Monday 30 June 2014

Ali Baba Bujang Lapok (1961)

Sementara nak tunggu waktu berbuka puasa petang semalam,aku melayan kembali filem ini..


Hari pertama puasa memang agak mencabar dengan cuaca yang tak menentu (sudah tentunya dengan fenomena El Nino) di Kuala Lumpur ni.untuk menghilangkan kebosanan,melayan filem komedi seperti ini boleh juga mengembalikan mood yang lesu dan mengantuk.

Apa yang aku suka ialah dialog2 di dalam filem ini yang bersahaja dan penuh lawak.bukan seperti filem komedi sekarang yang pada aku bila tengok nak ketawa pun takda mood.sebabnya?ia tak berjaya untuk buat aku ketawa walau senyum sekali pun...
Bukan lah nak review sangat,cuma idea nak buat entri pun takda..heheh..tapi ini filem memang terbaikkkk..banyak pengajaran yang boleh di dapati dari filem ini.

Filem ini juga ada rating di IMDb
Nak download skrip filem ini boleh pegi Sini



Btw,apa menu buka puasa korang semalam?

6 comments:

  1. anime "one piece" mungkin tiru background cerita ni hahaha... setting zaman purba tapi ada teknologi (telefon, skuter, senapang gajah, lori) dan karekter penyamun yg pelbagai mcm pesta cosplay

    ReplyDelete
  2. yang menariknya...kita dah tau dah...tapi tetap jugak ketawa...

    ReplyDelete
  3. is it mantra nak bukak gua tu satu bahasa daerah indon "nak pergi toilet" kan? mana ntah aku baca haha.
    apa pun, aku suka ali baba bujang lapok... best...ni ingat balik je ni pun dah happy..

    Semalam buka? ok semalam...ermmm aku kerja petang, so aku buka air jarang, then aku makan chewable vitamin c tiga bijik pastilles, then aku buat milo paket segelas, then ada biskut sapa atas meja, aku ambik dua.
    dah tu je buka aku. haha.

    ReplyDelete
  4. filem yang tak boring ditonton... filem melayu sekarang ada ke macam ni??

    ReplyDelete
  5. semalam aku tgk madu tiga kat astro... buka semalam ala kadar ja, me goreng sabah ngan roti telur + kurma +kopi lepas solat tarawih pekena nasi goreng telur... alhamdulilah

    ReplyDelete
  6. sepanjang zaman punya lawak. tengok 100 kali pon belom tentu jemu. heheh

    ReplyDelete