Wednesday, 18 April 2012

Metallica : Mission To Lars Documentary

Dokumentari yang akan di tayangkan Jun ni tentang seorang peminat tegar Lars Ulrich,pemain dram band Metallica,dalam misi nya untuk berjumpa Lars,icon Heavy/thrash metal tersohor ni.Lars juga dah mencapai status celebriti di Hollywood,dengan kontroversi dengan Napster dulu,perbalahan beliau dengan Dave Mustaine (Megadeth,dulu nya pernah bersama Metallica dan sekarang dah boleh bergurau senda)dan kelantangan beliau memperjuangkan muzik Metallica..tak di nafikan,kalau tak kerana dia ni,Metallica takkan ke mana dan takkan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini.
                                               Lars Ulrich

Dokumentari ni mengisahkan tentang seorang peminat tegar Metallica yang bernama Tom Spicer,yang menhidap penyakit X Syndrome (penyakit sindrom down)dalam misi nya pergi ke US untuk bertemu dengan heronya Lars Ulrich.Tom bersama kakaknya Kate,dan abang nya William,seorang penerbit filem telah melakukan perjalanan dari England hingga ke US.menurut kakak Tom yang juga seorang journalist,Tom telah berpuluh kali meminta kepadanya untuk bertemu dengan Lars,dan kakaknya tahu,bukan sesuatu yang mudah untuk di lakukan.demi memenuhi permintaan adiknya,Kate dan William sanggup mengorbankan masa demi memenuhi permintaan adik nya itu
Kate juga berkata,perjalanan yang penuh suka dan duka dan hampir menjadi mimpi ngeri buat Tom.kerana amat sukar untuk bertemu dengan Lars.maklum la superstar kan..
                                                       Tom Spicer
Impian Tom akhirnya jadi kenyataan..dan dapat bertemu dengan hero beliau Lars Ulrich.catatan perjalanan Tom dan kakaknya secara detail boleh tengok kat sini http://mission-to-lars.blogspot.com.
Tom walau pun penghidap sindrom X,tetapi semangat beliau patut di contohi.beliau juga membuktikan orang seperti dia juga mempunyai impian dan dapat mencapai impian tersebut..Misson To Lars akan di tayangkan di panggung wayang di UK jun ini..dan akan di keluarkan dalam format dvd juga.

                                           Mission To Lars Movie Trailer

Tuesday, 17 April 2012

Ilmu Hitam

Ilmu hitam atau dalam bahasa inggerisnya "black magic" adalah amat di geruni oleh semua umat manusia.ilmu hitam ni terkenal di seluruh dunia dan nusantara.di Afrika,ia di panggil "Voodoo",di sesetengah tempat di Amerika dan Eropah,ia di panggil "Black Magic" atau "Dark Magic".di Indonesia,ia di panggil "Santet" dan di Malaysia,ia di panggil "Santau",Tuju-tuju" dan macam2 lagi pelbagai gelaran untuk ilmu hitam ni.dalam budaya orang melayu,ilmu hitam ni di rujuk sebagai ilmu ghaib bagi menjatuhkan seseorang,untuk kepentingan diri sendiri atau berkait rapat dengan dendam.biasa nya ilmu ni di gunakan dan amat berkait rapat dengan Jin dan Makhluk halus.
Di percayai,ilmu hitam telah wujud di nusantara dan di tanah melayu sejak abad ke -15 lagi.Laksmana Hang Tuah juga pernah menjadikan ilmu guna2 ni bagi memikat Tun Teja dan juga menggunakan ilmu yang sama supaya Tun Teja membenci diri nya semata2 kerana beliau memikat Tun Teja hanyalah sebagai helah untuk Tun Teja boleh berkahwin dengan sultan Melaka.di Indonesia,cara dan kaedahnya sama seperti di malaysia.cuma panggillannya je lain..ada yang di panggil "Santet" dan "Pelet".lebih menggerunkan ilmu ni akan membuat mangsa menderita kesakitan hinggan ke akhir hayat dan ada juga ilmu santet ni yang sekali di tujukan kepada mangsa yang boleh membawa maut serta merta.biasanya bagi ilmu ni baik di nusantara dan negara2 lain kaedah ilmu hitam yang di guna kan hampir sama.antaranya ialah :
-Ayam hitam atau darah ayam putih
-Patung yang di perbuat dari jerami atau dari kain putih (lagi horror kalau di guna kan kain kafan orang mati di bunuh)
-jarum,telur,paku,miang buluh,atau duri
-Di Thailand,kaedah ilmu hitam yang di gunakan selalunya ikan keli,mata pancing dan jarum
-Lilin (ni mesti mau ada,kalau takda tak horror la)hehe..
-Nak lagi bertambah horror,biasanya pengamal ilmu hitam ni akan menggunakan tanah kubur,atau pengamal itu sendiri akan bertapa di gua,atau pun di kubur lama bagi memantapkan ilmu nya.
Tu belum lagi dengan ayat2 pemujaan dan mentera2 yang perlu di baca,biasa nya mentera ni menggunakan bahasa melayu kuno.jawa kuno dan kadang kala bahasa sanskrit kuno yang hanya di fahami oleh si pengamal ilmu hitam ni je..

Bagaimanapun menurut pandangan barat, kaitan antara ilmu hitam dan ilmu putih terbahagi kepada beberapa teori, antaranya adalah teori Kesemuanya sebagai Satu (All as One), teori Tiada Kaitan (No Connection), dan teori Berasingan tetapi Sama (Separate but Equal).
-Kesemuanya sebagai Satu: Semua bentuk sihir adalah jahat, atau ilmu hitam. agama yang memegang pendapat ini merangkumi sebahagian besar agama utama Islam, Kristian, agama Yahudi, Buddha dan Hindu. Pandangan ini biasanya mengaitkan ilmu hitam dengan Satanisme.
-Tiada Kaitan: Ilmu hitam dan putih adalah bentuk sihir, tetapi asalnya berlainan, dan terhasil dengan cara yang berbeza, walaupun menghasilkan kesan yang serupa. Kedudukan ini adalah yang paling sering ditonjolkan dalam filem, termasuk sebahagiannya dalam siri Harry Potter.
-Berasingan tetapi Sama: Sihir hitam dan putih adalah perkara yang sama, dibezakan oleh matlamatnya. Di bawah pendapat ini, mentera yang sama boleh menjadi hitam atau putih; ia ditentukan oleh hasil akhirnya. Kebanyakan agama lain memegang pendapat ini, termasuk juga cereka lain yang tidak menurut teori semuanya sama.

Apa pun alasannya,ilmu ni tetap salah di sisi agama Islam.ingatlah..jangan kita berhasad dengki sesama manusia.tu semua untuk menempah tiket menuju kepada kesengsaraan hidup.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nisaa' ayat 48 tafsirnya:
 "Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar".

