Wednesday, 4 June 2014

Vince Neil - Exposed (1993)

Lagi cerita pasal glam rock/hair metal dan ada yang kata rock pondan..tak kisah laa..


Album solo pertama dari Vince Neil bekas penyanyi band Motley Crue.cerita pasal Motley Crue boleh jenguk Sini.
Selepas beberapa kontroversi bersama Motley Crue yang menyebabkan beliau di tendang dari band tersebut,Vince akhirnya meriliskan album solo pertama beliau.walaupun album ini di riliskan pada era grunge sedang menguasai dunia muzik (tahun 1993) Vince tetap dengan stail muzik glam rock nya.langsung tak terpengaruh dengan muzik grunge.






Kontroversi juga melanda ketika proses pembikinan album ini.pada mulanya Vince ingin menggunakan khidmat Adrian Vadenburg sebagai pemain gitar,tetapi terpaksa di tukar ketika seisi rakaman hampir berlangsung.album ini projek beliau bersama Phil Soussan (ex bassist Ozzy) yang mana berlaku juga perselisihan faham antara Vince yang menyebabkan Phil meninggalkan Vince ketika rakaman album ini hampir tamat. khidmat Robbie Crane (penah bersama Ratt) di gunakan untuk rakaman album ini dan seterusnya di kreditkan pada album.
Robbie Crane juga telah keluar dari band Vince ni,setelah bergaduh yang menyebabkan luka di kepala Vince.macam2 hal yang berlaku.biasa lah dah namanya pun rockstar kan..kontroversi macam ni dah memang asam garam kehidupan rockstar kat sana..

setlist & credit

Lagu2 nya dan stail muzik nya sama seperti Motley Crue,bila dengar track pertama 'Look In Her Eyes' memang jelas pengaruh Motley Crue ada dalam album ini.vokal Vince juga tak berubah,masih mengekalkan stail vokal ketika bersama Motley Crue.

Ini antara gambar2 rockers jambu Vince Neil Band..heheh

Robbie Crane - Bass & Vik Foxx - Drums


Dave Marshall - Rhythm guitar & Steve Stevens - Guitar


Lagu2 dalam album 'Exposed' ni memang ada yang best2.lagu 'Look In Her Eyes' 'Sister Of Pain' 'Can't Have Your Cake','The Edge' 'Set Me Free' (Sweet cover).boleh di katakan semua lagu best lah..sebab semuanya berentak fast/hard rock kecuali lagu 'Forever' yang berentak slow/mid tempo..tapi memang best.
Senang cakap album ni senang di hadam la..lagu2 nya memang ear friendly.yang menarik Vince langsung tak terpengaruh atau memasukkan unsur2 grunge/alternatif dalam album ini.walau hanya berada di no.13 di carta US,pada aku ini antara album glam/hard rock terbaik era 90an walaupun ada sedikit kecewa dengan album Poison Native Tounge...

Best!!

2 comments:

  1. dulu aku dengar album ni bukan pasal Vince Neil...tapi nak dengar kerja gitar Steve Stevens...aku suka "Dirty Diana" dan album solo dia "Atomic Playboys"...

    ReplyDelete
  2. suara kick start my heart, aku suka giler lagu ni, so tak boleh kutuk lebih2..haha.

    ReplyDelete