Sunday 15 April 2012

Metal Hammer April 2012

Di beli pada beberapa hari yang lepas,isu bulan april ni pun boleh tahan best jugak la.dengan cover depan band paling misteri dan kontroversi dalam dunia heavy metal sekarang ni,iaitu band Ghost.di kata kan band ni sebenarnya anggota2 nya terdiri daripada pemuzik2 terkenal dalam dunia heavy metal.dan salah seorang dari nya ialah Devin Townsend (dahulunya pernah bersama Steve Vai dan sekarang menubuhkan band projek sendiri iaitu Devin Townsend Project)spekulasi ramai mengatakan beliau ialah vocal dalam band ni.selain dari tu Philip Anselmo (ex Pantera,Down)juga di sebut2 sebagai salah seorang anggota band ni..
isu bulan ni banyak menumpukan kepada artis2 otai yang dah lama menyepikn diri.antara nya bekas anggota Pantera ni.
Lagi cerita pasal Primal Rock Rebellion.side project Andrian Smith (Iron Maiden)baru aku tau Andrian atau H ni padai menyanyi rupa nya.ni adalah side projek kedua beliau,pasal sebelum ni pun dia penah juga ada keluarkan album semasa beliau keluar dari Iron Maiden dulu.album side project H ni dah rilis pun bulan lepas..
Citer Max Cavalera (ex Sepultura) dengan album terbaru beliau dengan band Soulfly,band projek beliau bersama adiknya Igor Cavalera yang di gelar Cavalera Conspirasy.
Setion Masterclass ni aku suka baca.ni orang lama dalam industri muzik rock/heavy.siapa lagi kalau bukan Michael Schenker..ni pun kira legend jugak ni.kalau tak kerana dia ni,band Scorpions tu takkan jadi terkenal di seluruh dunia selepas Scorpions,dia juga ada join band UFO pun band legend jugak tu.Michael Schenker bercerita tentang "comeback"nya dan akan buat tour dalam bulan ni dengan band glam rock Steel Panther.
Ni cerita pasal pakcik King Diamond pulak.icon heavy metal Denmark ni baru je lepas melakukan pembedahan jantung dan baru je recover balik.King bercerita macam mana kehidupan beliau selepas melakukan pembedahan tu,beliau dah start mengamalkan gaya hidup sihat kata nya..dah tak minum arak,dah tak hisap rokok,dah rajin berjoging..hehe..King jugak cakap segala pengalaman sewaktu dia mengalami sakit jantung dan pembedahan tu beliau ada ceritakan dalam album terbaru beliau nanti..
Cover story muka depan Metal Hammer bulan ni ialah Ghost.entiti misteri yang berselindung dari topeng hantu yang di pakai oleh setiap anggota band ni..teka teki masih belum terjawab lagi siapakah sebenarnya ahli2 band Ghost ni.yang di katakan semuanya anggota dari band2 tersohor dalam dunia muzik heavy metal dunia.Metal Hammer sendiri pun tak tau sapa ahli2 band ni.James Hetfield (Metallica) Phil Anselmo (ex Pantera,Down)pun dah jadi peminat tegar band ni.diorang ada jugak puji band ni dalam cover story ni.
Metal Hammer jugak ada buat spekulasi tentang ahli2 band ni..antaranya adalah dari Slipknot,dari band2 terkenal heavy metal eropah.kalau dah misteri tu memang akan terus jadi misteri la..
Metal Hammer isu ni jugak di datangkan dengan majalah special sekali..yang aku maksudkan majalah ni..
Yeaa..Iron Maiden..!majalah ni sempena pelancaran album live terbaru Iron Maiden "En Vivo" banyak gambar2 menarik dalam majalah ni..gambar sewaktu Maiden bikin tour "The Final Frontier" world tour pada tahun lepas.
gambar dalam kapal terbang "Ed Force One" pun ada..gambar equipment Maiden untuk konsert jelajah dunia,seperti speaker,drum Nicko Mcbrain,sound sistem konsert dan tak lupa jugak gergasi alien "Eddie" setinggi 7 kaki yang di gunakan untuk konsert jelajah dunia ni.
Kapal terbang "Ed Force One' ni di pandu sendiri oleh Bruce Dickinson (vocal).beliau ni memang multi talent artist la..selain dari boleh memandu dan mempunyai lesen kapal terbang,beliau juga menulis skrip,jadi pengacara dalam rancangan berkaitan aviasi dalam tv kat England,pengarah filem dan mempunyai company aviasi untuk belajar memandu kapal tebang yang di panggil Bruce Air.
Gambar2 sekitar konsert Maiden kat seluruh dunia..
Gambar Steve Harris masa kat Moscow masa tu cuaca sejuk gila kata nya..masa ni diorang cakap masa konsert pakai baju tebal2,esok nya kat Singapore pakai seluar pendek je pasal cuaca panas kat Singapore.
En Vivo dah rilis pun..tapi tak sampai lagi untuk pasaran Malaysia,lambat betul nak menunggu.Metal Hammer isu April ni tak boring sangatlah..tak macam isu lepas yang cover Corey Taylor Slipknot tu..memang aku tak beli pun,menyampah aku tengok muka Corey Taylor tu..hahah..

No comments:

Post a Comment