Monday, 16 April 2012

Battleship Movie

Semalam aku berkesempatan layan movie ni.movie yang di adaptasikan dari permainan video dengan tajuk yang sama ni adalah dari company produksi yang sama yang menerbitkan filem "Transformers".dengan barisan pelakon seperti Taylor Kitsch (John Carter),Liam Nesson (Wrath Of The Titans) dan penyanyi pop sensasi Rihanna.filem ni berdurasi dalam 2 jam jugak la.
Mengisahkan Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) adalah seorang lelaki yang kurang berdisiplin dan menimbulkan berbagai masalah.atas desakkan abangnya Stone Hopper,seorang pegawai berpangkat di US Navy,Alex telah menyertai tentera laut US.dan pada masa yang sama juga Alex ni dah bercinta dengan anak panglima angkatan laut US iaitu Admiral Shane (lakonan Liam Nesson).hubungan mereka kurang di senangi oleh Admiral Shane ni kerana Alex ni selalu menimbulkan berbagai masalah di dalam akademi tersebut.sewaktu dalam perlayaran untuk menjalani latihan,pelatih2 yang bersama2 menjalani latihan dengan Alex telah menemui satu entiti misteri di tengah lautan.entiti tersebut rupanya adalah sejenis kapal angkasa yang telah menyerang krew serta anak kapal latihan tersebut.sehinggalah hanya tinggal kapal perang yang di naiki oleh Alex.mereka berjuang melawan makhluk asing tersebut.pertempuran bersama alien tersebut menyebabkan mereka juga kehilangan kapal perang,dan akhirnya mereka terpaksa menggunakan kapal perang yang dah di jadikan muzium dan paling bersejarah dalam tentera laut US iaitu USS Missouri.
Keseluruhan movie ni boleh tahan la bagi peminat2 filem aksi..tetapi yang tak bestnya ialah lakonan Rihanna yang agak tak berapa confident sangat (mungkin pengarah filem ni ambik dia pasal nak lariskan filem ni kot?)tapi kalau aksi dan part perang dan tembak menembak ngan alien tu,memang best lah..kalau rasa nak layan yang banyak perang,tembak menembak,movie ni memang sesuai.

Penghujung movie ni ada di tunjukkan kapal perang USS Missouri yang terkenal tu..sedikit info tentang USS Missouri :
Kapal ni telah hampir berusia 70 tahun dan pernah di gunakan dalam 3 peperangan.antaranya ialah perang dunia ke 2,perang Korea dan terakhir pada perang Teluk pada tahun 1991.
USS Missouri juga telah di berikan beberapa gelaran lain antaranya ialah "Mighty Mo" dan "Big Mo" kapal ni jugak boleh memuatkan 1,851 krew dalam satu masa.di bina pada tahun 1938,dan siap sepenuhnya dan mula berlayar di laut lepas pada tahun 29 januari 1944.antara detik bersejarah yang tercipta kat kapal ni ialah tentera Jepun menanda tangani memorandum menyerah kalah sewaktu perang dunia ke 2 dulu..
      General Umezu menanda tangan penyerahan kalah jepun 2 september 1945

Selepas tamatnya perang Teluk,pada tahun 1992,USS Missouri telah di jadikan muzium terapung di Pearl Harbor di  Hawaii.dan kini mejadi tumpuan pelancong di serata dunia.

