Wednesday 12 February 2014

Killing Joke (1980)

Sesekali berubah angin dengar lagu punk pulak..


Memang dah lama mencari album ni,tapi selalu takda luck nak ketemu..akhirnya mintak mp3nya dari member aku..kebetulan dia memang peminat punk 80an dan list mp3 nya ada album ni,dengan tak malu nya aku mintak beliau secopy..heheh..

Killing Joke adalah band post punk 80an yang agak terkenal di UK selepas Sex Pistol.band ini juga menjadi sumber inspirasi bagi Metallica,Foo Fighters,Soundgarden dan Marilyn Manson.walaupun Killing Joke ni asasnya punk,dengan nyanyian yang tidak mengikut tune tetapi muzik punk yang mereka ketengahkan agak unik pada waktu itu.ada juga campuran elemen pop dan juga penggunaan synthesizer dalam muzik bawaan mereka.di katakan juga mereka lah pencetus kepada industrial metal,synthpop,gothic rock dan juga electronica.

Untuk debut album ni,Killing Joke di anggotai oleh Jaz Coleman (vokal & synthesizer),Kevin Walker (gitar),Martin 'Youth' Glover (bass) dan Paul Ferguson (drums &vokal) dan track untuk album pertama mereka ini cuma ada 8 lagu je.lagu2nya ialah :

1.Requiem (intro bunyi synthesizer ni meningatkan aku kat lagu2 artis pop 80an yang top ketika itu iaitu Boy Geogre dan Eurythmics)
2.Wardance (intro bunyi bass berdengung ala2 Steve Harris,boleh tahan sedap jugak)
3.Tomorrow's World (macam penah dengar intro dia,tak silap aku NIN penah guna sample lagu ni kot..)
4.Bloodsport (cekidot lagu ni, band punk pun ada lagu instrumental?boleh tahan juga lah..macam disco era 80an/To Live Is To Die versi punk..kalau tambah solo gitar pun best jugak..heheh)
5.The Wait (lagu ni yang penah di cover oleh Metallica dalam album Garage Days terbitan 1987 tu..)
6.Complications (hmm..ok lah..lagu yang agak malas..heheh)
7.S.O.36 (aku skip lagu ni..punya la mengantuk nak layan..ala2 Doom Metal pulak bunyinya..lembab)
8.Primitive (lagu penutup untuk album ni,macam happy ending gitu..siap ada drum roll lagi..)

Over all,lagu2 dalam ni ok,ear friendly..heheh..pada mereka yang tak suka muzik punk dan nak tau macam mana muzik punk tu berevolusi yang menyebabkan demam grunge,gothic,industrial yang melanda pada era 90an dulu,jawapan nya ialah dari Killing Joke ini.untuk info lebih pasal Killing Joke tengok kat wikipedia ni.
Kalau tak silap incik PCkokak ada lp album ni kan?kasi tampal bro..


7 comments:

  1. ok, nanti jap, roti tampal satu... hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar dorang ni selain lagu yang Metallica kaver tu..

    ReplyDelete
  3. ahh the wait, yang school of rock tu dorang tengah cabut sekolah ye

    ReplyDelete
  4. Ni sama zaman dgn Dead Kennedys dgn Black Flag ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la bro..cuma killing joke ni unik sikit stail dia

      Delete
  5. aku cuma minat punk sex pistol je...

    ReplyDelete