Wednesday 18 April 2012

Metallica : Mission To Lars Documentary

Dokumentari yang akan di tayangkan Jun ni tentang seorang peminat tegar Lars Ulrich,pemain dram band Metallica,dalam misi nya untuk berjumpa Lars,icon Heavy/thrash metal tersohor ni.Lars juga dah mencapai status celebriti di Hollywood,dengan kontroversi dengan Napster dulu,perbalahan beliau dengan Dave Mustaine (Megadeth,dulu nya pernah bersama Metallica dan sekarang dah boleh bergurau senda)dan kelantangan beliau memperjuangkan muzik Metallica..tak di nafikan,kalau tak kerana dia ni,Metallica takkan ke mana dan takkan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini.
                                               Lars Ulrich

Dokumentari ni mengisahkan tentang seorang peminat tegar Metallica yang bernama Tom Spicer,yang menhidap penyakit X Syndrome (penyakit sindrom down)dalam misi nya pergi ke US untuk bertemu dengan heronya Lars Ulrich.Tom bersama kakaknya Kate,dan abang nya William,seorang penerbit filem telah melakukan perjalanan dari England hingga ke US.menurut kakak Tom yang juga seorang journalist,Tom telah berpuluh kali meminta kepadanya untuk bertemu dengan Lars,dan kakaknya tahu,bukan sesuatu yang mudah untuk di lakukan.demi memenuhi permintaan adiknya,Kate dan William sanggup mengorbankan masa demi memenuhi permintaan adik nya itu
Kate juga berkata,perjalanan yang penuh suka dan duka dan hampir menjadi mimpi ngeri buat Tom.kerana amat sukar untuk bertemu dengan Lars.maklum la superstar kan..
                                                       Tom Spicer
Impian Tom akhirnya jadi kenyataan..dan dapat bertemu dengan hero beliau Lars Ulrich.catatan perjalanan Tom dan kakaknya secara detail boleh tengok kat sini http://mission-to-lars.blogspot.com.
Tom walau pun penghidap sindrom X,tetapi semangat beliau patut di contohi.beliau juga membuktikan orang seperti dia juga mempunyai impian dan dapat mencapai impian tersebut..Misson To Lars akan di tayangkan di panggung wayang di UK jun ini..dan akan di keluarkan dalam format dvd juga.

                                           Mission To Lars Movie Trailer

No comments:

Post a Comment