Sunday, 15 April 2012

Metal Hammer April 2012

Di beli pada beberapa hari yang lepas,isu bulan april ni pun boleh tahan best jugak la.dengan cover depan band paling misteri dan kontroversi dalam dunia heavy metal sekarang ni,iaitu band Ghost.di kata kan band ni sebenarnya anggota2 nya terdiri daripada pemuzik2 terkenal dalam dunia heavy metal.dan salah seorang dari nya ialah Devin Townsend (dahulunya pernah bersama Steve Vai dan sekarang menubuhkan band projek sendiri iaitu Devin Townsend Project)spekulasi ramai mengatakan beliau ialah vocal dalam band ni.selain dari tu Philip Anselmo (ex Pantera,Down)juga di sebut2 sebagai salah seorang anggota band ni..
isu bulan ni banyak menumpukan kepada artis2 otai yang dah lama menyepikn diri.antara nya bekas anggota Pantera ni.
Lagi cerita pasal Primal Rock Rebellion.side project Andrian Smith (Iron Maiden)baru aku tau Andrian atau H ni padai menyanyi rupa nya.ni adalah side projek kedua beliau,pasal sebelum ni pun dia penah juga ada keluarkan album semasa beliau keluar dari Iron Maiden dulu.album side project H ni dah rilis pun bulan lepas..
Citer Max Cavalera (ex Sepultura) dengan album terbaru beliau dengan band Soulfly,band projek beliau bersama adiknya Igor Cavalera yang di gelar Cavalera Conspirasy.
Setion Masterclass ni aku suka baca.ni orang lama dalam industri muzik rock/heavy.siapa lagi kalau bukan Michael Schenker..ni pun kira legend jugak ni.kalau tak kerana dia ni,band Scorpions tu takkan jadi terkenal di seluruh dunia selepas Scorpions,dia juga ada join band UFO pun band legend jugak tu.Michael Schenker bercerita tentang "comeback"nya dan akan buat tour dalam bulan ni dengan band glam rock Steel Panther.
Ni cerita pasal pakcik King Diamond pulak.icon heavy metal Denmark ni baru je lepas melakukan pembedahan jantung dan baru je recover balik.King bercerita macam mana kehidupan beliau selepas melakukan pembedahan tu,beliau dah start mengamalkan gaya hidup sihat kata nya..dah tak minum arak,dah tak hisap rokok,dah rajin berjoging..hehe..King jugak cakap segala pengalaman sewaktu dia mengalami sakit jantung dan pembedahan tu beliau ada ceritakan dalam album terbaru beliau nanti..
Cover story muka depan Metal Hammer bulan ni ialah Ghost.entiti misteri yang berselindung dari topeng hantu yang di pakai oleh setiap anggota band ni..teka teki masih belum terjawab lagi siapakah sebenarnya ahli2 band Ghost ni.yang di katakan semuanya anggota dari band2 tersohor dalam dunia muzik heavy metal dunia.Metal Hammer sendiri pun tak tau sapa ahli2 band ni.James Hetfield (Metallica) Phil Anselmo (ex Pantera,Down)pun dah jadi peminat tegar band ni.diorang ada jugak puji band ni dalam cover story ni.
Metal Hammer jugak ada buat spekulasi tentang ahli2 band ni..antaranya adalah dari Slipknot,dari band2 terkenal heavy metal eropah.kalau dah misteri tu memang akan terus jadi misteri la..
Metal Hammer isu ni jugak di datangkan dengan majalah special sekali..yang aku maksudkan majalah ni..
Yeaa..Iron Maiden..!majalah ni sempena pelancaran album live terbaru Iron Maiden "En Vivo" banyak gambar2 menarik dalam majalah ni..gambar sewaktu Maiden bikin tour "The Final Frontier" world tour pada tahun lepas.
gambar dalam kapal terbang "Ed Force One" pun ada..gambar equipment Maiden untuk konsert jelajah dunia,seperti speaker,drum Nicko Mcbrain,sound sistem konsert dan tak lupa jugak gergasi alien "Eddie" setinggi 7 kaki yang di gunakan untuk konsert jelajah dunia ni.
Kapal terbang "Ed Force One' ni di pandu sendiri oleh Bruce Dickinson (vocal).beliau ni memang multi talent artist la..selain dari boleh memandu dan mempunyai lesen kapal terbang,beliau juga menulis skrip,jadi pengacara dalam rancangan berkaitan aviasi dalam tv kat England,pengarah filem dan mempunyai company aviasi untuk belajar memandu kapal tebang yang di panggil Bruce Air.
Gambar2 sekitar konsert Maiden kat seluruh dunia..
Gambar Steve Harris masa kat Moscow masa tu cuaca sejuk gila kata nya..masa ni diorang cakap masa konsert pakai baju tebal2,esok nya kat Singapore pakai seluar pendek je pasal cuaca panas kat Singapore.
En Vivo dah rilis pun..tapi tak sampai lagi untuk pasaran Malaysia,lambat betul nak menunggu.Metal Hammer isu April ni tak boring sangatlah..tak macam isu lepas yang cover Corey Taylor Slipknot tu..memang aku tak beli pun,menyampah aku tengok muka Corey Taylor tu..hahah..

