Thursday 13 November 2014

King Diamond - Fatal Portrait Vinyl Reissue (1986)

Lagi2 King Diamond :p



Pada aku King Diamond ni lebih kurang macam Tamar Jalis atau pun Stephen King versi metal.kalau dia buat lagu contohnya untuk concept album seperti 'Abigail','Them',dan 'Conspiracy',cara penyampaian cerita dalam lagu tersebut memang sampai pada pendengarnya.dengan mood lagu ada yang saspen dan seram.sama seperti kita membaca novel seram.dengan vokal King yang unik menghayati setiap lagu.ada masanya suara King boleh jadi nenek tua,budak lelaki,suara perempuan garang,dan juga suara hantu yang growl.sesiapa yang biasa layan King Diamond mesti tau punya..

King Diamond,Andy LaRocque,Michael Denner,Timi Hansen dan Mickey Dee


isi dalam.thank list

yang lagi sebelahnya lirik


Fatal Portrait merupakan debut album King Diamond setelah keluar dari Mercyful Fate.album ini juga tiada lagu2 hasil ciptaan Andy LaRocque.kesemua lagu adalah hasil ciptaan King sendiri dan hanya 2 lagu ciptaan Michael Denner dan King.walaupun tiada lagu ciptaan Andy,tapi kerja gitar beliau dan Michael Denner tetap best.
Album ni juga bukan lah concept album sepenuhnya,cuma 4 lagu terawal ('The Candle','The Jonah','The Portrait'.'Dressed In White')dan 'Haunted' merupakan lagu yang ada jalan ceritanya.



setlist


piring gold transparen


Walaupun album ini tak sehebat 'Them' dan 'Abigail' (sebab lagu2 ciptaan Andy memang best2) lagu2 dalam Fatal Potrait ni tak lah mengecewakan.semua lagu pun best.kalau nak dengar kerja gitar King Diamond pun boleh dengar lagu instrumental 'Voices From The Past'.boleh tahan jugak riff yang di mainkan oleh pakcik King ni,ala2 abang Mustaine gitu..heheh..
Apa pun,layannn...(tiada niat untuk menyinggung perasaan apatah lagi menghidupkan viral :P)

7 comments:

  1. aku konfius dgn tajuk "vinyl reissue (1986)"

    serpihan2 MF (king, denner, hansen) pun ada dlm album ni

    btw, aku cari album melissa kat ebay, guess what? versi vinyl (reissue) agak murah berbanding kebanyakkan versi audio CD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nak beli..takut tak lepas kena tahan kat KDN lak nanti.. Tak pasal2 aku masuk mastika pulak..heheh

      Delete
  2. Gold transparent ke ni? Cantik..

    "BEST DRUMMER IN THE WORLD.. MIKKEY DEE"- lemmy motorhead masa aku tengok dorang kat donington.

    ReplyDelete
  3. grrrrrr...sesungguhnya aku sedang berpuasa....(sambil kira duit syiling nak kumpul beli baju sekolah anak.. :P )

    ReplyDelete
  4. hmmm tak lama lagi aku akan terjebak sama ngan LP ni haha

    ReplyDelete