Sunday 13 July 2014

Brick Mansions (2014)



Filem terakhir lakonan mendiang Paul Walker..
Sebelum ni penah tengok trailernya di Youtube.dan bila si cina sepet tu sms aku cakap movie ni dah ada yang clear copy punya,tanpa berlengah aku terus sambar dan layan kat rumah..
Tapi bila aku mula tengok pada babak pertama,serta merta aku teringat,eh?movie ni macam aku pernah tengok?rupa rupanya filem ini adalah versi remake dari filem Perancis iaitu District 13 yang pernah di terbitkan pada tahun 2004 dulu..

Oleh kerana ianya lakonan Paul Walker,aku tonton la juga sehingga habis.tapi memang agak mengecewakan la sebab jalan ceritanya memang di tiru 100 peratus dari jalan cerita asal.lagi pun pelakon asal juga yang berlakon filem ini,ternyata watak Paul Walker kurang menonjol sebabnya,kalau sesiapa yang penah menonton versi asal,pasti akan memfokuskan kepada watak David Belle (pelakon dari versi asal)watak Paul Walker di tenggelami oleh beliau.
Dari segi teknik kesan khas juga agak kurang memberangsangkan,seolah olah aku menonton filem B Grade je.kalau di ubah sedikit jalan ceritanya aku rasa mesti best.tapi filem ini jalan ceritanya mendatar.

Untuk peminat Paul Walker boleh lah tonton movie ni,walaupun agak kecewa,tapi antara babak aksinya masih boleh layan.Paul Walker ada juga melakukan aksi parkour (yang lompat dari bangunan ke bangunan tu,salah satu sukan yang agak popular di Eropah)pada aku,tonton yang versi asal juga yang menarik.

RIP Paul Walker.

*1/5

2 comments:

  1. ye ke? ok nanti la aku senang2 kalau teringat aku tengok cerita ni atau cerita original peranchis tu..
    tu hari aku tengok cerita chick flick polis tu, Heat.
    GELAK GILER cerita kelakar....
    aku paling suka poliswoman yang badan tough tu.... kat spital pun tunjuk pistol aim kat Nurse hahaha.

    ReplyDelete