Tuesday, 9 December 2014
Penyamun
Gambar di atas ialah kereta housemate aku,yang telah kehilangan ke empat2 tayarnya akibat di curi penyamun..kes ini dah semakin ketara berlakunya.bulan lepas member aku (yang tinggal berlainan blok) juga mengalami nasib yang sama.setelah membuat laporan polis,rupa2nya sudah ada sekurang2nya 7 kes yang melibatkan kecurian tayar,dan kesemuanya kereta jenama yang sama iaitu Myvi.
Aku simpati tengok housemate aku ni,dah la dia ni memang harapan keluarga,baru2 ni mak dia baru je masuk hospital akibat sakit jantung dan masih lagi kena tahan di wad,dia ni pulak memang tiap2 minggu balik ke Johor dengan satu2nya la kenderaan ini yang beliau guna untuk ulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor.bila dah jadi macam ni dia lagi tension dan stress,sehingga terpaksa jual laptop dan ipad dia untuk beli tayar dan rim baru.apa yang aku boleh buat aku tolong mana yang mampu.sehingga entri ni di tulis,beliau masih belum lagi dapat beli tayar baru.(kejadian ini berlaku 2 hari yang lalu).
Kepada pemilik kereta Myvi yang tinggal di sekitar Wangsa Maju dan Setapak,berhati2 lah.pasal penyamun ni belum dapat di berkas lagi.dan kepada penyamun bangsat tersebut dan penyamun2 lain kat luar sana tu,hentikan la keja yang hina ni,dah la menyusahkan orang,cari la kerja yang halal dan berfaedah..ingat,sekarang ni Tuhan bayar cash atas dunia lagi.what goes around,comes around you know?
Moga penyamun tersebut dapat di berkas dan terima hukuman yang setimpal.
Labels:
Real Life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga kawan kau dapat selesaikan masalah dia ni secepat mungkin.
ReplyDeleteOrang berani buat pasal dia kinfiden dia takkan ditangkap, dan dia konfiden kalau kena tangkap pun, berbaloi, dia dah untung banyak dan boleh lepas.
Ni tugas macam terlalu susah untuk mat drug nak buat. Dorang sanggup ke susah payah gini..
Masa hari kejadian ada saksi nampak..dia cakap yg buat keja tu sorang je..mmg cekap la.. Aku rasa yg buat ni pun mungkin pekerja yg biasa dlm mekanik kereta ni
Deletethat is why..
DeleteMat drug, dorang tak sanggup aku rasa buat gini, ni kerja Professional. Pasal kat tempat ramai orang, kalau mat drug buat sekali orang pandang je dah tahu...
Ni mesti dia buat secara professional tak boleh jejak tak boleh perasan. maybe sindiket or what.
These people are very nasty people. Aku tak paham la, banyak kerja kat luar sana... Kerja je la gaji kecik gaji besar tu urusan Allah. Kita carik rezeki halal.
Tak cukup satu kerja, buat dua kerja.. or whatever. Allah akan tolong Insyallah.
sy bersimpati dgn nasib menimpa kawan anda.adoihhh.wangsa maju mmg semakin teruk sejak duamenjak nih. Semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara yang tak diingini. Amin.
ReplyDeletesedap saja mencuri
ReplyDeletetak perna nak fikir,
kesusahan yang orang lain hadapi.
agak2 kalau myvi rim biasa (jenis tampal) dia rembat jugak tak?
ReplyDeleteKalau tayar tu baru tak kira rim standard pun kena kebas jugak
Deletekengkadang aku rasa musti ada orang/saksi yang nampak, tapi mereka takut atau buat donno jer... "Apa aku kesah, bukan kete aku pun".
ReplyDeleteBetul bro..mmg ada saksi pada hari kejadian..dia cerita je apa yg belaku tapi tak ambik tindakan pun
DeleteBab lain boleh la lock bagai...bab tayar ni mmg tak boleh buat apa...kawan aku kena depan rumah...tapi parking kat luar pagar ler..sedar2 nak gi kerja dah hilang....
ReplyDeleteKesedaran sivik bermula di rumah. Didikan mak ayah plg penting. Kalau sejak kecik x ada ketahanan diri dan iman yg kuat...macam ni la jadinya.
ReplyDelete