Friday 5 December 2014

Metallica - Live Shit : Binge & Purge Seattle DVD (1989)

Kali terakhir aku membeli konsert live di Seattle ni ialah dalam versi vhs tape beberapa tahun yang dulu..






setlist






Yang menjadi tanda tanya ialah packagingnya..live konsert ini pada tahun 1989 pada era Jason Newsted sebelum keluar dari Metallica.tapi cover dvd nya gambar si Robert kangkang ni pulak.adakah dvd ini ialah dvd pirate yang telah di 'halalkan'? sticker KPDN pun ada.packagingnya memang hampeh.tak menepati terma langsung.tapi takpalah,nasib baiklah isi dalamnya memang versi yang telah di upgrade ke dvd.kalau versi convert dari vhs tape memang aku komplen kat KPDN.itu dah kira pirate yang di halalkan la ye tak?

Tak kisahlah,lupakan pasal tu,cuma yang aku nak beli dvd ni kerana isi dalamnya,live Metallica pada tahun 1989 ketika era album thrash terakhir mereka iaitu album ..And Justice For All.kira pada waktu ini memang zaman true thrash akoholic Metallica la..dengan perangai Hetfield yang suka cakap lepas dan meludah kat pentas,aksi headbanging yang menggila dan aku suka vokal Hetfield masa ni,memang power.seleksi lagu2nya pada era ni memang best.(yela masa ni diorang muda lagi kan muzik yang di mainkan lagi laju dari versi album)'Blackened' 'The Thing That Should Not Be' 'The Four Horsemen' 'And Justice For All' 'Frayed Ends Of Sanity'(walaupun dia mainkan separuh je tapi best)gitar solo dari Kirk Hammett yang dia ada main lagu 'Little Wing' dari Jimi Hendrix pun menarik.dan yang paling bestnya Metallica akhiri konsert ni dengan lagu cover dari Budgie iaitu 'Breadfan'.

Dvd ni sebenarnya ialah sebahagian dari boxset Metallica yang pernah rilis pada tahun 1993 dahulu 'Live Shit : Binge & Purge'

p/s :antara Jason Newsted main bass sambil headbanging dan Robert Trujillo main bass sambil terkangkang mana satu yang anda suka? :p

7 comments:

  1. aku pilih Cliff Burton dengan seluar bell-bottoms nya...

    ReplyDelete
  2. kalau dvd keluaran advance sound production / edaran unggul telawi mmg selalu mcm ni... cover main tampal muat je

    tapi kalau kau kata isinya mmg konsert asal LSB&P, nanti nak cari jugalah

    aku kenal metalika djaman jason newkid, jadi aku prefer jason

    ReplyDelete
  3. aku anggap metalika sekarang tiga orang. Si Rob tu aku suka time dia main ngan Ozzy.
    Sekarang dvd kat kedai, in fact bootlegs tv broadcast semua jual siap ada label censorship board semua. So aku speku "makan besar" la bootleggers ni semua. How can you sell a tv broadcast burn into dvd and with a authorised sticker.

    ReplyDelete
  4. antara jason dgn rob, aku pilih jason. cliff paling teratas.

    ReplyDelete
  5. 1. Clifford Lee Burton

    2. Roberto augustine miguel santiago bellacruze trujillo.

    3. Jason Curtis Newsted.

    ReplyDelete