Saturday, 14 April 2012

Get Thrashed : The Story Of Thrash Metal

Its hard to find this dvd in here.Get Thrased dvd is a very nice documentary about Thrash Metal.so here's the review.
Aside from VH1, The New York Times, and school killings, the only media coverage on metal comes from metalheads. Rick Ernst is no exception. The former “Headbangers Ball” intern and current MTV producer is a diehard thrash metal fan. the goal of his documentary, Get Thrashed: The Story of Thrash Metal, is "to put a smile on the faces of as many thrash metal fans and bands as possible." this hardly seems ambitious, until one considers that other forms of metal have gotten much more media attention. with its glitzy killings and church burnings, Black Metal has a book (Michael Moynihan's Lords of Chaos) and a documentary (by Peter Beste of Vice Films). Death Metal and Grindcore have a book, Albert Mudrian's Choosing Death. Even hair metal has Chuck Klosterman's Fargo Rock City. sure, various metal histories have touched on thrash, but thrash fans haven't had their moment—until now. unlike Sam Dunn's Metal: A Headbanger's Journey, which had an anthropological subtext, Get Thrashed is a straight history. while it explores the origin of the term "thrash" and the music's initial catalysts (a reaction against hair metal, and a desire for louder, harder, faster), it doesn't address what makes thrash a genre unto itself. In other words, the film avoids musicology. It doesn't mention the trademark thrash beat, a sped-up polka rhythm, nor the idiosyncrasies of thrash guitar riffing. But the film doesn't have to tell, since it shows; its soundtrack is essentially a greatest hits of classic thrash, including anthems from Metallica, Megadeth, Slayer, and Anthrax.

 These bands comprise "The Big Four of Thrash," and they each get their own section in the film. Refreshingly, it presents them minus the mud that's dogged them in recent years. The film isn't sanitized, though; the irrepressible Dave Mustaine from Megadeth provides choice, feather-ruffling quotes. However, his interviews are among the most enlightening. He points out that in teaching Slayer's Kerry King the art of rhythm guitar, as well as being Metallica's original lead guitarist before forming Megadeth, he influenced three out of the "big five" of thrash metal bands. That he says "five" is telling; Exodus was as influential as any of "The Big Four," and the Bay Area band justly gets equal treatment here.
                                               Metallica,Slayer,Megadeth,Anthrax




Laypeople will find the film surprisingly educational and entertaining. It covers all the major thrash scenes (Bay Area, Los Angeles, New York, Germany), with informative treatment of the crossover between hardcore punk and thrash. The film presents a clear, coherent story—underground beginnings in record stores and tape trading, Metallica's arrival and subsequent growth of the genre, peak with the massive Clash of the Titans tour in 1990, and decline with the advent of grunge. Despite some cheesy effects, the editing is nearly perfect, with quick, well-timed cuts, and a succession of talking heads seemingly flowing into each other. Of course, thrash fans will get the most out of this film. Thrash's heyday was the '80s, before the Internet and the camera phone. Thus, much of the genre's imagery (photos, flyers, magazine covers, cassette tapes, video footage) has until now remained hidden in collections of scene veterans. It's eye-opening to see this history come alive—Mustaine alongside a pre-bald King in the latter's brief time in Megadeth; an incendiary '86 Slayer show, when Reign in Blood had just come out; Cliff Burton and Paul Baloff as living, fire-breathing metal giants.
But thrash isn't merely a museum piece. The film points out its descendants (Pantera, death metal, black metal), as well as its current torchbearers (The Haunted, Carnal Forge, Lamb of God). With interviewees ranging from old-schoolers to respectful acolytes to metal DJ's to thrash fans, the documentary makes clear thrash's vitality. Thrash is one of the most important parts of metal history; i've heard that, but now i can see it.
So,for those of you who was a jaded metaller like me,dont miss this.its a very very extra nice documentary.
Stay Heavy \m/.
                                             Get Trashed Trailer

