Tuesday, 28 April 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013)




Oleh kerana pernah baca novelnya(review sini) hasil karya teragung Hamka (sasterawan lagenda yang telah di iktiraf oleh dua negara Malaysia dan Indonesia)apabila mengetahui filem nya telah di tayangkan,rasa teruja ingin menontonnya.tapi di sebabkan filemnya tidak pernah di tayangkan di Malaysia dan dvd nya pula tidak ada dalam pasaran sini,versi menonton secara online adalah jawapannya..

Kalau filem yang di adaptasikan dari novel,produksi filem Indonesia memang terbaik,memang tak di nafikan daripada jalan cerita,latar seni dan juga prop untuk filem ini memang bagus.bukan macam filem Malaysia yang kononnya adaptasi dari novel dan sejarah,tapi produksinya main tangkap muat.(bila aku kata filem melayu sampah ramai yang marah,tapi tu la hakikatnya,tiada kemajuan dalam industri filem melayu,kalau setakat nak letak pelakon cantik untuk lariskan filem baik tak payah,bukan seni namanya)pembikinan untuk filem ini memakan masa yang agak lama,selama 5 tahun,tapi memang agak berbaloi la.
Filem ini memang filem cinta romantis,tapi lain dari yang lain,bukan seperti filem2 cinta yang sekarang ini.filem ni memang betul2 'art'.sama seperti novelnya,ia berkisarkan pada era 1930,kisah percintaan Zainudin dan Hayati (lakonan Pevita Pearce,ganteng banget deh cewek ni..heheh) yang berlainan darjat dan keturunan yang tidak mendapat restu keluarga Hayati,kerana Zainudin bukanlah dari keturunan Minang bangsawan seperti Hayati.kecewa dengan cintanya,Zainudin merantau ke tanah jawa sehingga menjadi penulis terkenal,karya2nya mendapat sambutan hangat di seluruh nusantara..apa kaitannya kisah cinta dengan kapal Van Der Wijck?kena tengok sendiri la atau pun baca buku nya..hehe..(part dialog dalam bahasa minang tu memang syok dengar)

Kalau eropah ada William Shakespeare dengan karya 'Romeo And Juliet' nya,di nusantara juga ada lagenda bernama Professor Hamka dengan karya 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'.

*4/5


5 comments:

  1. bukunya pun aku tak khatam lagi...rasanya aku nak baca buku dulu sebelum menonton....
    jarang jumpa filem yang lagi best dari bukunya...Laskar Pelangi contohnya...kecewa sikit bila tengok filemnya...

    ReplyDelete

  2. http://filmbagus21.com/tenggelamnya-kapal-van-der-wijck-2013/

    ReplyDelete
  3. Dhasyatnye poster ko tampal tu

    ReplyDelete
  4. baru bleh masuk blog kamu ni, tadi pagi tak bleh masuk...
    mcm menarik ni, ada masa aku nonton.

    ReplyDelete