Friday 28 November 2014

Horns (2014)



Salah satu sebab kenapa aku nak tengok filem ni bukan kerana mamat heri poter tu,sebabnya ialah Juno Temple,salah seorang awek hollywood yang sedang meningkat naik..heheh..

Filem ni aku dah tengok sebulan yang lepas sebelum di tayangkan kat wayang lagi.(mesti kat wayang banyak dah potong pasal banyak scene yang xx dan scene yang telampau tahyul)lagi pun filem ini bertemakan supernatural/dark thriller memang berunsurkan tahyul pun.aku pelik kenapa lepas pulak di tayangkan kat pawagam.
Filem ini mengisahkan Ig Perrish yang telah di tuduh membunuh dan memperkosa aweknya Merrin yang menyebabkan beliau dan keluarganya di sisih dari masyrakat di sekilingnya.sehinggalah pada satu pagi,tiba2 beliau di tumbuhi tanduk seperti syaitan black metal,ironinya,setiap orang yang Ig temui mula menceritakan keburukan masing2,mengakui segala dosa yang pernah di lakukan.dengan kuasa aneh yang beliau ada,Ig mula melakukan siasatan kes kematian awek beliau itu yang akhirnya terbongkar segala rahsia yang berlaku dan kenapa awek beliau Merrin takmau berkahwin dengan beliau akhirnya terjawab.

Pada aku filem ni so-so je lah,lagi pun watak Daniel Radcliffe ni memang sesuai dengan filem yang bergenre fantasi begini,sebabnya dah biasa dengan filem2 Harry Potter beliau.dia jugak cakap untuk menjiwai watak dalam filem ini beliau banyak dengar lagu2 dari Megadeth terutama lagu 'Foreclosure Of A Dream'

Pada sesiapa yang sukakan filem bergenre fantasy/dark thriller yang agak terlalu tahyul boleh je menonton filem ini.untuk 18 tahun ke atas sahaja :p

2/5*

2 comments:

  1. kalau lepas kat panggung konpem akan lepas kat astro...so tunggu ajer la...heheh..

    ReplyDelete