Monday, 30 April 2012

Nostalgia : Dio - Holy Diver

Masa tu tahun 1983,aku baru je sekolah rendah.bila time cuti sekolah atau aku balik sekolah,abang2 aku selalu pasang lagu2 rock inggeris.dan ada satu lagu tu betul2 menarik perhatian aku,bila dengar bunyi riff gitar lagu tu je abang2 aku ni selalu ikut bunyi gitar tu guna mulut dia..hehe..pastu bila masuk part vokal je abang2 aku ni dengan geng2 dia mesti sebut lirik yang dia tau je macam "holi daivah" dan "ride the taigah" (frasa sebutan english abang2 aku masa tu)hehe..yang sebenarnya "holy diver" "ride the tiger".dan lagu tersebut menjadi klasik dan lagenda dalam dunia muzik heavy metal.dan lagu yang di maksudkan adalah lagu "Holy Diver" nyanyian Ronnie James Dio atau di panggil DIO.masa tu album tu abang aku beli versi kaset,hanya di mainkan dengan kaset player yang kecik je..tapi bunyi masa tu pun dengan riff gitar dari Vivian Campbell (sekarang bersama Def Leppard)yang betul menusuk kalbu.album ni jugak dah menjadi "classic album" bagi peminat2,pemuzik heavy metal di seluruh dunia.
Cd ni adalah rilisan remastered pada tahun 2005,yang telah di upgradekan dengan bunyi penuh dan padat berbanding dulu.inlay cd ni ada menceritakan serba sedikit sejarah album holy diver ni,dengan kisah2 RJD sendiri,kisah beliau dengan band2 lama beliau,dan jugak bagaimana album ni boleh menjadi klasik dan terus menjadi lagenda,dengan jualan album yang mencecah berjuta2 unit di seluruh dunia.
Senarai lagu yang tedapat dalam album ni :
1.Stand Up And Shout
2.Holy Diver
3.Gypsy
4.Caught In The Middle
5.Don't Talk To Strangers
6.Straight Through The Heart (lagu fav.aku)
7.Invisible
8.Rainbow In The Dark
9.Shame On The Night
10.Interview With RJD (bonus)
Temuramah dengan RJD,beliau menceritakan tentang album Holy Diver ni pada tahun 2005 yang lepas.album ni juga menjadi kontroversi pada masa tu kerana gambar cover depan album ni menunjukkan setan (mascot RJD)nak bunuh paderi.dan pengkitik muzik di US berkata RJD ni pemuja syaitan.ini di sangkal oleh RJD sendiri dengan berkata "dont jugde a book by its cover".RJD juga la yg mempopularkan simbol heavy metal yang di panggil "devil horns".
                                            presiden Bush pun peminat tegar heavy metalkah?

Itu la simbol "devil horns"yang di popularkan oleh RJD.dan menjadi ikutan peminatnya hingga sekarang.selain dari tu,lagu Holy Diver juga dah banyak di cover oleh pemuzik2 heavy metal barat.seperti Avenged Sevenfold.
                                   Inlay yang cantik ada cerita dan gambar sekali
Masa tu Metallica pun rilis dengan album "Kill 'Em All",tapi kurang menarik perhatian peminat ketika tu kerana album pertama Metallica tu berunsurkan Thrash metal.rilisan album ni yang menarik perhatian peminat dan RJD menjadi ikon heavy metal tersohor.selain daripada tu,RJD juga di gelarkan sebagai "the man with golden voice" kerana suara beliau sewaktu nyanyi live tetap sama dalam album,dan suaranya masih bertenaga sehinggalah beliau dah berusia dan meninggal dunia pada tahun 2010 yang lalu..

P/s : terima kasih kepada abang2 aku kerana memperkenalkan aku kepada RJD ni dan jugak muzik heavy metal dan classic rock macam AC/DC,Iron Maiden,Motohead,dan Def Leppard.kalau tak kerana abang aku ni memang aku tak tau betapa masyuknya muzik sebegini.
                                                 holy diver video

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete