Sunday 8 June 2014

Wings - Menakluk Kosmos (2014)
















Ok,lepas dengar dalam 2-3 harini,apa yang aku boleh katakan ini antara album Wings yang paling TERBAIK pada era digital ni.selepas 10 tahun tanpa album baru selepas 'Naga Keramat',album  ni memang the bestest.lagu2nya mudah di hadam,mungkin durasi setiap lagu tak melebihi 6 minit,membuatkan album ini sangat2 menarik.
Di mulakan dengan track pertama 'Menakluk Kosmos' yang agak heavy dengan 'full force' dari Wings memang agak mengagumkan.seolah2 menunjukkan Wings muncul dengan dengan 'menakluk' kembali peminat muzik rock di Malaysia.

Lain-lain lagu memang tak payah nak cerita lah.siapa yang biasa dengar Wings mesti dah tau dan sinonim dengan stail muzik Wings ni.lagu2 nya ada ciptaan Joe Wings dan Edrie Hashim.kerja gitar Joe dalam album ni menarik,ketukkan drum Black masih lagi power,dan bass dari Eddie pun sedap bunyinya.
Memang semua lagu best,tapi track kegemaran aku yang di ulang dengar ialah 'Bisa Yang Tertunda','Ingatkan Dia','Gurindam Mahsyar','Penanti' dan 'Segitiga Piramida'.

Pada korang yang belum beli lagi album ni,cepat2 beli and dengar..memang Bestest!
10/10 untuk album ini.

12 comments:

  1. "dan bass dari Eddie pun sedap bunyinya"

    hahaha mcm biasa2 je pujian ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemain bass memng selalu di diskriminasi....hahaha...

      btw...semlm gi Speedy Tmn U, abis stok la pulak...masih tak berjaya nak menakluk kosmos....

      Delete
  2. tunggu giliran lah ni cd, belum turn dia lagi, kalau dah 10/10 tu rasa yakin dah ni nak beli..

    ReplyDelete
  3. Perghh 10/10 tu beb....hampir menyamai album Teori Domino ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana menghilang bro?aku baru nak buat entri "kemana menghilangnya Adi Herman?"heheh..

      Delete
  4. ok lepas ni aku pun nak rebiu la haha

    ReplyDelete
  5. Album MK
    best song
    1.Penanti
    2.Ingatkan dia
    3.MKosmos
    4.raja segala duri
    5.spiramida
    6.bisa yg ttunda
    7.peti pandora mu
    heavy muzik best Mkosmos
    power voice raja segala duri
    power drum Mkosmos
    nice bass gurindam masyar
    Mkosmos 4 bintang
    teori domino 5 bintang

    ReplyDelete
  6. nafas baru..best..lagu diulang2: Peti PandoraMu ;-)

    ReplyDelete
  7. punya la seksa nk dptkn menakluk kosmos kt jb tuhan je la yg tau, stock asyik tk sampai je, last2 bru dpt, puas hati aku....hidup WINGS....

    ReplyDelete