Saturday, 7 April 2012

Helloween - Unarmed : The Best Of 25th Annivessary

Band Power Metal dari German ni telah meriliskan album "Unarmed" sempena ulang tahun ke 25 penubuhan band ni.album yang telah di riliskan pada tahun 2010 yang lepas.untuk album ni Helloween telah merakamkan kembali lagu2 mereka yang pernah hit dulu tetapi dengan stail muzik yang berbeza.memang berbeza dengan stail muzik Helloween yang terkenal dengan Power Metal ni.album ni turut menggunakan ramai pemuzik undangan dan juga pemuzik orkestra.mula2 dengar macam tak best je.tapi bila dah dengar banyak2 kali best pulak.
Line up Helloween pun selalu bertukar ganti.dan sekarang ni vocal Andi (penyanyi) dah memang sebati dengan muzik Helloween.line up terbaru Helloween ialah :
Andi Deris - Vokal
Michael Weikath - Gitar (angota Helloween paling lama)
Sascha Gresner - Gitar
Markus Groskofp - Bass (Anggota Helloween paling lama)
Dani Loble - Drum
Lagu2 yang telah di olah semula dan di beri nafas baru.Helloween juga ada mengundang pemuzik orkestra dari Prague iaitu Prague Symphony Orchestra.
Ada 11 Trek lagu dalam album ni.ada yang jadi favorite peribadi aku..
1.Dr.Stein (dari album Keeper Of The Seven Keys part 2 1988)
Trek pertama dalam album ni..masa memula dengar je lagu ni,aku macam tak boleh terima je lagu Dr.Stein yang asalnya lagu heavy,tetiba je di ubah jadi macam lagu Jazz pulak..hehe..siap ada trumpet dan saxophone lak dalam lagu ni.
2.Future World (dari album Keeper Of The Seven Keys part 1 1987)
Lagu ni jadi slow sikit dari versi asal.dan penyanyi asal lagu ni ialah Michael Kiske (bekas penyanyi Helloween)tapi boleh tahan la Andi nyanyi pun best jugak
3.If I Could Fly (dari album The Dark Ride 2000)
yang ni ok.best.antara versi asal dan versi ni,dua2 best.
4.Where The Rain Grows (dari album Masters Of The Rings 1994)
5.The Keepers Trilogy
lagu yang di mainkan secara medley.memang trek paling aku suka.lagu2 yang di medleykan ialah "Halloween" "The Keepers Of The Seven Keys" dan lagu "The King For 1000 Years".lagu ni juga di mainkan bersama Prague Symphony Orchestra.memang betul2 best medley ni.
6.Eagle Fly Free (dari album The Keepers Of The Seven Keys part 2 1988)
7.Perfect Gentlemen (dari album Master Of The Ring 1994)
8.Forever And One (Neverland) (dari album The Time Of Oath 1996)
ni lagu favorite aurafiza ni.sebab dia penah bagi tau aku dulu.ni pun baik dari versi asal atau pun versi yang baru ni,dua2 versi memang best.terbaik
9.I Want Out (dari album Keeper Of The Seven Keys part 2 1988)
lagu ni slow sikit dari versi asal.dan versi asalnya nyanyian dari Michael Kiske jugak.pun best jugak.
10.Fallen To Pieces (dari album Gambling With The Devil 2007)
aku lagi suka versi yang ni dari versi asal.
11.A Tale That Wasn't Right (dari album Keepers Of The Seven Keys part 1)
versi ni pun best juga.tapi aku paling suka lagu ni versi live dalam dvd "The Keepers Trilogy tu"
Keseluruhan lagu ada yang best ada yang tak best bila di olah semula.tapi Helloween tetap Helloween lagenda Power Metal German.dan ada juga pemuzik2 metal yang baru mengangkat Helloween ni sebagai inspirasi dalam muzik mereka.album ni,Terbaikkkkk (bak kata Najmi).hehe..

