Sunday 1 September 2013

Merdeka kah Kita?


Merdeka kah kita..

-Pemikiran masih lagi di jajah,cara dan kehidupan kita masih lagi terikut2 kebaratan

-Masih lagi suka beburuk sangka terhadap orang lain

-Masih lagi berhasad dengki sesama sendiri

-Masih lagi meng'kasta'kan pergaulan dalam masyarakat.'kau orang bukan cendakiawan,bukan bijak pandai,setakat sekolah sampai darjah 6 tak layak berkawan dengan aku' (jari tengah aku tujukan untuk golongan ini)

-Masih lagi memandang rendah terhadap golongan miskin,umpama jijik sangat dari pandangan mata

-Suka merampas hak orang lain sama ada secara kasar atau pun halus walaupun tahu itu bukan hak milik  yang mutlak

-Masih lagi buta sejarah

-Masih lagi bersikap "racist" (ni aku tujukan pada semua kaum yang ada kat Malaysia ni)

-Suka membangga diri

-Suka sangat komplen sana sini.dia betul,dia ni salah,aku boleh buat jadi semua betul dalam negara ni (ni khas untuk politikus yang terlalu 'bijak pandai')

-Yang hanya tau 31 ogos tu hari kemerdekaan,tengok bunga api,tunggu detik 12 malam lepas tu terpekik telolong cakap Merdeka! Merdeka! (tu je la yang tau tiap2 tahun)

-Yang sambut malam merdeka dengan menogok minum keras dengan penuh "semangat patriotik"nya

-Masih lagi 'menjual agama'


Jika anda tidak ada sifat2 seperti di atas,bermakna anda telah "Merdeka" dari segi rohani,jasmani,minda dan jiwa anda.aku percaya,geng2 blog semua takda 'sifat terpuji' tu semuakan?pasal korang semua memang terbest dan Rock Ooo..heheh..

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 56 kepada semua rakyat Malaysia dan pembaca blog ini..

Allahyarham Leftenan Adnan Bin Saidi
1915 - 14 febuari 1942. Al Fatihah

6 comments: