Thursday 6 November 2014

Marai No Tora (1943)



Aku baru tahu akan kewujudan filem klasik Jepun ni..filem ini berdasarkan dari kisah benar seorang lelaki Jepun yang di katakan lahir di Malaysia.Marai No Tora atau dalam bahasa melayunya bermaksud 'Harimau Malaya' adalah bedasarkan kisah benar lelaki Jepun yang bernama Tani Yutaka.di katakan beliau lah sebenarnya 'Harimau Malaya',bukan nya General Yamashita tu.
Mengikut cerita,Tani Yutaka telah lahir di Terengganu pada tahun 1910.keluarga beliau memiliki kedai runcit yang di usahakan di Terengganu.Keluarga mereka ini suka bergaul dengan masyrakat melayu pada ketika itu,malah ada yang mengatakan Tani Yutaka ini lebih melayu dari orang melayu sendiri.beliau dan keluarganya fasih berbahasa melayu mengikut loghat Terengganu.

wajah sebenar Tani Yutaka dengan baju melayunya

Ketika pasca perang dunia ke 2,beliau juga terlibat bersama2 dengan orang melayu dalam menentang British.kalau nak cerita pasal sejarah dia ni memang panjang,so korang google la sendiri..heheh..
Apa yang menarik pasal filem Jepun ni ialah,walaupun ianya filem Jepun,dan pelakonnya semua orang Jepun,uniknya kesemua pelakon dalam filem ni berbaju melayu,malah pelakon perempuannya juga berbaju kurung.ada juga scene yang menarik,siap nyanyi lagu 'Rasa Sayang' lagi.nama 'Yamada Gang' dalam filem Hong Kong 'Young And Dangerous V' di ambil dari nama kedai runcit keluarga Tani Yutaka iaitu 'Yamada &Co.'
Tapi sayangnya ramai yang pertikaikan filem ini,pada aku kalau di remake semula pun best juga.mana ada filem luar yang nak tonjolkan budaya orang melayu?Hollywood nak buat?takda mana nya der..
Ini sebahagian dari klip filem 'Marai No Tora'


8 comments:

  1. sogeki no shima de, umareta ore wa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Lampu masa depannnn" (translate doraemon ke bahasa melayu)

      Delete
  2. tau pasal filem ni...tapi tak pernah tengok lagi..

    tapi memang org jepun sebelum WW2 dah lama bertapak di Tanah Melayu...termasuk kat Johor pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo tak dulu dlm Malaysia mesti ada cina,India,melayu dan jepun..kan

      Delete
  3. Dari zaman dahulu sebelum ww2 semua jepun memang ada...
    Sejarah pelacuran semua dorang conquer dah...
    Anyway, aku tengah tak berpuas hati ngan Jepun sekarang.
    Anthem baru aku suspek lembik. Terbantot aku nak beli albjm baru dorang.
    Bagero betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..layan Abigail je bang dep.band paling setan kat jepun..heheh

      Delete
  4. cerita ni ada kisah dia.. adik dia kena rogol dengan orang cina ( kalau tak silap ) dan dia pindah ke johor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg kata kena tembak..tapi beliau mmg di geruni oleh cina ngan British masa era Perang dulu..

      Delete