Friday 27 June 2014

The Raid 2 : Berandal (2014)



Sebenarnya pernah tengok yang part 1,pada aku so-so je lah..tapi di sebabkan aku tengok kat Rotten Tomatoes dan iMDB memberikan review dan rating yang agak tinggi,di tambah pula filem ini menjadi official selection di Sundance Film Festival,kritikan positif dari majalah Rolling Stones,Entertainment Weekly dan The Hollywood Reporter membuatkan aku teringin sangat nak menonton filem ini...

Filem yang di arahkan oleh Gareth Evans yang sebelum ni pernah mengarahkan filem Merantau dan The Raid : Redemption.kesinambungan dari The Raid part 1.mengisahkan Rama (lakonan Iko Uwais) yang terpaksa menjadi undercover untuk menyiasat seorang ahli politik gangster dan anaknya.
Jalan ceritanya pun agak unik juga la..ala2 filem Kill Bill.tapi dari segi aksi perlawanan silatnya memang terbaik la..teknik kesan khas dalam filem ni memang sama taraf dengan filem2 aksi Hollywood.

Pada anda yang rasa nak layan action movie dari Asia selain filem aksi Thailand,filem ini mungkin juga anda minati.cuma dialog nya dalam bahasa Indonesia yang ada antaranya aku kurang faham.kena ada subtitle kalau nak tengok.

3/5


4 comments:

  1. baru sedut...cadang nak layan weekend ni...

    ReplyDelete
  2. baru tengok minggu lepas.. tengok dengan housemates yang sepanjang movie komplen ceritanya slow.. bagi saya ceritanya boleh dikatakan seimbang antara action dan drama..

    ReplyDelete
  3. aku ada beli versi jack sparow ni, kualiti macam haram, kata cina tu sebijik macam kat pawagam.. geram siutt aku. pastu aku tgk tampa ada subtitle lagi.. merana aku tgk macam org bongokkk... mungkin sbb jack sparow punya cd aku tak dpt feel the raid 2 ni., masa the raid pertama ada main kat astro citra pena tgkj, yg tu lagi best.... ohya kawan aku g indon nanti pas raya ni, aku minta kirim kat dia beli vcd original....

    ReplyDelete