Sunday, 1 April 2012

Wrath Of The Titans

Filem ni dah di tayangkan kat Malaysia 30 mac lepas.pasal tadi aku ada free time.aku pun ambik kesempatan nak layan movie ni petang tadi.kebetulan aku dah tengok "Clash Of The Titans" tahun 2010 dulu,dan ini adalah sequel kepada movie yang terdahulu tu.aku layan dalam versi 3D..boleh tahan jugak la teknik CGI dalam movie ni.filem ni mengisahkan tentang mitos zaman Greek dahulu kala.tentang dewa2 dalam mitos Greek dulu.
Selepas berjaya membunuh "Kraken"(sejenis sotong gergasi dalam Clash Of The Titans)Perseus(manusia yang kononnya separuh dewa)mengambil keputusan untuk tidak mengikut jejak ayahnya iaitu Zeus,(Dewa Petir)supaya tinggal bersamanya dan menjadi Dewa di langit.Perseus memilih untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa menjadi nelayan dan hidup bersama anak nya bernama Helium selepas kematian isterinya Lo.pada 1 hari,Perseus telah di kunjungi oleh bapa nya Zeus,dan memberi amaran kepada Perseus bahawa abang nya Hades (Dewa bawah tanah)sedang berusaha untuk menakluk bumi ni.dan memberi tahu akan malapetaka yang akan menimpa.Zues memberi tahu yang Hades dalam perancngan untuk melakukan huru hara di bumi,dan cuba untuk menghidupkan "Kronos" iaitu ayah mereka yang telah menjadi makhluk raksasa.percubaan Zeus dan adik nya Poseidon untuk menasihati  Hades supaya tidak menghuru hara kan bumi gagal,malah Poseidon di bunuh dan Zeus di tangkap lalu di tahan di "Tartarus" iaitu tempat di mana Hades cuba menghidupkan kembali Kronos.dan kali ini anak Zeus di kayangan bernama "Ares" terlibat sekali dalam komplot menghancurkan bumi bersama Hades.ini kerana Ares cemburu dengan Perseus,anak Zeus yang separuh manusia tu.salah satu cara untuk menghidupkan Kronos ialah dengan mengambil kuasa dan tenaga dari Zeus.
Sebelum Dewa Poseidon mati,beliau telah sempat bertemu dengan Perseus dan menceritakan tentang ayahnya Zeus yang telah di tahan di "Tartarus" dan Poseidon telah berpesan salah satu cara untuk mengalahkan Kronos ialah dengan mencari sorang lagi manusia separuh dewa iaitu anak Poseidon sendiri iaitu Agenor,dan pergi mencari Dewa yang telah membuat senjata bagi Dewa2 di kayangan iaitu Hephaetus.hanya beliau je yang tau bagaimana untuk pergi ke Tartarus dan rahsia untuk mengalahkan Kronos adalah dengan menggabungkan senjata2 yang pernah di guna kan oleh dewa2 kayangan tersebut.dan perjalanan untuk pergi menemui Hephaetus telah di sertai oleh Queen Andromeda iaitu permaisuri Greek.
Boleh tahan la movie ni yang kaya dengan teknik CGI dan juga gambar 3D yang cantik.memang puas hati la kalau tengok dalam bentuk 3D.aku suka part Perseus lawan dengan binatang yang bekepala 2 tu,dengan part diorang lawan dengan gergasi tu.memang puas hati la dalam bentuk 3D.aku suka scene tu.keseluruhan nya cerita pun ok,plot pun tak berterabur.dan yang tak best nya ialah orang yang duduk seat belakang aku tadi tu macam beruk.tak reti duduk diam sampai aku nak concentrate kat movie tu pun dah tak bolrh,,

So kepada "beruk-beruk" yang duduk belakang aku masa kat MBO cinemas kat KL Festival tadi (kalo korang baca la)lain kali kalo nak tengok movie,jgnla jadi mcam BERUK.hormat skit kat orang depan ya.kalo nak jadi monyet,pegi Zoo Negara ok..takda sivik langsung..bangang tul la