Monday 16 April 2012

Battleship Movie

Semalam aku berkesempatan layan movie ni.movie yang di adaptasikan dari permainan video dengan tajuk yang sama ni adalah dari company produksi yang sama yang menerbitkan filem "Transformers".dengan barisan pelakon seperti Taylor Kitsch (John Carter),Liam Nesson (Wrath Of The Titans) dan penyanyi pop sensasi Rihanna.filem ni berdurasi dalam 2 jam jugak la.
Mengisahkan Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) adalah seorang lelaki yang kurang berdisiplin dan menimbulkan berbagai masalah.atas desakkan abangnya Stone Hopper,seorang pegawai berpangkat di US Navy,Alex telah menyertai tentera laut US.dan pada masa yang sama juga Alex ni dah bercinta dengan anak panglima angkatan laut US iaitu Admiral Shane (lakonan Liam Nesson).hubungan mereka kurang di senangi oleh Admiral Shane ni kerana Alex ni selalu menimbulkan berbagai masalah di dalam akademi tersebut.sewaktu dalam perlayaran untuk menjalani latihan,pelatih2 yang bersama2 menjalani latihan dengan Alex telah menemui satu entiti misteri di tengah lautan.entiti tersebut rupanya adalah sejenis kapal angkasa yang telah menyerang krew serta anak kapal latihan tersebut.sehinggalah hanya tinggal kapal perang yang di naiki oleh Alex.mereka berjuang melawan makhluk asing tersebut.pertempuran bersama alien tersebut menyebabkan mereka juga kehilangan kapal perang,dan akhirnya mereka terpaksa menggunakan kapal perang yang dah di jadikan muzium dan paling bersejarah dalam tentera laut US iaitu USS Missouri.
Keseluruhan movie ni boleh tahan la bagi peminat2 filem aksi..tetapi yang tak bestnya ialah lakonan Rihanna yang agak tak berapa confident sangat (mungkin pengarah filem ni ambik dia pasal nak lariskan filem ni kot?)tapi kalau aksi dan part perang dan tembak menembak ngan alien tu,memang best lah..kalau rasa nak layan yang banyak perang,tembak menembak,movie ni memang sesuai.

Penghujung movie ni ada di tunjukkan kapal perang USS Missouri yang terkenal tu..sedikit info tentang USS Missouri :
Kapal ni telah hampir berusia 70 tahun dan pernah di gunakan dalam 3 peperangan.antaranya ialah perang dunia ke 2,perang Korea dan terakhir pada perang Teluk pada tahun 1991.
USS Missouri juga telah di berikan beberapa gelaran lain antaranya ialah "Mighty Mo" dan "Big Mo" kapal ni jugak boleh memuatkan 1,851 krew dalam satu masa.di bina pada tahun 1938,dan siap sepenuhnya dan mula berlayar di laut lepas pada tahun 29 januari 1944.antara detik bersejarah yang tercipta kat kapal ni ialah tentera Jepun menanda tangani memorandum menyerah kalah sewaktu perang dunia ke 2 dulu..
      General Umezu menanda tangan penyerahan kalah jepun 2 september 1945

Selepas tamatnya perang Teluk,pada tahun 1992,USS Missouri telah di jadikan muzium terapung di Pearl Harbor di  Hawaii.dan kini mejadi tumpuan pelancong di serata dunia.

1 comment: