Friday 13 September 2013

Filem Seniman Bujang Lapok



Bukan lah nak review filem lagenda ni yang sebenarnya.. ramai yang dah taukan jalan cerita dalam filem ni.antara filem komedi terbaik sepanjang zaman.cuma apa yang aku nak cerita,secara sedar atau tidak,filem2 P.Ramlee sebenarnya banyak memberi kesedaran,pengajaran,motivasi kepada kita semua.berbanding dengan filem melayu sekarang yang tah apa2 (maaf cakap memang aku kurang menonton filem2 melayu sekarang ni,kebanyakkan filemnya takda kualiti langsung!bukan nak memperlekehkan tapi tu lah hakikatnya)

Antara sebab banyak filem2 P.Ramlee ni menyelitkan unsur2 begini kerana ingin menyedarkan ada sesetengah dari kita ni yang berperangai tipikal begitu.segala adegan dan 'sindiran sinis'dalam filem ni memang memberikan kesedaran.antara scene yang aku suka :

-Masa Ramlee,Ajiz dan Sudin nak pegi mintak kerja kat Jalan Ampas,scene mereka dengan security guard singh tu yang singh tu sound "nama saja melayu,tapi adab pun taktau,worang belakang panggil woi woi,ingat saya ni batu ka?kayu ka?" dan lepas diorang bertiga tu nak pegi jumpa manager,datang sorang mamat ni tanya singh tu sambil cakap "ini macam punya muka mau jadi film star ke?"lepas tu singh tu cakap "lu pun satu la,baru mintak kerja lu sudah macam2 cakap,apa macam lu punya bangsa mau maju?"dia punya nasik dia makan,lu punya nasik lu makan,apa salah lu makan sama2" dialog tu betul2 meninggalkan kesan pada kita semua.

-Masa scene kat bilik/rumah sewa diorang yang bising dengan bunyi radio kuat tu,dengan "jolok motosikel ya bang"dengan si gemuk main trumpet tengah2 malam kuat2 tu,semua tu sebenarnya mesej yang ingin di sampaikan ialah,kita hidup berjiran kena la saling hormat menghormati dan bertimbang rasa.

-Scene P.Ramlee nak kahwin ngan cik salmah tapi takda duit,yang sudin nak tolong dapatkan duit guna batu hikmat dia tu tapi tak berjaya pasal kena sergah dengan manager kemat hasan..heheh..walaupun scene tu lawak ia sebenarnya menunjukkan semangat setiakawan dan tolong kawan di waktu susah adalah sifat yang terpuji sebenarnya.

Banyak lagi filem2 Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni yang memberi nasihat sebenarnya.setiap filem2 keluaran nya memang ada mesej2 positif yang di sampaikan,sebut je mana filem2 arahan beliau,semua ada terselit mesej yang berunsur nasihatkan?filem macam ni lah baru boleh di katakan "filem kita,wajah kita".kalau boleh,pengiat filem2 melayu sekarang ni buat lah filem macam P.Ramlee ni,jangan lah tak habis2 dengan gengsternya,lawak slapstiknya,hantu dan tahyulnya dan filem cintan yang merapu..
Pada aku,Allahyarham Tan Sri P.Ramlee adalah insan yang paling genius dan kreatif dalam dunia ni..


#Filem kita,wajah kita
 filem Razak Mohaideen wajah sapa?fikir sendiri lah beb..heheh..

10 comments:

  1. cuba kdg2 terasa bosan bila asyik2 filem yg sama aje kluar kat TV - bujang lapok, doremi, nujum, albab, musang, anak bapok, keluarga 69, dll

    mana pigi filem2 p ramlee yg lain? cthnya dr rushdi

    lately aku perasan klu main filem ragam p ramlee, part komedi "minta nombor ekor" mesti kena skip (potong/censored) terus masuk drama "damaq"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kan..minta nombor ekor pun diorang nak censored padahal komedi tu ok pe jadi pengajaran jugak tu..filem p.ramlee yg aku teringin sangat nak tengok sitora harimau jadian ngn gelora..dvd pun takda jual tu

      Delete
    2. keco2 ah, keco2 ih
      eko2 ah eko2 ih
      hahaha hihihi
      hilang gigi tinggal gusi...

      Delete
  2. Filem Sitora Harimau Jadian juga hilang dalam simpanan Arkib RTM.....sedih™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena suruh incik pc kokak jalankan siasatan ni..mana pegi hilangnya filem tu..hehe

      Delete
  3. Lama dah tak tengok Dr Rusdi...ni kalau masuk tv pun banyak kena censored...

    ReplyDelete
    Replies
    1. They say filem gelora filem yang paling berunsur 18sx..lakonan biduanita sarimah

      Delete
    2. Dr Rushdi pun sarimah jugak...hot nenek ni dulu...

      Delete
  4. After he died, people sanjung dia, aku tak rasa masa dia balik kl dulu dia dapat support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun bro..karya2 dia tak di hargai masa dia kat kl ni..dia dah takda baru nak di hargai

      Delete