Friday 25 April 2014

Antara Nikmat Dan Syurga

Dalam dunia serba tersedia
Adakalanya pahit dan manis
Mencari jalan kepuasan
Apa ia nya untuk selamanya
Antara nikmat dan syurga
Duanya luas berbeza

Menempuh jalan yang sumbang
Liku liku kesesatan
Atau hadapi rintangan
Menambahkan keimanan

Tuhan yang mencipta syurga dan neraka
Terletak antara pahala dan dosa
Antara nikmat dan syurga
Duanya luas berbeza

Menempuh jalan yang sumbang 
Liku liku kesesatan
Atau hadapi rintangan 
Menambahkan keimanan

Antara nikmat dan syurga
Duanya luas berbeza
Atau hadapi rintangan menambahkan keimanan

Oh Tuhan tolong lah oh tunjukan kita
Nikmat yang sebenar dalam diri kita
Tuhan yang mencipta syurga dan neraka
Terletak antara pahala dan dosa



Lagu : Khalid Mobin
Lirik : Yantzen

Antara lagu rock yang berunsurkan dakwah dari Rusty Blade.lagu ini dari album 'Awas' (1990).walaupun ramai yang mengatakan album terakhir dari Rusty Blade ini agak 'kureng' tapi pada aku album ni antara album kegemaran aku.dulu nya aku ada versi kaset,tapi hilang entah ke mana..pada sesiapa yang ada album ni sila lah tampal (mungkin abang Deaf dan brader Berteromber ada kot?)

p/s : Lagu ini ialah jawapan aku pada mereka di luar sana yang masih melabelkan muzik rock ni sebagai unsur negatif,merosakkan akidah dan sesat.(yang konsert kat Bukit Jalil tempoh hari tak merosakkan akidah ke?)dan lagi satu,lagu yang bergenre techno tu ada tak lirik dia macam lagu Rusty Blade tu?



7 comments:

  1. tu la...sapa suruh jadi mat rock...jadi K-Pop kan senang...hehehe....

    btw...cd ada...kaset dah kena tapau ngan member...

    ReplyDelete
  2. dari tahun 80an lagi muzik rock dah dilabel muzik pelesit, mat pit, dll... inikan pula "black metal"

    pihak berkuasa (khususnya) dan masyarakat (amnya) perlu di"mythbusted"kan mengenai isu ni

    ReplyDelete
  3. Lain kali bawak band2 rock/metal yg ternama ni buat concert di Bornep saja, kebarangkalian untuk cancel tu agak tipis...

    ReplyDelete
  4. asal nampak rambut panjang.. musti dilabel bukan2..

    ReplyDelete
  5. tshirt kebanyakkannya hitam pun dilabel bukan2 jugak..

    ReplyDelete
  6. haha...
    mana dah kaset ni... lama dulu ni...ni inlet live in Sentosa ni album ni

    ReplyDelete