus solo sambil bepusing2 kt lantai tu..dah jadi trademark dia eh

      Delete