Ilmu hitam atau dalam bahasa inggerisnya "black magic" adalah amat di geruni oleh semua umat manusia.ilmu hitam ni terkenal di seluruh dunia dan nusantara.di Afrika,ia di panggil "Voodoo",di sesetengah tempat di Amerika dan Eropah,ia di panggil "Black Magic" atau "Dark Magic".di Indonesia,ia di panggil "Santet" dan di Malaysia,ia di panggil "Santau",Tuju-tuju" dan macam2 lagi pelbagai gelaran untuk ilmu hitam ni.dalam budaya orang melayu,ilmu hitam ni di rujuk sebagai ilmu ghaib bagi menjatuhkan seseorang,untuk kepentingan diri sendiri atau berkait rapat dengan dendam.biasa nya ilmu ni di gunakan dan amat berkait rapat dengan Jin dan Makhluk halus.
Di percayai,ilmu hitam telah wujud di nusantara dan di tanah melayu sejak abad ke -15 lagi.Laksmana Hang Tuah juga pernah menjadikan ilmu guna2 ni bagi memikat Tun Teja dan juga menggunakan ilmu yang sama supaya Tun Teja membenci diri nya semata2 kerana beliau memikat Tun Teja hanyalah sebagai helah untuk Tun Teja boleh berkahwin dengan sultan Melaka.di Indonesia,cara dan kaedahnya sama seperti di malaysia.cuma panggillannya je lain..ada yang di panggil "Santet" dan "Pelet".lebih menggerunkan ilmu ni akan membuat mangsa menderita kesakitan hinggan ke akhir hayat dan ada juga ilmu santet ni yang sekali di tujukan kepada mangsa yang boleh membawa maut serta merta.biasanya bagi ilmu ni baik di nusantara dan negara2 lain kaedah ilmu hitam yang di guna kan hampir sama.antaranya ialah :
-Ayam hitam atau darah ayam putih
-Patung yang di perbuat dari jerami atau dari kain putih (lagi horror kalau di guna kan kain kafan orang mati di bunuh)
-jarum,telur,paku,miang buluh,atau duri
-Di Thailand,kaedah ilmu hitam yang di gunakan selalunya ikan keli,mata pancing dan jarum
-Lilin (ni mesti mau ada,kalau takda tak horror la)hehe..
-Nak lagi bertambah horror,biasanya pengamal ilmu hitam ni akan menggunakan tanah kubur,atau pengamal itu sendiri akan bertapa di gua,atau pun di kubur lama bagi memantapkan ilmu nya.
Tu belum lagi dengan ayat2 pemujaan dan mentera2 yang perlu di baca,biasa nya mentera ni menggunakan bahasa melayu kuno.jawa kuno dan kadang kala bahasa sanskrit kuno yang hanya di fahami oleh si pengamal ilmu hitam ni je..
Bagaimanapun menurut pandangan barat, kaitan antara ilmu hitam dan ilmu putih terbahagi kepada beberapa teori, antaranya adalah teori Kesemuanya sebagai Satu (All as One), teori Tiada Kaitan (No Connection), dan teori Berasingan tetapi Sama (Separate but Equal).
-Kesemuanya sebagai Satu: Semua bentuk sihir adalah jahat, atau ilmu hitam. agama yang memegang pendapat ini merangkumi sebahagian besar agama utama Islam, Kristian, agama Yahudi, Buddha dan Hindu. Pandangan ini biasanya mengaitkan ilmu hitam dengan Satanisme.
-Tiada Kaitan: Ilmu hitam dan putih adalah bentuk sihir, tetapi asalnya berlainan, dan terhasil dengan cara yang berbeza, walaupun menghasilkan kesan yang serupa. Kedudukan ini adalah yang paling sering ditonjolkan dalam filem, termasuk sebahagiannya dalam siri Harry Potter.
-Berasingan tetapi Sama: Sihir hitam dan putih adalah perkara yang sama, dibezakan oleh matlamatnya. Di bawah pendapat ini, mentera yang sama boleh menjadi hitam atau putih; ia ditentukan oleh hasil akhirnya. Kebanyakan agama lain memegang pendapat ini, termasuk juga cereka lain yang tidak menurut teori semuanya sama.
Apa pun alasannya,ilmu ni tetap salah di sisi agama Islam.ingatlah..jangan kita berhasad dengki sesama manusia.tu semua untuk menempah tiket menuju kepada kesengsaraan hidup.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nisaa' ayat 48 tafsirnya:
"Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar".
No comments:
Post a Comment