Cd X factor ni merupakan pembelian kali ke 3.kali pertama beli versi kaset tahun 1995,tertinggal dalam bas masa nak balik kampung,kali ke kedua beli versi cd member pinjam terus bikin pusaka tak reti nak pulang,dan kali ketiga ni aku jadi haji bakhil,jangan harap aku nak bagi pinjam even nak rip ke mp3 pun no way! kalau nak beli sendiri atau download je..heheh..
Melalui album ini la aku pertama kali kenal siapa itu Blaze Bayley yang menggantikan pakcik Bruce tu..memang agak sukar nak hadam bila kali pertama dengar album ni dengan vokal Blaze tu,tapi oleh kerana kebijaksanaan Steve Harris yang memang buat lagu sesuai dengan vokal Blaze ini.lagu epik yang paling panjang selepas 'Rime Of The Ancient Mariner' yang boleh di katakan lagu paling best dalam X Factor ini sudah tentunya 'Sign Of The Cross'.
Baru2 ni pun Blaze ada cakap (dalam blog Metal Hammer kalau tak silap) dulu peminat Maiden salahkan dia kerana kegagalan album X Factor dan Virtual XI,tapi selepas 19 tahun,peminat Maiden mula cari gali balik kedua album ini.ok lah,nak cerita panjang pasal album ni pun aku tak berapa pakar.
Kalau nak tau detail pasal album ini boleh baca ulasan kesemua album2 Iron Maiden dari duta Iron Maiden cawangan Perak iaitu Duktur Bentara di blog beliau yang juga pernah tersiar dalam majalah Karisma kat sini :
http://krenmaut.blogspot.com/2011/05/karisma-diskografi-iron-maiden.html
Atau boleh tanya encik wiki di sini.
fuh!!!.....ingat vinyl tadi...hahaha...
ReplyDeletesape dapat rekod dia terer
ReplyDeleteBlaze pada aku penyelamat Iron Maiden, dan dia buat terbaiktahap keupayaan dia untuk bantu Maiden stabilize zaman 93 onwards.
ReplyDeleteLagi masa ni Steve Harris ada masalah rumahtangga ngan Lorraine...
Vinyl dia kembar transparent putih. Aku dapat dari satu budak cina kat Singapura.
ReplyDeleteKasi tampal la bang deap.nak tengok jugak
Deletetapi paling best, ialah tour program untuk X Factour, foto2 Iron Maiden dekat Baitul muqaddis...Jerussalem nye lorong2... kat kawasan masjidil aqsa.
ReplyDeleteOne of the best tour program Maiden ever la pada aku foto2 dia
album ni aku layan selepas virtual XI (terbalik)... walaupun lagu2 dlm album ni tak berapa menyengat (kecuali MOTE), tapi dari segi "emotionally attached" ia lebih keras berbanding album2 maiden yg lain
ReplyDelete