Friday 26 December 2014

The Pyramid (2014)




Sebenarnya aku dah malas nak tonton filem yang berunsurkan horror timur tengah seperti ini,elemen yang di tonjolkan tetap sama (seperti yang kita tahu,pembikin filem barat tetap akan tokok tambah untuk elemen mitos yang orang arab sendiri pun tak tahu)atas desakan seorang rakan,aku pun pergi juga la menonton filem ini..
Ternyata sangkaan aku betul.mungkin penerbit filem seram di Amerika dah kekeringan idea,menyebabkan cerita ini aku tonton sambil lewa.sebab jalan ceritanya boleh di jangka.elemen seram yang cuba di tonjolkan pun tak berapa seram,cuma telinga aku bingit dengan jeritan  3 geng lelaki lembut yang duduk sebelah aku.padahal bukan la saspen mana pun,(nasib baik la aku tak naik antu pasal tekejut dengan jeritan beliau yang ala ziana zain tu..elok antu piramid tu dalam cerita kat wayang,aku pulak yang naik antu..heheh)

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan ahli arkeologi telah menemui satu piramid baru di Egypt,pada yang sama tunjuk perasaan yang berlaku di seluruh Mesir,oleh kerana rusuhan yang berlaku di seluruh Mesir,pihak berkuasa Mesir meminta kesemua ahli arkeologi tersebut keluar dari tempat kajian.tapi diorang ni degil,nak masuk dalam piramid tu konon nak tahu dan kaji apa yang ada dalam piramid yang baru di temui ini.seorang demi seorang ahli arkeologi ni di bunuh oleh entiti yang tidak di ketahui,akhirnya salah seorang dari mereka tahu yang tinggal di dalam piramid  dan membunuh sebahagian dari rakan mereka ialah Anubis (dewa kematian dan penjaga makam firaun) yang wujud dalam piramid tersebut.

Kalau anda dah biasa menonton filem2 yang berunsurkan mummy,piramid dan segala macam filem seram yang berkaitan dengan firaun,aku rasa tak payah la tengok.tapi untuk peminat filem seram tegar yang tak berkira sangat tentang jalan cerita(dan yang penakut tapi suka tengok cerita seram) asalkan ia nya seram,ini memang untuk anda.tapi aku terdengar pebualan 3 geng lembut tu kata "ok la filem ni u..i bagi 5 star"..hahaha..

*1/5

4 comments:

  1. hahahaha.. kurang berkenan filem macam ni..

    ReplyDelete
  2. ok settle...tak payah download...hahaha...

    ReplyDelete
  3. Tapi aku tengok gezek dia macam best je? hahaha..

    ReplyDelete
  4. bukan collect balik - aku Led Zep dari dulu aku ada Jimmy Page 1998 remastering nye boxset 1 and 2 jumlah 6 cd je tu. Dia susun balik semua lagu sumbat jadi 6 cd ikut selera dia.
    Aku tak pernah ada studio album sebijik2.. So ni rasanya versi yang paling berbaloi untuk aku mula collect

    ReplyDelete