Monday 15 December 2014

Memento Mori - Rhymes Of Lunacy (1993)

Ini adalah versi sedut...




Bila aku boring,aku selalu surf kat intenet cuba dengar dan layan band2 metal yang tak pernah tau akan kewujudannya.salah satunya yang aku baru terjumpa dan sedut albumnya ialah Memento Mori ini.band ini asalnya dari Sweden yang bermahzab Doom/power metal.ia nya lebih kurang macam Black Sabbath + Helloween la.dengan vokal yang ala opera high pitch macam Andi Deris dan Michael Kiske.apa itu Doom Metal?boleh jenguk Kat Sini.
Band ini di anggotai oleh :

Messiah Marcolin - vokal
Mike Wead - gitar
Nikkey Argento - gitar
Marty Marteen - bass
Snowy Shaw - drums

Sayangnya band ini telah berpecah setelah menghasilkan album ke empat mereka.Rhymes Of Lunacy merupakan album pertama mereka.mungkin pada waktu itu,(tahun 1993)scene muzik di Sweden atau Eropah agak kurang terkena dengan tempias grunge/alternative music.maka album ini memang agak menarik juga la untuk di dengar.
Track list Rhymes Of Lunacy :

1.The Rhyme
2.The Seeds of Hatred
3.Morbid Fear
4.The Caravan of Souls
5.Lost Horizons(Michael Schenker Group cover)
6.When Nothing Remain
7.Forbidden Dreams
8.Little Anne's Not an Angel
9.Fear of God
10.The Riddle
11.The Monolith

Lagu 'Lost Horizons' cover dari MSG agak menarik juga apabila di'doom'kan.heheh.lagu yang lainnya pun boleh tahan best la macam 'The Rhyme' 'Forbidden Dreams' dan lagu yang selalu aku ulang dengar ialah 'The Caravan Of Souls' agak menarik juga lagunya.yang paling aku suka dalam album ini ialah bunyi drumnya.bunyi bass drumnya memang sedap dan menggegar jantung.overall pada aku album ni ok la walaupun aku sebenarnya tak berapa suka Doom Metal ni kerana tempo nya agak perlahan,tapi kalau sesiapa yang dah biasa dengar Black Sabbath aku rasa takda masalah kot kalau nak dengar album ni.boleh cuba dengar kat bawah ni,mungkin suka atau sebaliknya.selera masing2 ye tak?


4 comments:

  1. snowy shaw... nama ni je yg aku kenal


    lps doom metal, ada heretic metal, hexen metal, quake metal (hahaha kalau paham, bisa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain Snowy Shaw...Mike Weed tu pun King Diamond/Mercyful Fate...tapi band ni memang aku tak pernah dengar la...

      Delete
  2. kalau ada satu band Sweden kau nak dengar.
    Cuba dengar Lost Horizon. Dua album sahaja so far dan banyak trouble ni band.
    Cuba try Highlander.
    Aku speku kau mesti terkejut beruk.

    ReplyDelete
  3. banyak sangat band kat dunia ni, rasanya tak abis nak dengar semua,..

    ReplyDelete